Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENTAKSIRAN - Coggle Diagram
PENTAKSIRAN
SEBAGAI PEMBELAJARAN
Tujuan: Membimbing dan memberi peluang kepada murid untuk memantau dan kritis merenung pembelajaran serta mengenalpasti langkah-langkah seterusnya.
Kegunaan: Memberikan maklum balas terhadap kemajuan berdasarkan penilaian kendiri dan rakan sebaya, serta menambah baik pembelajaran secara kendiri, menggariskan perkembangan diri dalam pembelajaran
-
Peranan Murid: Memantau kemajuan diri sendiri supaya mencapai sasaran dan membuat penilaian kendiri untuk menambah baik prestasi
-
-
UNTUK PEMBELAJARAN
Tujuan: Menggalakkan peningkatan dalam pencapaian untuk membantu murid menepati standard, menyokong perkembangan murid secara berterusan, penambahbaikkan
Kegunaan: Memberikan maklum balas kepada murid untuk menambah baik pembelajaran, membantu guru menganalisis kelemahan dan keperluan murid, membantu ibu bapa/ penjaga memantau kemajuan pembelajaran anak serta memberikan sokongan/ bimbingan murid
Peranan Guru: Mentransformasi standard ke dalam sasaran bilik darjah yang ingin dicapai, memberitahu murid tentang sasaran pencapaian, membina alat pentaksiran, modifikasi pengajaran berdasarkan keputusan, memberikan maklum balas kepada murid dan melibatkan murid dalam pentaksiran
Peranan Murid: Sentiasa mengikuti kemajuan sendiri, menyumbang kepada pencapaian matlamat, mengambil tindakan terhadap keputusan pentaksiran supaya beransur dalam menambah baik prestasi
-
Fokus Pentaksiran: Sasaran pencapaian spesifik yang ditentukan oleh guru untuk membolehkan murid mencapai standard
TENTANG PEMBELAJARAN
Tujuan: Untuk mengesan tahap pencapaian pelajar secara keseluruhan setelah pelajar selesai mengikuti sesuatu unit pembelajaran atau program dalam tempoh yang ditetapkan
Kegunaan: Memberi pensijilan kepada murid mengenai pencapaian, menyaring murid berdasarkan pencapaian, penempatan, graduasi
Peranan Guru: Mentadbir ujian (memastikan kejituan dan kebolehbandingan dalam keputusan), guna keputusan untuk bantu murid menepati standard, interpretasi keputusan ibu bapa, gubal alat pentaksiran untuk penggredan dalam kad pelaporan
Peranan Murid: Belajar memenuhi standard, ambil ujian ditadbir dan berusaha untuk mendapat skor tertinggi, mengelakkan kegagalan
-
Fokus Pentaksiran: Akauntibiliti terhadap standard pencapaian dipertanggungjawabkan kepada sekolah, guru dan murid