BANDING BEZA JAHILIYAH ZAMAN DAHULU DAN ZAMAN SEKARANG

Masyarakat Jahiliah Zaman Sekarang:
❗Masyarakat zaman jahiliah moden kini ramai yang hidup berpandukan hawa nafsu sendiri semata-mata
❗ Zaman jahiliah moden kini seolah olah terbuktinya zaman jahiliah zaman dahulu berlaku kembali
❗ Sebahagiannya ingkar ajaran Islam yang berpandukan syariat Islam

:Masyarakat Jahiliah Zaman Dahulu:

Tidak bertamadun dan tiada pedoman hidup di mana hanya akal dan nafsu dijadikan rujukan

Kepercayaan dan agama:
√ Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala .
√ Agama lain yang dianuti ialah animisme, Majusi , Nasrani dan Yahudi.

Amalan syirik masih diamalkan di era millennium dan perkembangan teknologi yang pesat. Contohnya ialah pemujaan tempat keramat, kepercayaan kepada dukun dan bomoh, penggunaan tangkal azimat dan sebagainya.

Mereka ini walaupun telah dibekalkan dengan syariat Islam yang lengkap, dipandu dengan al-Quran dan Sunnah, namun masih ramai yang kekal dengan watak-watak dan sikap yang ada pada masyarakat di zaman jahiliah dahulu.

Lahirlah masyarakat yang bergelumang dengan kemungkaran dan kezaliman

Aktiviti jenayah berleluasa seperti zaman jahiliyyah terdahulu seperti jenayah rogol, pembunuhan, perjudian, minum arak dan sebagainya.

Keruntuhan akhlak dan sosial : seks bebas, pembuangan anak luar nikah, couple akibat kurangnya didikan agama dan terpengaruh dengan budaya barat.

Golongan yang menyesatkan dan memesongkan ajaran Islam. Ini dapat dibuktikan apabila wujudnya ramai rasul dan nabi palsu selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. Contoh yang masyhur didengar ialah ajaran Ayah Pin.

Selain itu, ramai yang tahu kewajipan menutup aurat tetapi tidak menutup langsung dan tidak menutup sepenuh auratnya dengan sempurna

Amalan seperti riba dan rasuah juga berlaku semakin berleluasa tanpa wujudnya sikap malu dalam diri melakukan perbuatan terkutuk tersebut

Masyarakatnya tidak berilmu: Ini kerana Islam baru turun pada ketika itu pada mereka. Tetapi ada sebilangan dari mereka menganut agama Nabi Ibrahim, iaitu agama Hanif(Menyembah Allah yang Maha Esa).

click to edit

Masyarakat kini hidup selepas kedatangan Islam dan setelah sempurna risalah kenabian SAW

click to edit

Harga Diri Wanita

Jahiliah Klasik - Pada zaman ini, masyarakatnya bebas memilih wanita mana yang disukai kerana harga diri wanita pada zaman itu amat rendah. Bayangkanlah, kerana anak yang dilahirkan perempuan, mereka malu sehingga merah muka. Lelaki bermaharajalela dengan nafsu syahwat mereka.

Jahiliah Moden - Pada zaman ini pula, kaum-kaum wanita telah di'upgrade'kan harga diri mereka ke tahap yang sungguh tinggi oleh Rasulullah saw sejak kedatangan Islam. Malangnya, kaum Hawa ini pula yang merendahkannya kembali. Pemakaian mereka dari tertutup kini telah dibuka secara perlahan-lahan. Pelbagai agensi pelacuran berleluasa di setiap ibukota.

Kedudukan Bayi

Jahiliah klasik - "Sekiranya salah seorang diberitahu tentang kelahiran anak perempuan, mukanya menjadi merah kerana terlalu marah dan mereka menyembunyikan diri daripada kaumnya kerana keburukan daripada berita yang disampaikan. Apakah patut dipeliharanya dengan rasa malu atau ditanam dalam tanah. Alangkah buruknya apa yang mereka putuskan(Sumber, al-Quran Surah al-Nahl : 58-59 -terjemahan).

Jahiliah Moden - Bayi tidak kira lelaki atau perempuan dibuang, dibakar, disumbat di dalam lubang tandas, di lempar ke tong sampah dan bermacam-macam lagi perkara zalim dilakukan kerana tidak sanggup menanggung malu atas perlakuan zina yang mereka lakukan.