Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor-faktor Mempengaruhi Interaksi Antara Pelbagai Tamadun Asia - Coggle…
Faktor-faktor Mempengaruhi Interaksi Antara Pelbagai Tamadun Asia
Kepimpinan
Jika pemimpin atau raja bersifat toleran dan adil, interaksi akan berlaku dengan aman.
Contohnya, Nabi Muhammad SAW tidak sekat orang Yahudi dan Kristian dalam pemerintahan Madinah sebaliknya melindungi hak mereka.
Kedudukan Geografi
Bentuk muka bumi dan kemudahan perhubungan memudahkan interaksi berlaku.
Contohnya, Tamadun China dapat berinteraksi pesat kerana ada 2 jalan perhubungan iaitu jalan sutera dan jalan laut
Membolehkan negara lain berinteraksi dan menjalankan aktiviti perdagangan.
Perkahwinan
Contohnya, di Alam Melayu berlaku interaksi antara penduduk tempatan dengan pedagang Arab melalui perkahwinan.
Terdapat pedagang yang berkahwin dengan pendudukan tempatan sementara menunggu angin monson berakhir.
Hal ini membolehkan islamisasi berlaku kerana wanita yang berkahwin tersebut akan memeluk agama Islam sebelum berkahwin.
Contoh lain, perkahwinan antara Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.
Misi Politik
Contohnya hubungan diplomatik antara Alam Melayu dengan China.
Melaka telah menerima utusan dan begitu juga sebaliknya kepada China.
Tujuannya adalah agar mendapat pelindungan daripada ancaman Siam.
Hal ini mendorong Islamisasi berlaku di Alam Melayu.
Peranan Golongan Agama
Seperti sami, paderi dan alim ulama
Biasanya mereka berusaha mewujudkan suasana yang harmoni dan memberi penekanan sifat keinsanan.
Contohnya, sikap dan akhlak mulia yang ditonjolkan ulama Islam di Alam Melayu memudahkan Islamisasi berlaku.
Perdagangan
Hubungan antara Arab dengan China berlaku sejak 3M lagi dan rancak pada 8M melalui jalan darat dan laut.
Pedagang Arab dan Parsi telah mendirikan penematan di Kwang Co (Canton).
Mereka juga mendirikan masjid di Guangzhou dan berlakunya islamisasi.