Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
KONSEP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KONSEP PENGAJARAN
Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian.
Pengajaran merupakan proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar kearah pencapaian potensi optimum.
KONSEP PEMBELAJARAN
Slavin (2005) mendefinisikan pembelajaran sebagai perubahan dalam seseorang individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan semua pembelajaran ini berkait rapat dengan pengalaman.
Mengikut Hill (2002) pembelajaran berlaku apabila pengalaman menyebabkan suatu perubahan yang agak kekal dalam pengetahuan atau tingkah laku seseorang. Perubahan ini mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, untuk lebih baik atau lebih buruk, betul atau salah dan sedar atau tidak sedar.
Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991).
Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985).
Bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang.
PROSES PEMBELAJARAN GAGNE
Peringkat 1 - Motivasi
Peringkat 2 - Memberikan perhatian :
Memastikan perhatian pelajar
Peringkat 3 dan 4 - Perolehan dan ingatan
Peringkat 5 - Ingat kembali dan retrieval
Peringkat 6 - Generalisasi
Peringkat 7 - Prestasi
Peringkat 8 - Maklum balas dan peneguhan
PRINSIP PEMBELAJARAN EWELL
Penglibatan Aktif
Perkaitan dan Corak
Pembelajaran Informal
Pengalaman Langsung
Situasi Mendesak.
Maklum Balas Berterusan
Sesuatu yang menyeronokkan.
Refleksi
JENIS-JENIS PEMBELAJARAN
Kemahiran intelek
Maklumat Verbal
Strategi kognitif
Kemahiran Psikomotor
Sikap