Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM, DISEDIAKAN OLEH: NUR LIYANAH BINTI RAZMAN …
SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM
AL-QURAN
Himpunan wahyu yang diturunkan Allah SWT menggunakan bahasa Arab kepada Nabi Muhammad SAW utk disampaikan kepada manusia sebagai panduan dan pengajaran agar mereka dapat membentuk sistem dan cara hidup yang diredhai oleh Allah.
Firman Allah SWT dalam surah Al Isra' ayat 9 yang bermaksud: Sesungguhnya Al Quran ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar
Isi kandungan Al Quran meliputi setiap aspek kehidupan yang sempurna.
AS- SUNNAH
Menjelaskan secara terperinci perkara yang tidak diperincikan di dalam Al-Quran
Cth: berkaitan ayat Al-Quran yang ditakhsiskan oleh As sunnah berkaitan bangkai di laut.
Al-Quran: حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ
Hadis: هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الْحِلُّ مَيْتَتُهُ
Ayat Al-Quran diatas ditakhsiskan dengan hadis yang menyatakan bahawa semua bangkai adalah haram dimakan kecuali bangkai dilautan.
Sunnah sebagai penjelas dan pentafsir kandungan Al-Quran serta memperkuatkan lagi hukum yang ada dalam Al-Quran.
IJMAK
Mempunyai hubungkait dengan sistem syura
Konsep ijmak digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah baharu yang selari dengan Al-Quran dan As Sunnah
cth: Para ulama' bersepakat bahawa haram bagi suami menyetubuhi isteri ketika haid
QIAS
Berasaskan rasional akal dan dihasilkan menerusi penelitian secara akliah terhadap keselarian dan kesamaan yg wujud pada perkara yang dinaskan dan tidak diijmakkan dengan perkara yang dinaskan Al Quran dan as Sunnah
Cth: hukum minum air penampaian adalah haram kerana ianya memabukkan
TAMADUN-TAMADUN LAIN
Asas tamadun Islam mementingkan ilmu pengetahuan yang juga fleksibel dalam segala aspek terutama melibatkn perkembangan teknologi
cth: pembinaan kubah-kubah di masjid dipercayai daripada seni bina Graeco-Roman
DISEDIAKAN OLEH: NUR LIYANAH BINTI RAZMAN
UNIT : PISMP PI5
TAJUK: AKTIVITI KULIAH 2 (29/1/2021)