Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TASK F - Coggle Diagram
TASK F
SOALAN 2
HURAIAN
Wujudnya kewajipan berjaga-jaga di mana bukan semua kecuaian akan dipertanggungjawabkan ke atas seseorang itu. Akan tetapi, seseorang itu hanya bertanggungjawab sekiranya dia mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap seseorang yang lain. Sebagai contoh, pengguna jalan raya mempunyai tanggungjawab terhadap pengguna jalan raya yang lain. Sekiranya pertikaian terjadi, plaintif mesti membuktikan bahawa defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif.
KESIMPULAN
- Tidak berlaku kecuaian di antara Mahmud dan Fatimah
- Menurut kes Bourhill v Young (1943), plaintif secara fizikalnya tidak berada di kawasan bahaya sewaktu kejadian berlaku. Oleh itu, defendan tidak mempunyai tanggungjawab ke atas plaintif.
- Hal ini berlainan dengan kes Zainab binti Ismail v Marimuthu & Anor (1955) di mana defendan didapati bersalah kerana mempunyai tanggungjawab ke atas kerugian yang dialami oleh plaintif
- Kejutan yang dialami oleh plaintif melibatkan hubungan cinta dan kasih sayang antara plaintif dengan mangsa iaitu anak gadisnya. Oleh disebabkan itu, defendan didapati bersalah dan perlu bertanggungjawab di atas kecuaiannya
- Bertitik tolak daripada itu, tidak wujud hubungan cinta dan kasih sayang antara Mahmud dan Fatimah. Oleh itu, jelaslah bahawa Mahmud tidak bertanggungjawab ke atas Fatimah.
DEFINISI
Kecuaian ialah satu perlanggaran kewajipan berjaga-jaga oleh defendan yang telah ditetapkan oleh undang-undang di mana boleh menyebabkan kerugian atau kerosakan yang tidak diingini oleh plaintif.
ISU
Fatimah mengalami kejutan dan kehilangan anaknya selepas menyaksikan kemalangan yang dihadapi oleh Mahmud, seorang pemandu yang cuai di mana kereta yang dipandunya telah bertembung dengan paip utama di tepi jalan. Oleh itu, mungkin telah wujud kecuaian di antara kelakuan Mahmud dan Fatimah.
APLIKASI
Bourhill v Young (1943)
- Defendan mengalami kemalangan dengan sebuah kereta kerana menunggang motosikalnya dengan lalai
- Defendan meninggal di tempat kejadian
- Plaintif, seorang wanita hamil 8 bulan mengetahui tentang kemalangan tersebut selepas turun daripada trem yang jaraknya 50 kaki dari tempat kejadian
- Plaintif secara sukarela melihat tempat kejadian lalu mengalami kejutan saraf dan tekanan hingga menyebabkan dia melahirkan anaknya
- Anaknya meninggal sewaktu dilahirkan
- Plaintif menuntut tuntutan dalam kecuaian terhadap harta pusaka penunggang motosikal iaitu defendan yang telah mati
- Mahkamah memutuskan bahawa defendan tidak bertanggungjawab
- Kerugian yang dialaminya tidak dapat diramal oleh penunggang motosikal tersebut dan plaintif secara fizikalnya berada di luar kawasan bahaya sewaktu kejadian
-
SOALAN 1
-
HURAIAN
Elemen yang membentuk kecuaian ialah kewajipan berjaga-jaga. Tidak semua kecuaian akan dipertanggungjawabkan ke atas seseorang itu. Kecuaian yang perlu dipertanggungjawabkan ialah apabila orang itu mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap orang lain. Sebagai contoh, majikan mempunyai tanggungjawab kepada pekerjanya untuk menyediakan sIstem pekerjaan yang sihat dan selamat.
KESIMPULAN
- Berdasarkan kes Donoghue v Stevenson (1932), Encik Moo Tai yang merupakan plaintiff boleh mengambil tindakan undang-undang kepada Puan Lim di atas kecuaian
- Encik Moo Tai berhak mengambil tindakan kerana Puan Lim berada di dalam kereta tersebut. Kereta itu mempunyai brek dan Puan Lim mempunyai tanggungjawab kepada pejalan kaki
- Oleh itu, Puan Lim dapat dituntut oleh Encik Moo Tai disebabkan oleh Puan Lim tidak manjalankan tugasnya sehingga dapat mejadikan dia bersalah dalam kes ini.
DEFINISI
Kecuaian ialah satu pelanggaran kewajipan berjaga-jaga oleh defendan yang telah ditetapkan oleh undang-undang yang menyebabkan kerugian atau kerosakan yang tidak diingini oleh plaintif.
ISU
Puan Lim memandu kereta barunya ketika melanggar Mr Moo Tai, seorang pejalan kaki yang sedang berjalan di seberang jalan. Encik Moo Tai dapat lihat kereta Puan Lim menghampirinya dengan jelas. Puan Lim juga melihat Encik Moo Tai berjalan di seberang jalan, tetapi dia begitu teruja dengan kereta barunya yang membuatkan dia lupa untuk menekan breknya. Oleh itu, isu yang mungkin berlaku adalah kecuaian.
-