Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PROSES PEMBELAJARAN GAGNE - Coggle Diagram
PROSES PEMBELAJARAN GAGNE
PERINGKAT 1 - MOTIVASI
Merupakan prasyarat yang diperlukan untuk pembelajaran berlaku.
Yelon dan Weinstein (1997:294) menyatakan bahawa motivasi merupakan “satu motif yang menyebabkan seseorang bertindak dalam cara tertentu”.
Zindi, Peresuh dan Mpofu (1995:111) dalam Commonwealth of Learning (2002) mendefinisikan motivasi sebagai satu proses atau kuasa dalaman organisma yang mendesak sesuatu untuk bertindak.
PERINGKAT 2 - MEMBERIKAN PERHATIAN : MEMASTIKAN PERHATIAN PELAJAR
Pelajar akan belajar jika mereka mendengar dan menumpukan perhatian kepada pengajaran yang disampaikan.
Guru harus memberikan perhatian sepenuhnya terhadap cara atau strategi bagi memastikan pelajar memberikan perhatian sepenuhnya kepada pengajaran.
PERINGKAT 3 DAN 4 - PEROLEHAN DAN INGATAN
Dalam proses pembelajaran, aspek yang amat penting ialah memori.
Sesuatu perkara yang dipelajari hendaklah diingati. Oleh itu, guru harus menggunakan kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar mengingati perkara yang diajar.
PERINGKAT 5 - INGAT KEMBALI DAN RETRIEVAL
Maklumat yang disimpan akan diingat kembali dan digunakan.
Retriveal merujuk kepada proses mengesan maklumat yang disimpan dan disalurkan kepada kesedaran pelajar (Yelon dan Weinstein, 1977).
Bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru hendaklah berbentuk yang mudah untuk difahami dan memudahkan maklumat itu untuk diingat kembali oleh pelajar.
PERINGKAT 6 - GENERALISASI
Maklumat yang diingat kembali akan digunakan dalam situasi-situasi baru.
Pemindahan pembelajaran berlaku dan ini merupakan proses pembelajaran yang amat penting.
Pengajaran dianggap sebagai berjaya jika pelajar dapat mengaplikasi apa-apa yang telah dipelajari dalam situasi baru di dalam atau di luar sekolah.
PERINGKAT 7 - PRESTASI
Guru boleh mempengaruhi cara pelajar memberikan respons dan maklumat ini dapat diperoleh dengan mengemukakan soalan-soalan secara lisan atau bertulis kepada pelajar.
Indiktator seperti aktiviti dan respons pelajar boleh menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku.
PERINGKAT 8 - MAKLUM BALAS DAN PENEGUHAN
Dalam peringkat ini, pelajar telah mencapai maklumatnya.
Tahap ini merupakan tahap di mana motivasi perlu diberikan setelah pelajar mencapai objektif pembelajaran.
Berdasarkan respons pelajar terhadap soalan, guru perlu memberikan maklum balas tentang prestasi mereka untuk memaklumkan tentang prestasi pelajar serta penambahbaikan yang perlu dilaksanakan.