Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran, NURUL HUSNA BINTI AHMAD PISMP PAI 4 -…
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran
Teori Pembelajaran Gagne
Peringkat 5 – Ingat Kembali dan Retrieval
• Maklumat yang disimpan akan diingat kembali dan digunakan.
• Bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru perlu mudah difahami dan ini memudahkan maklumat diingat kembali oleh pelajar.
Peringkat 6 - Generalisasi
•Maklumat yang diingat kembali akan digunakan dalam situasi-situasi baru.
•Pemindahan pembelajaran berlaku dan ini merupakan proses pembelajaran yang amat penting.
•Pengajaran dianggap sebagai berjaya jika pelajar dapat mengaplikasi apa-apa yang telah dipelajari dalam situasi baru di dalam atau di luar sekolah
Peringkat 3 & 4 –Perolehan dan Ingatan
• Dalam proses pembelajaran, aspek yang amat penting ialah memori.
• Sesuatu yang dipelajari harus diingati dan oleh itu, guru harus menggunakan kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar mengingati perkara yang diajar.
Peringkat 7 - Prestasi
•Indiktator seperti aktiviti dan respons pelajar boleh menentukan sama ada pembelajaran telah berlaku.
•Guru boleh mempengaruhi cara pelajar memberikan respons dan maklumat ini dapat diperoleh dengan mengemukakan soalan-soalan secara lisan atau bertulis kepada pelajar.
Peringkat 2 –Memberikan Perhatian: MemastikanPerhatian Pelajar
• Pelajar mendengar dan menumpukan perhatian kepada pengajaran yang disampaikan.
• Guru harus memberikan perhatian sepenuhnya kepada cara atau strategi untuk memastikan pelajar memberikan perhatian sepenuhnya kepada pengajaran.
Peringkat 8 – Maklum Balas dan Peneguhan
•Dalam peringkat ini, pelajar telah mencapai maklumatnya.
•Tahap ini merupakan tahap di mana motivasi perlu diberikan setelah pelajar mencapai objektif pembelajaran.
•Berdasarkan respons pelajar terhadap soalan, guru perlu memberikan maklum balas tentang prestasi mereka
Peringkat 1:Motivasi
• Merupakan prasyarat yang diperlukan untuk pembelajaran berlaku.
Pengertian Pengajaran dan pembelajaran
KONSEP PENGAJARAN
Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian.
KONSEP PEMBELAJARAN
Konsep pembelajaran adalah perubahan tingkah laku. Ramai ahli psikologi menyatakanpembelajaran adalah proses, melalui latihan atau pengalaman organisma, danmenghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal.
Prinsip Pembelajaran Ewell
Pengalaman Langsung
• Pelajar diberikan peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran dengan memerhati secara lansung objek atau fenomena yang ingin dikaji.
• Pelajar dapat menemukan dan meneroka serta mengalaminya sendiri dan bukannya melalui pembacaan, pendengaran atau maklumat dari orang lain.
Situasi Mendesak.
•Sekiranya pengajaran adalah dalam situasi yang mendesak, maka pembelajaran tersebut akan lebih mencabar dan menarik.
•Jika pelajar menghadapi satu situasi yang kompleks, ini akan memotivasikannya untuk mencari jalan penyelesaian.
Pembelajaran Informal
• Pembelajaran boleh berlaku di mana–mana sahaja serta pada bila-bila masa.
• Pengetahuan diperoleh akibat interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya, orang yang lebih dewasa atau persekitaran.
Maklum Balas Berterusan
• Maklum balas merupakan maklumat yang diberikan kepada individu tentang kesesuaian tindakan serta respon mereka.
• Maklum balas yang berkesan harus bersandarkan kepada analisis yang tepat dan perlu dilakukan serta merta.
• Pelajar boleh mendapatkan maklum balas daripada guru dan rakan-rakannya.
Perkaitan dan Corak
• Pelajar mempunyai peluang membina, menentu, menguji dan membina corak serta perkaitannya daripada situasi pembelajaran.
• pelajar dapat mewujudkan suasana yang bermakna terhadap aktiviti pembelajaran.
Refleksi
• Refleksi ialah proses memikir atau merenung kembali pengalaman dan implikasinya terhadap diri kita.
• Pelajar dapat mengawal pembelajaran mereka serta dapat meningkatkan kemahiran penilaian kendiri dan untuk melihat semula apa yang telah dibuat dan yang perlu dibaiki.
Penglibatan Aktif
• Mengikut Ewell (1997) ’’the learner is not 'receptable’ of knowledge, but rather creates his or her learning actively and uniquely’’
• Dalam hal ini pelajar perlu membina pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran guru
Sesuatu Yang Menyeronokkan
• Maklum balas serta pembelajaran berkesan berlaku jika pelajar berada dalam persekitaran yang menyeronokkan
• Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan merangkumi konteks budaya dan interpersonal menyediakan banyak peluang interaksi sosial dan pembelajaran.
Jenis-Jenis Pembelajaran
Strategi kognitif
Strategi kognitif pula merupakan kemahiran-kemahiran di mana pelajar dapat mengawal sendiri proses -proses dalaman seperti memberi perhatian, belajar,mengingat dan memikir sesuatu.
Kemahiran intelek
Kemahiran intelek merujuk kepada pengetahuan ’procedural ’ seseorang individu.
Pembelajaran Diskriminasi - belajar membezakan benda mengikut ciri tertentu, untuk memudahkan proses mengkategori dan menyimpannya dalam ingatan.
Rantaian – satu rantaian dua atau lebih perkaitan rangsangan – respons dikuasai
Pembelajaran Konsep - iaitu kebolehan untuk mengklafikasikan objek dan peristiwa mengikut ciri-ciri tertentu.
Penyelesaian Masalah - pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru.
Pembelajaran Hukum - melibatkan gabungan dua atau lebih konsep yang berkaitan dalam sesuatu urutan atau rangkaian.
Asosiasi Verbal – satu pembelajaran rantaian berbentuk verbal
Pembelajaran Isyarat - dimana individu bertindak balas terhadap terhadap sesuatu signal
Kemahiran Psikomotor
Merupakan kebolehan untuk melakukan pergerakan fizikal mengikut urutan dengan tepat dan betul.
Sikap
Sikap merujuk kepada keadaan dalaman yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang.
Maklumat Verbal
Pembelajaran jenis ini merujuk kepada kebolehan seseorang mengungkap sesuatu peristiwa atau fakta sama ada secara lisan atau tulisan.
NURUL HUSNA BINTI AHMAD PISMP PAI 4