Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJAR
Ahli Kumpulan:
Anis…
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN BELAJARAhli Kumpulan:
- Anis Nadia binti Mohd Nor
- Nurul Aleesa Syahida binti Azhari
- Nurul Hidayah binti Norhaslidaazua@Norazua
- Nur Amalin Airen binti Che Ibrahim
- Siti Aisyah binti Ahmad Maliki
- Siti Rabi'atul Fatihah binti Zaharin
PERANAN GURU
- Guru haruslah kreatif mempelbagaikan kaedah pengajaran iaitu melakukan aktiviti berkumpulan, sumbangsaran, soal jawab dan sebagainya.
- Guru menunjukkan sikap yang positif ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung contohnya guru menunjukkan wajah yang ceria, bersemangat dan memupuk amalan kasih sayang kepada murid-murid.
- Guru berlaku adil kepada murid-murid iaitu dengan tidak membanding-bandingkan kemampuan yang ada dalam diri setiap murid.
PERSEKITARAN
Kemahiran Asas dan Pengalaman Sedia Ada
- Sebelum mempelajar sesuatu ilmu, murid memerlukan kemahiran asas dan pengalamn sedia ada mereka bagi mempersiapkan mereka untuk belajar.
- Hal ini kerana, apabila murid mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan topik pembelajaran, mereka akan lebih bersedia dan mudah untuk memahami pelajaran.
- Sebagai contoh, murird yang berada di bandar akan lebih bersedia mempelajari teknologi berbanding murid yang berada di luar bandar.
KEMATANGAN
- Kematangan merupakan aspek yang penting dalam mempengaruhi kesediaan belajar kerana melibatkan perkembangan fizikal, kognitif, dan afektif.
- Setiap individu mempunyai tahap kematangan masing-masing
- Contohnya, perempuan lebih cepat matang dari segi aspek biologi berbanding lelaki.
- Hal ini yang demikian telah mengubah dan mempengaruhi kesediaan belajar murid memandangkan minat dan pemikiran perempuan khusunya telah berubah.
- Murid perempuan sudah mula memikirkan tentang pandangan dunia dan minat dengan lebih cenderung terhadap pembelajaran sastera dan kemanusiaan. Manakala, murid lelaki lebih cenderung terhadap aktiviti lasak fizikal, mata pelajaran sains dan teknikal.
- Selain tu, kematangan dari segi kognitif juga mempengaruhi kesediaan belajar seseorag individu seperti murid perempuan yang matang akan lebih cepat menguasai sesuatu mata pelajaran dan lebih cekap melakukan aktiviti yang melibatkan minda dan pemikiran berbanding murid lelaki.
SIKAP DAN TINGKAH LAKU
- Minat dan sikap seseorang dikaitkan dengan kematangan emosi dan faktor persekitaran keluarga atau murid-murid.
- Murid akan bersemangat untuk belajar jika jika mereka mempunyai sikap yang positif.
- Oleh itu, guru boleh memulakan sesuatu pengajaran dengan set induksi.
- Contohnya, Guru harus memperkenalkan sesuatu yang menarik, mengagumkan atau sesuatu yang boleh menimbulkan minat murid-murid bagi ingin mengambil tahu sesuatu topik yang akan diperkenalkan dan mendapatkan kepuasan dalam pembelajaran.
PERHATIAN
- Perhatian dan penumpuan yang tinggi dapat meringkatkan kesediaan belajar murid.
- Guru perlu merangsang murid melalui strategi pembelajaran dengan pelbagai cara.
- Dengan ransangan tersebut, pelajar dapat mengekalkan perhatian dan kesediaan belajar untuk menerima pembelajaran yang baharu.
- Contoh : Guru menggunakan set induksi, alat bantu mengajar yang canggih dan kaedah pengajaran yang berkaitan dengan minat murid.
MOTIVASI DALAMAN
-
- Berkait dengan minat dan sikap murid.
- Kesedian murid bergantung kepada minat murid yang tinggi dalam mempelajari dan sikap muridyang positif dalam belajar.
PENGALAMAN
- Menurut Kamarudin Husin (1997), pengalaman yang sedia ada dalam diri seseorang pelajar merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi kesediaan pelajar untuk menerima pengajaran yang disampaikan oleh guru.
- Terdapat berlaku kesukaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran kerana perkara yang disampaikan itu berada di luar pengalaman pelajar.
- Secara tidak langsung pengalaman sedia ada inilah yang lebih membantu pelajar untuk menguasai dan memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru.
- Sebagai contoh, murid-murid yang berasal dari kawasan luar bandar dapat menghuraikan dengan lebih jelas tentang sesuatu perkara yang berkontekskan kehidupan di kampung atau kawasan pedalaman.