Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN EWELL - Coggle Diagram
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN EWELL
1. PENGLIBATAN AKTIF
Pelajar perlu membina pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran guru kerana pengetahuan tidak disampaikan secara langsung kepada mereka.
Bruner (1961) telah mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan bahan pembelajaran supaya dapat kembali mengingat maklumat yang diperlukan.
Mayer (2004) mencadangkan pelajar harus aktif secara kognitif.
Pelajar yang terlibat dengan aktif dalam proses pembelajaran mampu menyelesaikan masalah, mengemukakan cadangan, memberikan pengertian baru kepada sesuatu topik dan berkebolehan untuk menghubung kait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baru ( Ewell 1997).
2. PERKAITAN DAN CORAK
Prinsip ini menerangkan bagaimana pelajar mempunyai peluang membina, menentu, menguji dan membina corak serta perkaitannya daripada situasi pembelajaran.
Melalui pembelajaran ini, pelajar dapat mewujudkan suasana yang bermakna terhadap aktiviti pembelajaran yang mempunyai kaitan dan bentuk yang tertentu.
Mengikut Woolfolk (2004), pelajar membuat perkaitan dengan pengetahuan sedia ada dan pelajar juga membuat perkaitan tentang bagaimana maklumat boleh digunakan pada masa hadapan.
3. PEMBELAJARAN INFORMAL
Pembelajaran tidak hanya berlaku dalam bilik darjah sahaja ataupun pada waktu pengajaran tetapi boleh berlaku di mana-mana sahaja serta pada bila-bila masa.
Pembelajaran informal membolehkan pelajar memperoleh pengetahuan di luar bilik darjah melalui interaksi dengan persekitaran. Sebagai contoh program lawatan sambil belajar dapat memberi peluang kepada pelajar belajar sesuatu yang baru.
Pembelajaran informal merupakan pembelajaran implisit iaitu pengetahuan diperoleh akibat interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya, orang yang lebih dewasa atau persekitaran.
4. PENGALAMAN LANGSUNG
Melalui pengalaman langsung, pelajar diberikan peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati secara lansung objek atau fenomena yang ingin dikaji.
Pengalaman langsung dalam konteks yang sebenarnya amat diperlukan supaya dapat mengubah tanggapan atau andaian yang salah tentang sesuatu.
Pelajar dapat menemukan dan meneroka serta mengalaminya sendiri dan bukannya melalui pembacaan, pendengaran atau maklumat dari orang lain.
5. SITUASI MENDESAK
Prinsip pembelajaran jenis ini mengandaikan bahawa pembelajaran optimum berkemungkinan boleh berlaku sekiranya seseorang berhadapan dengan masalah yang memerlukan penyelesaian tertentu.
Jika pelajar menghadapi satu situasi yang kompleks, ini akan memotivasikannya untuk mencari jalan penyelesaian.
6. MAKLUM BALAS BERTERUSAN
Maklum balas merupakan maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian tindakan serta respon mereka.
Maklum balas yang berkesan harus bersandarkan kepada analisis yang tepat tentang prestasi pelajar dan perlu dilakukan serta merta supaya pelajar tidak melakukan kesilapan.
Pelajar boleh mendapatkan maklum balas daripada guru dan rakan-rakannya tentang prestasinya dan dengan cara ini mereka dapat meningkatkan kemampuan prestasinya.
7. SESUATU YANG MENYERONOKKAN
Menurut Ewell (1997), maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar berada dalam persekitaran yang menyeronokkan, iaitu interaksi peribadi dan sokongan padu daripada guru secara peribadi.
Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan merangkumi konteks budaya dan interpersonal menyediakan banyak peluang interaksi sosial dan pembelajaran.
8. REFLEKSI
Proses memikir atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri kita.
Ia merupakan satu usaha bermakna untuk menjiwai proses pengajaran dan pembelajaran,membantu mengimbangkan kepercayaan kita dengan keperluan pelajar (Noraiti, Boon & Sharifah, 2009).
Pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka serta dapat meningkatkan kemahiran penilaian kendiri dan untuk melihat semula apa yang telah dibuat dan yang perlu dibaiki.