Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA - Coggle Diagram
TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA
DEFINISI
Tamadun berasal dari perkataan Arab iaitu
maddana
yang merujuk kepada pembukaan kota atau bandar serta ketinggian budi bahasa.
Menurut Ahmad Tarmiza Talib (1997), tamadun merupakan kebudayaan, peradaban, kemajuan dan sopan santun. Tambahan beliau, manusia tidak akan mencapai etika tamadun sekiranya masyarakat tidak bermoral.
Menurut Zulkiffly Ahmad, tamadun lazimnya merujuk kepada peradaban.
Tamadun dalam bahasa Inggeris pula ialah
civilization
yang bermaksud meningkatkan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik dan moral (A.S. Hornby dan E.C. Pornwell, 1972)
CIRI-CIRI TAMADUN
Kota dan bandar
Tamadun Islam berlandaskan al-Quran dan hadis.
Kemajuan teknologi
Kerajaan dan sistem pentadbiran
Agama dan Kepercayaan
Bahasa dan sistem tulisan
Tamadun Islam bersifat terbuka dan menerima semua tamadun yang telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang kecuali nilai-nilai yang bercanggah dengan ajaran al-Quran dan hadis akan ditolak.
Tamadun Islam bertujuan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat serta mendorong manusia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah.
Organisasi sosial yang tersusun
Perkembangan ekonomi
Perkembangan ilmu pengetahuan
PRINSIP-PRINSIP TAMADUN
Menjaga hak kebebasan
Memelihara nyawa
Memelihara harta benda
Memelihara maruah
Memelihara akal fikiran
Islam mengharamkan sesuatu perkara yang boleh merosakkan akal fikiran manusia seperti arak.
Memelihara maruah dengan menjauhkan diri daripada melakukan zina, homoseks, lesbian dan sebagainya.
Islam mementingkan kebebasan. Contohnya, umat Islam tidak boleh memaksa orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam namun berdakwah dengan cara yang baik serta menunjukkan akhlak mulia.
Islam melarang untuk membunuh makhluk Allah dengan sengaja dan Allah telah menjelaskan dalam al-Quran surah Al-Maidah ayat 32.
Islam menitikberatkan penjagaan harta benda dengan baik dan pencuri perlu dikenakan hukuman yang berat iaitu dipotong tangannya seperti firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 38.
Sosioekonomi
Interaksi Manusia dan Alam
Persaingan sesama manusia
OBJEKTIF TAMADUN
Tamadun semakin berkembang hasil daripada faktor kepercayaan, agama, ilmu pengetahuan, sistem pentadbiran dan organisasi sosial yang teratur kecantikan seni dan ketinggian budaya.
Tamadun juga bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang berkemahiran dan berilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang bagi mengukuhkan sistem pentadbiran dan organisasi sosial agar masyarakat dapat bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain.