Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KONSEP PENGAJARAN DAN PELAJARAN
Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses di mana peluang disediakan untuk murid menghasilkan suatu perubahan yang agak kekal melalui penglibatan dalam pengalaman yang disediakan oleh guru.
KONSEP PENGAJARAN
.
melibatkan diri dalam pembelajaran dan perkembangan sepanjang hayat
menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja
berkongsi pengetahuan
membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang
menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya
menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional.
Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik.
KONSEP PEMBELAJARAN
Pembelajaran merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut.
.
Mengikut Slavin (2005) pula, pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman.
Definisi di atas tentang pembelajaran mempunyai tiga komponen:
Pembelajaran mencerminkan satu perubahan dalam potensi suatu tingkah laku. Ia tidak secara automatik membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Kita harus dirangsang agar dapat menterjemahkan pembelajaran ke dalam tingkah laku.
Perubahan-perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pembelajaran tidak sentiasa kekal.
Oleh kerana pengalaman-pengalaman baharu, tingkah laku yang telah dipelajari tidak dipamerkan.
Perubahan tingkah laku disebabkan proses-proses selain daripada pembelajaran. Sebagai contoh, tingkah laku kita boleh berubah kerana motivasi bukan pembelajaran. Anda belajar untuk mengelakkan kegagalan dan ketakutan anda memotivasikan anda untuk belajar.
DISEDIAKAN OLEH: HANIF ZAKWAN (PAI 1 SEM 2 2021)