Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERBEZAAN ANTARA TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DAN PEMBELAJARAN HUMANIS, Tokoh…
PERBEZAAN ANTARA TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DAN PEMBELAJARAN HUMANIS
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
4 unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan.
Mengingat
Murid harus berupaya mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan
Reproduksi
Murid harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya
Peneguhan/motivasi
Tingkah laku yang diperhatikan akan ditiru dan dilakukan semula jika ia mendatangkan kepuasan, peneguhan positif atau ganjaran
Perhatian
Pembelajaran hanya berlaku jika ada tumpuan perhatian
Implikasi
Demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik supaya membolehkan murid menirunya dengan mudah dan tepat
Hasilan guru hendaklah mempunyai mutu yang tinggi
Penyampian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi suri teladan yang boleh dicontohi murid
Guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi suri teladan
Guru dianggap sebagai model dalam peniruan murid-murid kerana lebih tua, berstatus tinggi, mempunyai kecerdasan yang tinggi dan mungkin terkenal dalam sesuatu bidang kepakaran.
Menegaskan pembelajaran melalui proses pemerhatian, peniruan dan pemodelan dan tingkah laku peniruan (pemodelan) adalah hasil peneguhan
Menggabungkan teori pembelajaran mazhab behavioris dan mazhab sosial
TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS
Setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri.
Guru hendaklah menjaga kendiri murid dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum
Setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza
Tokoh : Carl Rogers & Abraham Maslow
Carl Rogers
Pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu
Pembelajaran hanya boleh berlaku jika bahan pelajaran adalah bermakna serta selaras dengan objektif pelajaran
iMengutamakan pendidikan berpusatkan murid serta prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan
Keberkesanan pembelajaran hanya dapat dihasilkan di bawah situasi pendidikan yang kurang ancaman dan apabila murid melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran
Abraham Maslow
Motivasi intrinsik merupakan kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan fisiologikal dan psikologi manusia
Motivasi intrinsik merupakan penggerak asas bagi manusia mencapai kejayaan yang cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau ransangan luar
Pembelajaran yang berkesan adalah bergantung kepada motif pelajaran sendiri
Kuasa kejaran kecemerlangan dan kesempurnaan kendiri yang positif dan kuasa pengunduran dan perlindungan kendiri yang negatif, yang mana satu lebih kuat, menentukan sama ada seseorang murid Berjaya merealisasikan objektif dirinya atau tidak
Pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaanya
Implikasi
Menyarankan pembelajran koperatif, kolaboratif, pendidikan bercorak demokratik dan kebebasan
Strategi berpusatkan murid dan kaedah individu hendaklah digunakan untuk mencapai perkembangan potensi individu secara keseluruhan
Ke arah konsep pendidikan terbuka yang mementingkan perbezaan individu serta perkembangan potensi setiap murid mengikut minat dan kebolehan masing-masing.
Kepentingan aspek afektif dalam pembelajaran yang merangkumi perasaan, komunikasi, nilai dan harga diri, demi mengembangkan personaliti murid secara keseluruhan
Motivasi pembelajaran akan timbul selepas keperluan asas telah dipenuhi, maka ilmu akan diperoleh melalui proses realisasi kendiri
Tokoh : Albert Bandura