Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
KPS3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN
BAB 13 : PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
2) KONSEP SEKOLAH
i) Sekolah adalah tempat yang paling penting untuk proses sosialisasi bagi membentuk sesebuah masyarakat setempat.
ii)Hubungan sekolah dengan masyarakt adalah satu interaksi yang dapat membantu untuk mencapai sesuatu maklamat dalam membentuk sesebuah masyarakat dan mendapatkan aspirasi dari masyarakat serta menjalinkan kerjasama yang baik antara sekolah dengan masyarakat luar.
3) KONSEP GURU
i) Guru sebagai pengganti ibu bapa
ii) Kebajikan murid – murid terletak pada tanggungjawab guru sepanjang mereka di sekolah
iii) Memberi perhatian kepada murid ketika di sekolah.
1) KONSEP MASYARAKAT
i) Kumpulan yang mempunyai persamaan/berkait rapat antara satu sama lain/menduduki sesuatu wilatah tertentu bersama
ii) Masyarakat adalah sekumpulan manusia yang mengganggotai satu organisasi yang mempunyai beberapa kriteria tertentu iaitu terdapat proses penggantian masyarakat melalui pembiakan genetik
4) KONSEP IBU BAPA
i) Tanggungjawab ibu bapa memberi kesan kepada perkembangan dan pencapaian sekolah
ii) Membantu memberikan sokongan moral kepada pihak sekolah
iii) Ketidakfahaman ibubapa dan sekolah akan menyebabkan kemerosotan prestasi
iv) Ibu bapa prihatin akan melahirkan sekolah yang cemerlang dan terbilang
BAB 5 : PENGURUSAN MURID
1) DEFINISI
Pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi
tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai (Jaafar Muhammad,1998).
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah.
Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.
2) MENGURUS REKOD MURID
i) Educational Management Information System Online (EMIS)
ii) Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
iii) Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM)
iv) Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
v) Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
3) KESEDIAAN MURID BELAJAR
i) Kesediaan kognitif
ii) Kesediaan afektif
iii) Kesediaan psikomotor
4) FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN PELAJAR
i) Pengalaman
ii) Kematangan
iii) Kematangan fizikal
iv) Kematangan mental
v) Kematangan sosial
vi) Kematangan emosi
BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
1) DEFINISI
(Kamaruddin, 1994) mengatakan Interaksi bilik darjah bererti tindak balas yang berlaku di antara sekurang-kurangnya dua pihak.
Menurut Kolaborasi Ilmu (2012) pembelajaran pula ialah suatu gerakbalas kepadarangsangan-rangsangan yang membawa kepada satu perubahan. Pembelajaran ialahsuatu proses mental atau fizikal yang membawa kepada perubahan tingkah laku.Pembelajaran juga bermaksud satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikapdan nilai yang baru.
(Ned Flanders, 1963) merumuskan:
i) Dua pertiga daripada semua pelajaran yang diperhatikan adalah dalam bentuk percakapan.
ii) Dua pertiga daripada percakapan oleh guru.
iii) Dua pertiga dari percakapan guru adalah berbentuk syarahan
2) ISI PENTING
C) Komunikasi dalam kelas
E) Jenis komunikasi
Komunikasi Intraperibadi (intrapersonal communication)
Komunikasi Antara Peribadi (interpersonal communication)
Komunikasi Kumpulan
Komunikasi Keorganisasian
D) Bentuk-bentuk komunikasi
ii) Komunikasi tanpa lisan
iii) Komunikasi visual
i) Komunikasi lisan (oral communication)
VI) Elemen-elemen dalam proses komunikasi
i) pengantar
ii) mesej
iii) enkod
iv) saluran
v) penerima
vi) dekod
vii) maklumbalas
viii) gangguan
B) Interaksi yang berkesan
penyampaian mesej dengan jelas supaya mengelakkan daripada terjadinyakonflik di antara penyampai dan penerima.
menggalakan pelajar melontarkan pandangan.
bercakap dengan menggunakan bahasa yang baik dengan pelajar
bersifat ramah dan mesra supaya pelajar merasa lebih dekat dengan guru.
VII) Kemahiran komunikasi berkesan
i) Kemahiran tingkah laku
ii) Kemahiran menimbulkan minat orang
iii) Kemahiran memberi perhatian
iv) Kemahiran mendengar
v) Kemahiran pemerhatian
vi) Kemahiran mengemukakan soalan
vii) Kemahiran memberi refleksi perasaan
viii) Kemahiran memberi maklum balas
A) Jenis-jenis interaksi dalam bilik darjah
ii) Interaksi Dua Hala
iii) Interaksi Kumpulan
i) Interaksi Sehala
iv) Interaksi antara Kumpulan
BAB 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU
1) DEFINISI
Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu.
Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.
2) ISI PENTING
A) Peraturan ialah undang-undang yang ditetapkan untuk menentukan ketenteraman, keharmonian dan kelicinan perjalanan aktiviti-aktiviti dalam masyarakat.
B) Peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya.
C) Menurut Abdullah Sani (2005), disiplin merupakan satu bentuk latihan untuk mengembangkan potensi individu daripada segi intelek, jasmani, rohani dan sosial supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia dan memberi manfaat kepada masyarakat.
D) Disiplin adalah adalah satu set peraturan yang telah ditetapkan kepada murid-murid bagi mengawal serta untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.
E) Guru sebagai guru disiplin. Walaupun seseorang guru itu tidak menggalas jawatan sebagai seorang guru disiplin mereka juga hendaklah mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah untuk sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan terkawal. Semua guru memainkan peranan dan tanggungjawab mereka bukan sahaja setakat mengurus atau mengajar tetapi juga mendidik. Mereka membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pembentukan disiplin yang baik.
F) Kokurikulum meningkatkan tahap dan mutu disiplin pelajar. Aktiviti kokurikulum ini bukan sahaja dapat melatih pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat tetapi juga dapat mengawal tingkah laku dan disiplin mereka. Kokurikulum ini juga dapat mengelakkan para pelajar supaya tidak terjerumus dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
BAB 4 : KEPIMPINAN DAN
ORGANISASI
1) KEPIMPINAN
Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki jambatan sebagai pemimpin.
Konsep kepemimpinan adalah keupayaan mempengaruhi, memotivasikan,mengubah sikap dan tingkah laku subordinat atau orang bawahan seperti guru, staf sokongan, dan pelajar supaya bersetuju melaksanakan program-program dan melakukan perubahan bagi mencapai matlamat sekolah.(Yahya Don, 2005)
Proses mempengaruhi kegiatan kumpulan kearah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancangkan. .(Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2003).
B) ORGANISASI
Organisasi adalah suatu badan yang dianggotai oleh pelbagai individu dengan kelebihan yang pelbagai untuk menjalankan tugas dan peranan yang berbeza bagi mencapai matlamat yang sama (Robbins, 2003).
Pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM)
i) Menteri Pendidikan Malaysia (YB. Dr. Maszlee bin Malik)
ii) Timbalan Menteri Pendidikan (YB. Teo Nie Ching)
iii) Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Ybhg. Dr. Amin bin Senin)
Carta Organisasi Sekolah
i) Pengetua
ii) Penolong Kanan Pentadbiran (PkP)
iii) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM)
iv) Penolong Kanan Kokurikulum (PK Ko)
v) Kaunselor
BAB 3 : KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
1) DEFINISI
A) PENGURUSAN
i) Perancangan, pengelolaan pengkoordinasian, pengawalan, dan penilaian pengagihan sumber untuk tujuan mencapai sesuatu matlamat.(Jamaliah abdul hamid, Norashimah Ismail,2005)
ii) Suatu proses mendapatkan penyetaan kerjasama dan camputangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah, dan mengawal.
iii) Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi. (Syukor, 1988).
B) PEMBELAJARAN
Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Maka, pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran.
• Pembelajaran boleh diukur melalui stimuli-tindak balas, menghasilkan perubahan tingkah laku seseorang.
• Pembelajaran juga diertikan sebagai suatu perubahan tingkah laku manusia.
2) ISI PENTING
A) KONSEP DALAM PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN PELAJAR
ii) Pengalaman
i) Kaitkan pembelajaran dengan pengalaman sedia ada pelajar.
ii) Ulang pelajaran yang lepas denganmembuat sesi soal jawab
iii) Ia membantu pelajar memahami sesi pembelajaran yang dijalankan
iv) Merancang dan mencabar minda pelajar dengan soalan yang bervariasi.
v) Memupuk pelajar untuk memberikan idea, membuat ramalan berdasarkan kajian dan mencabar tahap intelek mereka.
vi) Gagne (1974) menyatakan bahawa pembelajaran adalah perubahan pemikiran, perubahan kebolehan,
vii) Perubahan tingkah laku dan ia memerlukan rangsangan supaya meninggalkan kesan yang lebih bermakna.
iii) Mengarah
i) Mengawal
i) Mengawal peraturan bilik darjah : Guru perlu memastikan pelajar mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan.
ii) Mengawal aktiviti berkumpulan : Mengelakkan pelajar membuat bising sewaktu PdPC
iii) Mengawal murid yang mengalami masalah peribadi : memberi kaunseling yang sewajarnya untuk menaikkan semangat pelajar.
iv) Mengawal suasana bilik darjah. : Guru perlu mengawal tingkah laku pelajar supaya tidak mengganggu proses pembelajaran.
iv) Merancang
i) Merancang objektif pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.
ii) Merancang alat bantu mengajar yang lebih berkesan.
iii) Merancang aktiviti penilaian kepada pelajar.
iv) Merancang pemeringkasan isi pelajaran supaya pelajar lebih faham dan jelas.
v) Merancang strategi dan kaedah pengajaran yang efektif
BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
1) DEFINISI
i) Budaya sekolah merujuk kepada sejumlah nilai, budaya, praktis – praktis keselamatan dan struktur organisasi di sekolah yang mempengaruhi dan memberi kesan kepada proses pembentukan tingkahlaku dan keselamatan pelajar di sekolah.
ii) Budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan.
iii) Budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat.
iv) Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma nilai symbol dan Bahasa yang akan mencorak masa depan mereka.
v) Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal.
2) BUDAYA SEKOLAH
• Budaya hormat menghormati
• Budaya berpakaian
• Budaya belajar
• Budaya membaca
• Budaya penyayang dan tolong menolong
3) TUJUAN PENDIDIKAN PELBAGAI BUDAYA
i) Mengajar pelajar mengenali, menerima dan menghargai perbezaan yang wujud kerana budaya, bangsa, kelas sosial, gender,agama, keperluan istimewa (Oku), golongan minoriti dan orientasi seksual.
ii) Supaya sedar akan keperluan keadilan sosial dalam masyarakat.
iii) Menanam di dalam diri pelajar rasa tanggungjawab dan komited kepada tugas serta amanah dalam masyarakat yang demokrasi, saksama dan adil.
BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHAT MURID
1) PENDAHULUAN
Di dalam bilik darjah, pelajar sering menghadapi pelbagai masalah pembelajaran serta masalah sosioemosi. Oleh itu, selain mengajar, pengajar dikehendaki memainkan peranan sebagai pembimbing untuk membantu masalah yang mereka hadapi.
2) EMPAT KOMPONEN UTAMA
A) Bimbingan : bermaksud memberi panduan atau nasihat
kepada seseorang.
i) Pelajar yang memerlukan bimbingan merujuk kepada pelajar yang menghadapi masalah peribadi dari segi intelek, rohani, emosi ataupun sosial.
ii) Ciri2 Bimbingan
• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
• Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
• Murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• Guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidak sihat.
• Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
B) Penasihatan : bermaksud mengkehendaki suatu kebaikan untuk orang lain secara ikhlas dalam bentuk lisan atau tindakan. Guru yang cemerlang juga berperanan sebagai penasihat kepada pelajarnya.
i) Ciri-ciri Penasihatan
• Berfokus kepada permasalahan yang dihadapi daripada menumpukan kepada diri individu yang bermasalah.
• Berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada orang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebih berpengalaman, banyak pengetahuan dan pengiktirafan.
• Memberi nasihat adalah strategi yang paling cepat untuk mengatasi permasalahan jika nasihat itu meninggalkan kesan.
C) Mentoring : ialah pembimbing atau penasihat yang arif dan berpengalaman kepada seseorang.
Tugas utama pengajar sebagai mentor ialah membimbing pelajar menyelesaikan masalah akademik yang dihadapi dalam sesuatu perjumpaan yang dikenali sebagai sesi tutorial.
Ciri-ciri Mentoring
• Hubungan yang berterusan yang boleh kekal untuk satu tempoh masa yang panjang.
• Boleh jadi lebih informal dan perjumpaan boleh berlaku apabila mentee memerlukan
beberapa nasihat, bimbingan atau sokongan.
• Jangka masa lebih panjang dan menerima pendapat seseorang dengan lebih luas.
• Mentor biasanya adalah lebih berpengalaman dan berkelayakan daripada 'mentee'.
• Fokus ialah pada kerjaya dan perkembangan peribadi.
• Agenda perjumpaan dibuat oleh mentee manakala mentor menyediakan sokongan dan
bimbingan.
• Membimbing untuk menyelesaikan masalah berkaitan mentee.
D) Proses bimbingan dan penasihatan.
i) Fasa 1: Kesedaran guru sebagai pembimbing dan penasihat pelajar.
ii) Fasa 2: Menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan.
iii) Fasa 3: Proses mengenali pelajar.
iv) Fasa 4: Proses membimbing pelajar.
v) Fasa 5: Analisis penilaian.
BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
1) DEFINISI
Sosiologi adalah satu disiplin sains kemasyarakatan.
Sosiologi adalah himpunan pengetahuan asas tentang masyarakat serta tingkahlaku sosial mereka secara lebih saintifik dan berdisiplin.
Ottoway (1964) mendefinasikan sosiologi sebagai satu bidang sains.
Manakala Mohd Salleh (1998) pula menjelaskan sosiologi sebagai suatu bidang yang mengkaji secara saintifik tentang tingkah laku atau pergaulan masyarakat dan hubungan manusia. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa sosiologi ialah merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut.
2) ISI PENTING
A) TEORI FUNGSIONALISME
Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan keharmonian masyarakat.
Pengkaji-pengkaji telah merumuskan tiga andaian iaitu :
i) Stabiliti : kriteria penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan.
ii) Harmoni : bagaimana semua bahagian dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai tujuannya.
iii) Evolusi : menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku kepada masyarakat melalui proses yang diadaptasikan daripada struktur sosial kepada pembaharuan.
Penjelasan mengenai organisasi sosial & penerangan bagaimana sesuatu organisasi itu dipertahankan.
B) TEORI KONFLIK
Manakala pihak bawahan akan sentiasa mencabar pihak atasan untuk mendapatkan bahagian mereka.
Keadaan ini berkemungkinan akan berlakunya perebutan di mana golongan atasan akan menguasai kuasa, kekayaan, kebendaan, kehormatan dan berpengaruh.
Mengikut Karl Marx terdapat kumpulan “berada” dan “tidak berada” dalam
masyarakat yang sering bertelagah.
menganggap bahawa akan berlaku ketegangan di antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat untuk bersaing mendapatkan kepentingan masing-masing.
C) TEORI INTERAKSI SIMBOLIK
Manakala ahli yang menerapkan teori ini dalam pendidikan ialah David Hargreaves dalam bukunya yang berjudul “Intepersonal Relation And Education”.
Bagi teori interaksionisme, manusia tidak pasif dan menekankan bahawa interaksi sosial lah yang membentuk realiti. Teori ini telah diperkenalkan oleh seorang pengkaji yang bernama George Herbert Mead (1863-931).
Perspektif teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan konflik kerana terlalu bergantung kepada pendapat bahawa manusia keseluruhannya dibentuk oleh sistem sosial.
Teori yang bersifat mikro.
BAB 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
1) DEFINISI
i) Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran.
ii) Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang
mempunyai masalah pembelajaran sama ada secara fizikal atau mental.
iii) Pendidikan khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa
kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana.
2) ISI PENTING
A) Pemulihan
i) Program pemulihan merupakan satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah rendah yang menumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira dan dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.
ii) Program pemulihan ini dapat membantu mengembangkan potensi diri murid berdasarkan kaedah pengajaran kreatif yang dilakukan oleh guru-guru yang pakar dalam bidang ini.
B) Pengayaan
i) Penggayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada di dalam waktu sekolah atau di luar kawasan sekolah.
ii) Jenis Penggayaan
menegak
mendatar
C) Pelbagai kecerdasan
i) Menurut Gardner (1983), kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad.
ii) Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa iaitu :
• Kecerdasan verbal- linguistik
• Kecerdasan logik- matematik
• Kecerdasan fizikal- kinestatik
• Kecerdasan visual- spatial
• Kecerdasan muzikal- ritma
• Kecerdasan intrapersonal
• Kecerdasan interpersonal
• Kecerdasan naturalis
D) Berkeperluan khas
i) Berkeperluan khas merujuk kepada keperluan pelajar iaitu atas satu sebab atau yang lain memerlukan bantuan khas, sokongan, dan rangsangan.
ii) Sebab kanak2 mengalami perkembangan yang lambat/lebih ialah :
• Kerencatan akal
• Kecacatan fizikal
• Kekurangan penglihatan
• Kekurangan pendengaran
• Gangguan pertuturan
• Kesukaran dalam perkembangan sosial dan emosi
BAB 8 : STRATEGI MENGURUS BILIK DARJAH
1) DEFINISI
Bilik darjah bermaksud tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran dan merupakan tempat terpenting yang perlu ada pada sekolah. Ia juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seseorang guru (Leonard & Karen, 1996).
2) FAKTOR2 MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK DARJAH
B) Sosial
Maksud interaksi : Pengaruh/aksi 2 hala
Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu2 yang lain/bahan2 di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi satu sama lain
Jenis Interaksi
i) Interaksi sehala
ii) Interaksi 2 hala
iii) Interaksi pelbagai hala
C) Emosi
Guru yang paling berjaya ialah orang yang mampu menangani perasaan negatif dalam bentuk yang autentik, benar dan sihat (Ng Kim Chou, 2005)
Faktor emosi dilihat melalui kepimpinan guru dalam proses PdP
Jenis kepimpinan guru :
i) Gaya Kepimpinan Autokratik
ii) Gaya Kepimpinan Demokratik
iii) Gara Kepimpinan Laissez-Faire
A) Unsur Fizikal
i) Penyusunan bilik darjah
ii) Peralatan yang lengkap
iii) Pencahayaan dan pengudaraan
BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
1) DEFINISI
Pengurusan bilik darjah : Proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid
Bilik darjah : Persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran
2) 5 ASPEK PENGURUSAN BILIK DARJAH
A) Aktiviti Pengajaran Berkumpulan
i) Minat pelajar dalam sesuatu bidang
ii) Kebolehan pelajar
iii) Keupayaan pelajar
iv) Persahabatan pelajar
B) Aktiviti Pengajaran Individu
i) Berasaskan kepada kebolehan dan prestasi individu
ii) Bertujuan memperkembangkan potensi individu
C) Pusat Pembelajaran
Pusat pembelajaran ruang dalam bilik darjah yang dilengkapi pelbagai bahan dan dibina mengikut kreativiti guru dan pelajar
Tujuan : untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara formal/tidak formal
Ruang pusat pembelajaran ini diuruskan secara usahasama antara guru dan murid
D) Pengurusan Sumber
Satu proses memilih, menyusun, mengguna dan menyimpan bahan serta alat supaya proses P&P sempurna
Tujuan : mewujudkan suasana dan persekitaran pendidikan yang hidup dan mencabar, menimbulkan minat dan semangat untuk murid belajar
Contoh : Buku/rak buku terbuka/laci kabinet
E) Penyediaan Bahan
Bahan pengajaran : apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran merangkumi alat dan isi pelajaran
Tujuan : membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar & membantu murid memahami apa yang diajar
Contoh : gambar/kertas fotostet/kaset/peta
BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER
1) PENGENALAN
Guru haruslah bijak mencari sumber pembelajaran untuk murid-murid menguasai sesuatu topik.
Ransangan daripada pelbagai sumber penting bagi membina daya kreativiti dan inovasi pelajar.
Dalam bidang pendidikan, pembelajaran yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan sumber yang sesuai,terutamanya yang boleh dilihat, dirasa, disentuh, didengar dan dihidu.
2) ISI PENTING
A) PdP berasaskan sumber : segala usaha guru bagi melengkapkan pendekatan dan strategi pengajaran dengan melibatkan pelajar supaya belajar melalui penggunaan sumber-sumber pembelajaran.
B) Strategi ini mengutamakan kecekapan dan kemahiran murid dalam memanipulasikan pelbagai jenis bahan.
Strategi ini lebih sesuai digunakan oleh guru kerana ia menekankan perkembangan jasmani, kognitif dan rohanimurid-murid.
Pembelajaran berasaskan sumber sangat berguna dalam membantu guru menghadapi murid pelbagai keperluan.
Strategi ini menyediakan pelbagai wahana untuk murid belajar untuk kadar masing-masing pada setiap masa dan di tempat pilihan mereka.
C) Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan. Koleksi bahan buku dan bukan buku yang boleh membantu dalam dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada bagi keperluan guru atau murid.
D) Antara komponen pembelajaran berasaskan sumber ialah
i) penggunaan buku teks
ii) aktiviti penelitian
iii)pencarian bahan dari pelbagai sumber
iv) latihan penyelesaian masalah
v) penggunaan alat pandang dengar
E) Strategi pemusatan bahan terbahagi kepada dua kategori
iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran.
Bahan-bahan yang digunakan ialah seperti carta, graf, peta specimen, model gambar, slaid video, perakam pita dan projektor.
Bahan yang lebih canggih adalah pakej pembelajaran berasaskan komputer, CD-ROOM, komputer multimedia, cakera padat interaktif, bahan daripada internet, persidangan-tele dan persidangan-video.
BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
1) DEFINISI
i) Menurut Noradanisha (2012) secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja
yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta mempunyai garis panduan tertentu.
ii) Menurut Kolaborasi Ilmu (2012) pembelajaran pula ialah suatu gerakbalas kepada rangsangan-rangsangan yang membawa kepada satu perubahan.
Pembelajaran ialah suatu proses mental atau fizikal yang membawa kepada perubahan tingkah laku.
iii) Pengurusan alam pembelajaran yang sistematik di sekolah amat penting dalam memastikan proses PdP dalam kelas berlaku dengan berkesan dan berkualiti berdasarkan masa yang ditetapkan.
2) ISI PENTING
A) Ciri-ciri guru dalam menguruskan pembelajaran di bilik darjah
Berkebolehan dalam memahami pengajaran
Bijak dalam menentukan Kesesuaian Aras Pengajaran
Kaya ilmu pengetahuan
Mempunyai kemahiran mengikut perkembangan semasa
B) Kaedah pengurusan alam pembelajaran yang berkesan
Mempelbagaikan kaedah pengajaran
Merancang variasi penyampaian
Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran