Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar Seseorang Individu -…
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Belajar Seseorang Individu
Motivasi Dalaman
Murid perlu berada dalam keadaan yang bersemangat, bersikap positif untuk bersedia menghadapi pembelajaran.
Guru perlu merancang satu aktiviti yang menarik serta mampu memberi ransangan kepada murid untuk bersemangat dan bersedia untuk belajar.
Motivasi dalam juga disebut sebagai motivasi intrinsik serta berkait rapat dengan minat dan sikap belajar.
Kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan mempunyai dua jenis motivasi dalaman, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Kedua-dua ini merupakan motivasi dalaman yang kuat untuk meningkatkan kesediaan belajar kanak-kanak supaya pembelajaran lebih seronok dan berkesan. (Bruner, 1966)
Contohnya, guru memberi ransangan belajar kepada murid-murid dengan menggunakan kaedah nyanyian melodi riang untuk menghafal lagu ABC dalam kalangan murid prasekolah. Ini akan menjadikan murid-murid berasa seronok untuk belajar dan lebih ingat mengenai pembelajaran.
Kemahiran Asas & Pengalaman Sedia Ada
Kemahiran asas dan pengalaman sedia ada ini berkait rapat dengan keadaan persekitaran pelajar
Contohnya, pelajar luar bandar akan lebih bersedia belajar topik pertanian berbanding dengan pelajar-pelajar di bandar kerana para pelajar luar bandar ini sering melihat ekonomi pertanian di sekeliling mereka
Pelajar hendaklah memperolehi kemahiran asas atau pengalaman yang berkaitan dengan topik pengajaran yang ingin disampaikan.
Dengan adanya, kemahiran asas dan pengetahuan ini para pelajar akan menjadi lebih fokus ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedang berlangsung
Perhatian
Sebagai seorang guru, kita mestilah cuba merangsang murid dengan strategi pembelajaran yang menarik serta kaedah pembelajaran yang pelbagai
Contohnya mengadakan kuiz atas talian seperti Kahoot dan permainan dalam kelas
Murid mestilah menumpukan perhatian yang tinggi bagi meningkatkan kesediaan belajar
Kesediaan belajar dari aspek perhatian terganggu akibat daripada keadaan bising di persekitaran, suara guru yang kurang jelas serta pengajaran yang tidak menarik yang menyebabkan mereka mudah berasa bosan dan mengantuk
Menurut MA Shah Bin Mohamed Arip (2014), bukan sahaja daripada gangguan luaran/fizikal malah mental juga dititikberatkan
Bukan itu sahaja, bahkan menurut Salleh (2003) dalam Rohani Arbaa et.al (2010) menyatakan bahawa minat juga mempengaruhi komitmen murid memberikan perhatian di dalam kelas
Kematangan
Kematangan merujuk kepada perubahan yang berlaku hasil daripada perubahan fizikal dan biologi dalam badan setiap individu. Terdapat dua jenis kematangan iaitu kematangan fizikal dan kematangan mental.
Perkembangan psikomotor kanak-kanak dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu bayi, awal kanak-kanak dan kanak-kanak. Kematangan fizikal berlaku dengan cepat pada peringkat bayi dan kanak-kanak.
Guru tidak boleh memaksa murid untuk membuat sesuatu aktiviti jika pelajar tidak bersedia untuk melakukannya sebaliknya guru harulah menyediakan aktiviti pembelajaran yang selaras dengan kematangan fizikal murid.
Misalnya, murid Tahun Satu dan Dua tidak mempunyai kematangan untuk bermain hoki kerana otot-ototnya belum berkembang untuk bermain hoki. Kematangan fizikal akan sempurna apabila murid mencapai umur 17 hingga 18 tahun.
Perkembangan mental tidak ada hadnya dan ia akan berterusan sepanjang hidup individu. Mengikut konsep yang diutarakan oleh Piaget dalam teori perkembangannya, perkembangan intelek seseorang individu adalah berkadar terus dengan pertambahan umurnya.
Perkembangan mental kanak-kanak dapat dibahagikan kepada empat peringkat iaitu deria motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal.
Guru haruslah memastikan bahawa objektif dan isi pembelajaran yang dirancang sejajar dengan kematangan mental murid kerana kematangan mempengaruhi kesediaan belajar murid untuk menerima pembelajaran yang baharu.