Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Unit 5 : Pembelajaran & Pengajaran Awal Matematik - Coggle Diagram
Unit 5 : Pembelajaran & Pengajaran Awal Matematik
Prinsip – prinsip Awal Matematik
Pengajaran berkaitan dengan nombor perlu dilakukan melalui aktiviti yang berkaitan dengan persekitaran fizikal dan koordinasi reaksi atas objek kepada proses yang mengambarkan pemikiran logik.
Kanak-kanak memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman pemikiran bagi membentuk konsep matematik.
Tahap perkembangan matematik kanak-kanak
Mula faham dan guna bahasa matematik melalui pemahaman asas seperti tinggi dan rendah, penuh dan kosong, dekat dan jauh, mula dan akhir serta banyak dan sedikit.
Mula membanding dan mengelas objek seperti meletakkan objek yang sama cirinya dalam satu kumpulan atau dalam set.
Membuat perbandingan merupakan proses di mana kanak-kanak membuat perkaitan antara dua objek yang berasaskan ciri kesamaan dan perbezaannya.
Kanak-kanak mengira secara hafalan iaitu mengira tanpa memahami nilai nombor tersebut seperti pengulangaan pengiraan nombor dalam lirik lagu.
Perkembangan mengira secara bermakna iaitu mengira dan memahami nilai setiap nombor seperti dua mewakili dua objek atau nombor empat mewakili empat objek.
Memahami dalam mengira dan membilang jumlah sebenar objek yang terdapat serta benda terakhir dalam set yang mewakili jumlah objek dalam set itu.
Pendekatan dalam pengajaran awal matematik dalam pendidikan awal kanak-kanak
Pendekatan bertema – merupakan salah satu pendekatam yang paling kompleks dan komprehensif berbanding dengan pendekatan yang lain. Pendekatan bertema adalah suatu pendekatan yang menyeluruh dan mencakupi aspek pembelajaran yang meluas serta menyentuh semua tunjang perkembangan.
Pendekatan bersepadu – pembelajaran matematik yang disepadukan dengan komponen-komponen pembelajaran yang lain membolehkan kanak-kanak mempelajari beberapa pengetahuan kemahiran dalam masa yang sama. Seperti matematik dan seni & kreativiti membolehkan kanak-kanak bernyanyi sambil mengenal nombor.
Pendekatan belajar sambil belajar – permainan merupakan bahan asas dalam pembelajaran dan perkembangan minda kepada kanak-kanak kerana melalui bermain mereka mendapat kepuasan daripada naluri ingin tahu yang dapat dipenuhi melalui aktiviti permainan yang dilakukan.
Kaedah yang digunakan pengajaran awal matematik dalam pendidikan awal kanak-kanak
Kaedah perbincangan – kaedah ini sangat bersesuain dengan subjek matematik yang mana banyak melibatkan penyelesaian masalah kerana ianya dapat menggalakkan kanak-kanak untuk bertanya dan mengemukakan pendapat mereka semasa melakukan perbincangan.
Kaedah penyelesaian masalah – kaedah ini sangat sinonim dengan pembelajaran matematik kerana ianya membolehkan kanak-kanak terlibat bersama-sama dalam berfikir secara aktif untuk membuat keputusan terhadap menyelesaikan sesuatu permasalahan.
Kaedah projek – kaedah ini mempunyai beberapa tahap yang perlu dilakukan sebelum dapat mencapai tujuan serta objektif pembelajaran yang ditetapkan. Kaedah projek ini memerlukan penglibatan daripada semua pihak yang terlibat seperti guru atau ibu bapa serta tempoh masa yang panjang akan diambil tetapi memeri kebaikan kepada kanak-kanak.
Teknik yang terdapat dalam pengajaran awal matematik dalam pendidikan awal kanak-kanak
Teknik bercerita – boleh digunakan dalam pembelajaran awal matematik kerana ianya dapat menarik minat dan perhatian kanak-kanak.
Teknik perbincangan – merupakan aktiviti perbincangan untuk mengeluarkan pandangan atau pendapat serta membuat ulasan terhadap pendapat atau pandangan mengenai sesuatu masalah.
Teknik main peranan – merupakan teknik melakonkan semula sesuatu situasi atau masalah yang dianggap penting.
SITI NUR ZULAIKHA BINTI MD KHUDRI. DPAKC1901023. MARCH 19 (C1)