Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Cerpen: Kaduk, Ayam dan Raja, Persoalan, Plot, Pengajaran, Latar…
Cerpen: Kaduk, Ayam dan Raja
-
Plot
Konflik
Hakim menghadapi masalah hutang. Jika dia tidak mampu membayar hutangnya, tanah datuknya yang dicagarkan akan diambil oleh bank.
-
Klimaks
Hakim mula merasakan bahawa dia mengambil jalan yang salah apabila memilih bidang penternakan ayam. Namun begitu, di terpaksa meneruskan perusahaannya itu.
Permulaan
Cerita dimulakan dengan ksiah Pak Kaduk yang ditipu oleh Raja. Pak Kaduk mempunyai cucu yang bernama Hakim.
Perkembangan
Hakim menamatkan pembelajaran pada peringkat ijazah; Dia berusaha untuk menuntut tanah datuknya yang tergadai. Hakim menjalankan usaha perternakan ayam.
Pengajaran
Pemimpin mestilah membantu golongan yang lemah dan tidak mengambil kesempatan atas kelemahan mereka.
Kita hendaklah menjaga maruah keluarga. hakim mahu mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap datuknya dengan membuktikan bahawa datuknya tidak menyerahkan ayamnya kepada raja secara rela tetapi atas dasar tidak mahu membantah atau menderhaka kepada raja.
Kita hendaklah belajar untuk berdikari. Hakim berdikari dengan mengusahakan perusahaan sendiri tanpa mengharapkan pekerjaan di sektor kerajaan ataupun swasta.
-
ibu bapa perlu memberikan nama yang baik kepada anak-anak mereka. Misalnya, Hakim bermaksud bijaksana.
Latar masyarakat
Masyarakat peniaga yang mementingkan keuntungan. Walaupun Hakim membuat kerjasama dengan syarikat RAJA, namun Hakim yang sering berisiko untuk rugi berbanding dengan rakan kongsinya.
Masyarakat masa lampau. Ketika itu masyaraknya sangat menghormati raja, namun adakalanya orang yang tiada ilmu mudah ditipu termasuk oleh rajanya sendiri.
Masyarakat kampung celik perniagaan dan berani menyahut cabaran bekerja sendiri. Contohnya, pemuda lepasan universiti seperti Hakim memilih untuk mengusahakan penternakan ayam.
Masyarakat peniaga yang bergantung kepada modal pinjaman daripada bank untuk memulakan perniagaan mereka.
Nilai
Setia kawan: Azam yang berkelulusan undang-undang, berusaha untuk membantu rakannya, Hakim menuntut haknya atas tanah datuknya.
Menjaga maruah keluarga: Hakim mahu mengubah persepsi negatif masyarakat terhadap datuknya dengan membuktikan bahawa datuknya tidak menyerahkan ayamnya kepada raja secara rela tetapi atas dasar tidak mahu membantuh atau menderhaka kepada raja.
-
-
Watak dan Perwatakan
Hakim
Hakim ialah watak utama dalam cerita ini. Dia ialah cucu Kaduk. Dia berpendidikan tinggi dan berusaha untuk memulihkan nama baik datuknya dengan cara menuntut hak ke atas tanah datuknya semula. Dia memilih untuk bekerja sendiri dengan mengusahakan ternakan ayam.
-
Kaduk
Watak dalam cerita Melayu lama yang terpaksa menukar ayamnya dengan raja. Watak tersebut diolah semual dengan cerita dia beranak dan bercucu.
-
-