Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pandangan Semesta Tamadun Melayu & Tamadun China - Coggle Diagram
Pandangan Semesta Tamadun Melayu & Tamadun China
Tamadun Melayu
Mengutamakan ikatan kekeluargaan dan hubungan silaturahim
Dapat dilihat melalui gelaran yang digunakan seperti datuk, nenek, along, angah dan pakcik.
Mengamalkan ziarah menziarahi dan kenduri bersama-sama.
Bersopan santun, berbudi bahasa
Orang beradap mestilah bersifat sopan dan halus budi pekerti.
Tidak biadap dan menggunakan perkataan yang kasar atau kesat.
Berpegang teguh kepada adat resam
Merupakan perkara yang diwarisi secara turun temurun.
Contohnya, menyambut perkahwinan, kelahiran dan kematian.
Bermusyawarah / bermuafakat
Terdapat pepatah ''Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Semua pihak boleh bersuara untuk mencapai persetujuan.
Ketaatan kepada sultan dan menghotmati pemimpin
Ketaatan kepada raja merupakan budaya Melayu.
Institusi beraja adalah unsur tradisi masyarakat Melayu.
Bermatlamatkan kesejahteraan dunia dan akhirat
Segala perkara yang dilakukan akan mendapat balasan sama ada baik atau buruk.
Al-Quran menjadi panduan hidup untuk mencapai kesejateraan di dunia dan akhirat.
Berteraskan unsur-unsur akidah Islam
Taat segala perintah dan meninggalkan segala larangan.
Matlamat utama adalah untuk mencapai keredaan Allah.
Tamadun China
Dao / Tao - sesuatu jalan / cara kelakuan
Merupakan konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi.
Sesuatu set etika yang mesti diikuti.
Zhongyong - kesederhanaan & keseimbangan
Segala perlakuan perlulah besederhana
Tidak bersetuju dengan kekerasan sebagai jalan penyelesaian.
Konsep Di / Ti - merujuk kepada bumi
Jika digabugkan perkataan dian dan ti lahirlah konsep alam fizikal.
Juga merujuk kepada dewa tertinggi yang menguasai dewa-dewa lain.
Taiji - sesuatu bersifat universal
Merujuk kepada kenyataan muktamad.
Menjelaskan perubahan dunia dan kewujudan segala benda.
Konsep Tian - merujuk kepada langit (dewa utama)
Merujuk kepada makhluk (dewa) unggul di langit yang mengatur perjalanan hidup dan nasib seseorang.
Insan berkelakuan salah akan mendapat kemudaratan sebagai hukuman.
Yin Yang - wujud pertentangan dalam kehidupan
Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah dan lembut.
Yang mewakili lelaki seperti aktif, panas, cerah, kering dan keras.
Disifatkan sebagai proses pusingan yang timbul dan tenggelam tanpa pengakhiran.
Datong - diibaratkan sebagai jalan agung
Dapat dicapai apabila semua objek dikongsi oleh semua pihak secara adil tanpa ada pembaziran.
Orang tua dan muda dipelihara serta tidak berlaku maksiat, mencuri dan pemberontakan di dunia ini.