Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
1.0 ISU-ISU PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PDP - Coggle Diagram
1.0 ISU-ISU PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI DALAM PDP
1.1 Harta Intelek
Harta Intelek merujuk kepada perlindungan yang diberikan terhadap ciptaan intelektual yang berkaitan dengan karya sastera dan seni, reka bentuk dan simbol, nama dan imej yang mempunyai nilai komersial.
Tujuannya adalah untuk meransang kreativiti dan eksploitasi harta intelek serta menjaga keadilan seseorang pencipta supaya reka cipta atau hasil karya mereka tidak disalahgunakan.
Bahagian Harta Intelek di bawah KPDNKK bertanggungjawab mentadbir Akta Paten 1983, Cap Dagangan 1976 dan Akta Cipta 1987.
Jenis Harta Intelek di Malaysia ialah Harta Perindustrian dan Hak Cipta Terpelihara.
Hak cipta merupakan hak eksklusif pemilik terhadap bahan berhak cipta mereka.
Bahan karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan dilindungi di bawah Akta Hak Cipta 1987.
Jenis harta perindustrian ialah:
Paten
Cap dagangan
Reka bentuk industri
Petunjuk geografi
Kepentingan harta perindustrian adalah untuk mengelakkan sesuatu produk disalah guna dan mengelirukan pengguna
1.2 Undang-undang Siber
Undang-undang siber menerangkan mengenai isu-isu dan undang-undang berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat antara rangkaian.
Kerajaan Malaysia telah menggubal lima undang-undang siber khusus untuk menghalang aktiviti-akitiviti jenayah siber.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Akta Jenayah Komputer 1997
Akta Hak Cipta 1987
Akta Perdagangan Elektronik 2006
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Tiga jenis jenayah siber iaitu jenayah siber terhadap manusia, harta benda dan agensi kerajaan.
Pengedaran pornografi kanak-kanak
penghantaran virus
mengakses maklumat sulit