Definisi wacana

CIRI-CIRI WACANA

PENDAPAT AHLI BAHASA

WACANA SECARA MAKNAWI (KAMUS)

ANTON M. MOELIONO (1995)

LANDSTEEN (1979)

RAMINAH HAJI SABRAN (1984)

LINDE (1981)

ASMAH HJ. OMAR

EDMONSDSON (1981)

Kamus Dewan Edisi Keempat : Wacana ialah

  1. Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan, ucapan, pertuturan, percakapan.
  2. Kesatuan fikiran yang utuh , sama ada dalam bentuk lisan (pidato,khutbah) atau tulisan (surat, artikel, novel,cerpen)

Kridalaksana, 2008 (Kamus Linguistik) : Wacana ialah sebuah satuan kebahasaan terlengkap; dalam hierarki gramatikal merupakan satuan gramatikal tertinggi atau terbesar. Wacana direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (buku, ensiklopedia, nove)paragraf, kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.

Kamus Webster (1983) : Wacana ialah

  1. Hubungan fikiran dengan kata-kata; ekspresi idea atau gagasan ;atau percakapan
    1. Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok telahan.
    2. Risalah tulisan;disertai formal;kuliah, ceramah; khutbah

Koheren ( Runtutan )

Tujuan sesuatu wacana

Kohensi ( Tautan )

Keadaan yang mewujudkan wacana

Keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana untuk menghasilkan wacana yang mantap. Ia juga merujuk kepada idea yang dijalin rapi hingga menjadi bersepadu. Ia juga dikenali sebagai tetenunan, tautan, kepaduan dan sebagainya.

DEESE (1984)

STUBBS (1983)

Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat yang didalamnya memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan. (1982)

  • sebagai contoh buku, novel, cerpen, cerita, dialog,siri buku dan sebagainya

Wacana adalah keseluruhan kelahiran bahasa oleh penutur atau penulis iaitu penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur luar pada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan itu sebagai yang bermakna dalam berkomunikasi. (1986)

Kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu bermakna.

Ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Sesuatu wacana perlu mempunyai tujuan untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif.

Wacana adalah seperangkat proposisi yang saling berhubungan untuk menghasilkan satu rasa kepaduan atau rasa kohensi bagi penyemak atau pembaca. - Kohensi atau kepaduan itu sendiri harus muncul daripada isi wacana tetapi banyak seklai rasa kepaduan yang dirasakan oleh penyemak atau pembaca perlu mundur daripada cara pengutaraan atau pengutaraan wacana tersebut.

Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku dialog, siri buku dan sebagainya yang didalamnya memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. menurut beliau, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.

Wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.

Wacana digunakan bukan hanya mencakupi percakapan, tetapi juga dalam syarahan di khalayak, tulisan,laporan-laporan ilmiah, dan lakonan. wacana meliputi 4 tujuan penggunaan bahasa iaitu

  • Ekspresi diri sendiri
  • Eksposisi (pemaparan)
  • sastera
  • persuasi

Wacana merupakan satu peristiwa yang berstruktur yang dimanifestasikan dalam perilaku linguistik (atau yang lainnya) sedangkan teks adalah suatu urutan eskpresilinguistik yang berstruktur dan membentuk suatu keseluruhan yang padu atau unit.

Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan perkataan lain wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tulisan. Secara ringkas, yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran(utterance)

Unit-unit wacana mempunyai struktur dalaman apabila ditelaah, ternyata sama teratur dan terpercayanya dengan struktur ayat.

  • unit ini dibentuk oleh sejumlah prinsip kepaduan yang rasmi dan bersifat kultural termasuk pengaturan kala atau waktu, struktur pohon dan keseluruhan jaringan asumi-asumi sosial tentang cara, hal dan cara itu menjelma.

Interteks ( peranan wacana -wacana lain yang membantu pendengar atau pembaca memahami apa yang didengar/ dibaca

Maklumat yang terkandung

Penerimaan oleh pendengar/pembaca

Setiap wacana sama ada lisan atau tulisan. perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahamu sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.

Maklumat terdiri daripada dua jenis iaitu maklumat lama dan maklumat baharu. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan terdahulu. Maklumat baharu ialah maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan andaian pendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini.

Latar sewaktu bahasa itu digunakan dan membantu pendengar atau pembaca memahami wacana. Dalam kehidupan sehari-hari terdapat pelbagai jenis latar misalnya latar rumah tagga, latar tempat kerja, latar tempat membeli-belah, latar berekreasi, latar beribadat, dan sebagainya. Setiap latar menghasilkan wacana tersendiri.

  • Interteks bermaksud sesuatu wacana itu bergantung kepada wacana lain.
  • wacana-wacana yang lain juga memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami sesuatu wacana yang sedang dibaca dan didengari dengan mudah.
  • kefaham seseorang terhadapnsesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang dibaca atau didengarinya.

Ahli kumpulan :

  1. Noraini binti Md Daud
  2. Asila binti Mohd Said
  3. Alia Athirah binti Abd Talib