Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya, maka rujuklah mereka dengan cara yang ma'ruf atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma'ruf. Janganlah kamu rujuki mereka untuk memberi kemudharatan kerana dengan demikian kamu menganiayai mereka. Barangsiapa berbuat demikian maka sungguh ia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri, janganlah kamu jadikan hukum-hukum Allah permainan, dan ingatlah nikmat Allah padamu,, dan apa yang telah diturunkan Allah kepadamu iaitu Al Kitab dan Al hikmah (As Sunnah). Allah memberi pengajaran kepadamu dengan apa yang diturunkanNya itu, dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah bahawasanya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.