Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBEZAAN ANTARA TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL & TEORI PEMBELAJARAN…
PERBEZAAN ANTARA TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL & TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
(ALBERT BANDURA)
Menggabungkan teori pembelajaran mazhab behavioris dengan mazhab kognitif
Menegaskan pembelajaran melalui proses pemerhatian, peniruan dan pemodelan, dan tingkah laku peniruan (pemodelan) adalah hasil peneguhan
4 unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan
Perhatian (Pembelajaran hanya berlaku jika ada tumpuan perhatian)
Mengingat (Murid harus berupaya mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan)
Reproduksi (Murid harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya)
Peneguhan/motivasi (Tingkah laku yang diperhatikan akan ditiru dan dilakukan semula jika ia mendatangkan kepuasan, peneguhan positif atau ganjaran)
Implikasi
Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi suri teladan
(role model) yang boleh dicontohi murid
Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi suri teladan
Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik supaya membolehkan murid
menirunya dengan mudah dan tepat
Hasilan guru hendaklah mempunyai mutu yang tinggi
TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS
(CARL ROGERS DAN ABRAHAM MASLOW)
pembelajaran manusia bergantung kepada
emosi dan perasaannya
Setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain
Setiap individu juga mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai
kecemerlangan kendiri
Guru hendaklah menjaga kendiri murid dan memberi bimbingan supaya potensi
mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum
Carl Rogers
Mengutamakan pendidikan berpusatkan murid
Pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu
Pembelajaran hanya boleh berlaku jika bahan pelajaran adalah bermakna serta
selaras dengan objektif pelajaran
Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan di bawah situasi pendidikan yang kurang mengancam dan apabila murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran
IMPLIKASI
Kepentingan aspek afektif dalam pembelajaran, yang merangkumi perasaan, komunikasi, nilai dan harga diri, demi mengembangkan personaliti murid secara keseluruhan
Strategi berpusatkan murid dan kaedah individu hendaklah digunakan untuk
mencapai perkembangan potensi individu secara keseluruhan
Menyarankan pembelajaran koperatif, kolaboratif, pendidikan bercorak
demokratik dan kebebasan
Ke arah konsep pendidikan terbuka yang mementingkan perbezaan individu serta perkembangan potensi setiap murid mengikut minat dan kebolehan masing-masing
Kepentingan aspek afektif dalam pembelajaran, yang merangkumi perasaan, komunikasi, nilai dan harga diri, demi mengembangkan personaliti murid secara keseluruhan
Abraham Maslow
Pembelajaran yang berkesan adalah bergantung kepada motif pelajaran sendiri
Motivasi intrinsik merupakan kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan
fisiologikal dan psikologikal manusia
Motivasi intrinsik merupakan penggerak asas bagi manusia mencapai kejayaan yang cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau rangsangan luar