Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP TERAPI DALAM PENDIDIKAN - Coggle Diagram
KONSEP TERAPI DALAM PENDIDIKAN
OBJEKTIF TERAPI
Guru dapat mengenal pasti keperluan terapi untuk perkembangan diri murid yang bermasalah.
Penanda aras kepada guru agar penilaian dapat
dibuat bagi aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan tahap murid.
JENIS-JENIS TERAPI
Muzik dan nyanyian
Kreatif dan drama
Pasir
Alternatif
Seni visual
Pertuturan
Fisio dan cara kerja
Hidro
DEFINISI TERAPI
Menurut Kamus perubatan Mosby (2001): rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Dalam konteks Pendidikan: kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran dan didasari dari konsep kepelbagaian
kategori individu berkeperluan khas.
Dalam Pendidikan Khas: salah-satu kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Aktiviti-aktiviti dalam terapi dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran ke peringkat yang lebih tinggi.
KEPENTINGAN TERAPI
Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
Membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi
Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
Meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
Mengurangkan tekanan dan gangguan mental serta emosi
KEPENTINGAN DAN FAEDAH AKTIVITI TERAPI KEPADA MURID PENDIDIKAN KHAS
1) Membantu untuk meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
murid Pendidikan Khas dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam mengawal mental dan emosi dengan baik. Sekiranya mereka dapat mengawal mental dan emosi dengan baik, maka kesihatan diri mereka juga dapat dijaga dengan baik. Sebagai contoh, terapi main yang membantu murid dalam mengawal mental dan emosi mereka ketika bermain dengan kawan-kawan selain membantu mereka menyihatkan tubuh badan dalam bentuk riadah.
2) Membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan
Murid-murid PK yang ada masalah dalam psikomotor boleh dipulihkan dengan melakukan terapi yang sesuai. Contoh, aktiviti terapi hidro dapat memberi sokongan ke tubuh badan melalui apungan air sedikit sebanyak membantu murid mengawal tubuh badan manakala terapi fisio boleh membantu murid seperti cerebral palsy untuk menggerakkan psikomotornya bagi menjalankan aktiviti harian atau pembelajaran.
3) Merangsang pemikiran dan kreativiti murid
Aktiviti terapi juga dapat membantu murid Pendidikan Khas dalam pemikiran dan kognitif mereka. Sebagai contoh, aktiviti terapi seperti terapi seni dan terapi pergerakan dapat merangsang pemikiran dan kreativiti murid dalam mencipta, membina dan membentuk hasil seni atau pergerakan melalui pemikiran mereka.