Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
MAKLUMAT KEPENTINGAN AKTA - Coggle Diagram
MAKLUMAT KEPENTINGAN AKTA
AKTA JUALAN BARANG
DEFINISI KONTRAK JUALAN
Kontrak jualan barang adalah satu kontrak yang mana penjual memindahkan atau bersetuju memindahkan hak terhadap barang kepada pembeli dengan suatu harga yang tertentu. (S4(1) Akta Jualan Barangan 1957)
ELEMEN - ELEMEN KONTRAK
Wujud dua pihak
Pemindahan hak milik daripada penjual kepada pembeli
Subjek dikontrakkan adalah barang
Wujud balasan wang
JENIS BARANG
Barang masa depan
Barang yang akan dibuat atau dihasilkan oleh penjual selepas kontrak jualan diwujudkan
Barang sedia ada
Barang yang telahpun dimiliki atau disimpan oleh penjual
TERMA - TERMA KONTRAK
SYARAT
1) TERSURAT
Syarat yang dinyatakan
2) TERSIRAT
Syarat yang tidak disebut dengan nyata
WARANTI
Waranti adalah jaminan pihak penjual terhadap keluaran yang dijual kepada pembeli.
Ia merupakan stipulasi sampingan terhadap tujuan utama kontrak.
Pelanggaran waranti hanya memberi hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk menuntut ganti rugi sahaja tetapi tidak boleh menolak kontrak tersebut.
AKTA PENDAFTARAN PERNIAGAAN
SYARAT-SYARAT MENDAFTARKAN PERNIAGAAN
1) Perniagaan yang didaftarkan mesti memenuhi Seksyen 2 : Tafsiran “perniagaan” di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 & Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957;
2) Pemilik perniagaan merupakan warganegara atau penduduk tetap dan mestilah berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas; dan
3) Perniagaan yang dijalankan mestilah beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
PROSEDUR PENDAFTARAN PERNIAGAAN
1) Pemilik atau rakan kongsi hendaklah mendaftarkan perniagaan (pemilik tunggal/perkongsian) tidak lewat 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
2) Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama tred.
i. Nama sendiri – Perniagaan yang menggunakan nama sendiri (Bentuk Perniagaan: Milikan Tunggal) seperti di kad pengenalan. (Contoh: Ali Bin Ahmad)
ii. Nama Tred – Perniagaan yang menggunakan nama tred yang dicipta/direka bagi tujuan komersial (Bentuk Perniagaan: Milikan Tunggal atau Perkongsian tidak melebihi dua puluh (20) orang. (Contoh: Indah Maju Construction, Restoran Seri Nelayan, Nirmala Trading & Services).
3) Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian melalui perkhidmatan Ezbiz Online.
4) Sila layari laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Fi, Panduan Pendaftaran Nama Perniagaan dan Panduan Pendaftaran Perniagaan Baru
AKTA SEWA BELI
Undang-undang sewa beli akta 1967 yang dikuatkuasakan pada 11 April 1968.
Kontrak sewa beli adalah satu perjanjian dimana pemilik bersetuju untuk menyewa barang-barang kepada penyewa dengan pilihan kepada penyewa untuk membeli barang-barang.
Akta sewa beli untuk menentukan hak-hak undang-undang. keajipan dan liabiliti penyewa, pemilik dan pihak-pihak lain untuk perjanjian sewa beli.
Dalam perjanjian sewa beli, penyewa tidak boleh menjual barang -barang di bawah perjanjian sewa. ini adalah kerana penyewa bukan pemilik barang. jika dia menjual barang tersebut, dia perlu bertanggungjawab kepada pemilik untuk penukaran.
CONTOH BARANG SEWA BELI
Bas
Kenderaan bermotor
Motokar (teksi/ kereta sewa)
Kenderaan orang sakit/cacat
HAK SEORANG PENYEWA
Menerima sesalinan perjanjian SB
Memperolehi sebarang maklumat mengenai akaun anda
Meminta penyata baki belum jelas (sekali setiap 3 bulan)
Menyelesaikan kemudahan SB lebih awal
Menamatkan perjanjian SB pada bila-bila masa
TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENYEWA
Tidak memindahkan atau menjual kenderaan bermotor tanpa persetujuan syarikat.
Membayar ansuran mengikut jadual
Memberitahu syarikat kewangan jika berlaku sebarang pertukaran alamat
Mematuhi perintah mahkamah bagi proses pengambilan semula milikan sekiranya bayaran ansuran melebihi 75% daripada harga tunai barangan tersebut
HAK SYARIKAT KEWANGAN / PEMILIK
Menarik balik kenderaan bermotor apabila tidak membuat pembayaran
Menggesa untuk menginsuranskan kenderaan bermotor
Mengenakan denda ke atas penyewa bagi tujuan menguatkuasakan perjanjian SB
TANGGUNGJAWAB SYARIKAT KEWANGAN / PEMILIK
Menguruskan pendokumentasian sewa beli
Menyerahkan resit bayaran ansuran kepada penyewa dengan kadar segera
Menyediakan Perjanjian Sewa Beli yang berasingan bagi setiap barang
AKTA PERIHAL DAGANGAN
1972
PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PENANDAAN MAKANAN) 1975
Perintah ini dibuat oleh Menteri melalui peruntukan kuasa dibawah Seksyen 11 Akta Perihal Dagangan 1972
Tujuan dilabelkan makanan tersebut ialah bagi melindungi pengguna supaya tidak tertipu dengan sebarang penyelewengan yang dilakukan bagi tujuan mengaut keuntungan yang berlebihan
PERINTAH PERIHAL DAGANGAN (PENGGUNAAN PERBAHASAAN 'HALAL') 1975
Perintah ini dibuat oleh menteri melalui peruntukan seksyen 10 Akta Perihal Dagangan 1972
Ia bertujuan memberikan takrif berhubung dengan perbahasan
''Halal'', ''Ditanggung Halal'', ''Makanan Islam'' atau mana-mana perbahasan yang membawa maksud sedemikian sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak
2011
Penguatkuasaan berhubung ungkapan '' Halal'' dilaksanakan di bawah:
Akta Perihal Dagangan 2011
Perintah Perihal Dagangan ( Takrif Halal) 2011
Perintah Perihal Dagangan ( perakuan dan penandaan)
Memberi perlindungan kepada peniaga / pengguna dari amalan perdagangan yang tidak sihat
ungkapan '' Halal'' adalah salah satu perihal dagangan bagi maksud Akta ini.
AKTA TIMBANG DAN SUKAT
Pengguna mengetahui hak mereka sendiri dalam akta ini yang berkaitan penggunaan alat timbangan dan sukatan
Pengguna berhak menolak penggunaan alat timbangan yang tidak diperakui oleh kerajaan