Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Ciri-ciri Khusus Agama Islam - Coggle Diagram
Ciri-ciri Khusus
Agama Islam
Rabbaniyyah
(Ketuhanan)
Definisi
Islam ini datangnya daripada Allah yang bersifat Rab. Manusia hanya sebagai pelaksana kepada segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan dengan Allah.
Matlamat dan Tujuan
Matlamat: melakukan sesuatu hanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
Tujuan hidup: mengaplikasikan wahyu Allah dan sunnah Rasulullah SAW dimana akhirnya tercapai matlamat tersebut iaitu mendapat keredhaan Allah SWT.
Rabbani dari manhaj dan sumber
Rabbani dari sudut manhaj membawa erti manhaj ini adalah Rabbani kerana ia bersumberkan dari wahyu Allah kepada Muhammad s.a.w. . Sumber ajaran Islam ialah Allah yang mensyariatkan hukum dan cara pelaksanannya. Oleh itu Islam ialah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad. Sumber Rabbani juga merupakan asas pembentukan dan perkembangan individu dan masyarakat
Kesan Rabbaniyah
terhadap jiwa manusia
Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
» Mengenal fitrah.
» Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri.
» Bebas dari perhambaan sifat ananiah dan runtuhan hawa nafsu.
Sumulliyyah
(Menyeluruh)
Definisi
Ajaran Islam lengkap dan menyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa terkecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara.
Sudut Kesyumulan Islam
Undang-undang
Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesama manusia.
Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka melanggar hukuman sama ada yang berkait rapat dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas.
Keadilan
Islam telah memperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberikan hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan.
Keadilan adalah wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, ahli keluarga atau bukan ahli keluarga.
Kehakiman
Islam menentukan di dalam perhubungan permasalahan sesama manusia amat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang berhak.
Bernegara
Islam telah menjelaskan soal hukum-hakam berkenaan persoalan negara.
Islam bukanlah teratas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesama manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah yang lain.
Akhlak
Islam amat mengambil berat soal akhlak.
Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.
Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuatu dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah