Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Islam dalam Tamadun Melayu - Coggle Diagram
Islam dalam Tamadun Melayu
TEORI KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
Islam dibawa dari India
Dikemukakan oleh Snouck Hurgronje:
"…Seolah sebahagi anbangsa India memeluk Islam, maka orang-orang Islam dari India turut mengambil bahagian lalu lintas dan emigrasi di Nusantara, dan mereka itulah yang memasukkan Islam ke wilayah Nusantara.“
Disokong oleh kebanyakan orientalis seperti R.O. Winstedt, B. Harrison dan lain-lain.
ALASAN
Alasan yang mengukuhkan teori ini:
Batu-batu nisan awal yang dijumpai di Alam Melayu telah diimport dari Kambay (Kembayat) Gujerat.
Peranan penting yang dimainkan oleh pedagang-pedagang Gujerat di Kepulauan Melayu dan kesannya terhadap penyebaran Islam.
Islam dibawa dari China
Berdasarkan laporan bahawa China telah menerima sejak zaman pemerintahan Maharaja Ta’Itsuing dari Dinasti Pang (627-650 M).
Dikatakan bahawa Rasulullah SAW menghantar Wahab Abi Kabash dan akhirnya meninggal dunia di Canton.
Khalifah Uthman pula menghantar Sa’ad bin Abi Waqas dan mengasaskan sebuah masjid di Canton.
Batu Bersurat Terengganu yang dijumpai di Kuala Berang bertarikh 702 H/1303 M juga dikatakan bukti yang kukuh.
Islam dibawa dari tanah Arab
Teori ini mendapat sokongan ramai pada masa kini.
Menyatakan kedatangan Islam ke Alam Melayu sejak abad 7 M.
Melalui 3 tahap, iaitu persinggahan, pertapakan dan secara meluas.
Pengislaman Parameswara dilakukan oleh Sayyid Abdul Aziz yang datang dari Jeddah.
Pengaruh Asia Barat dalam tulisan jawi, yang mana tulisan Jawi adalah menggunakan huruf-huruf yang sama dengan huruf Arab.
Seni khat/kaligrafi yang terdapat di masjid dan istana.
Seni suara seperti qasidah, marhaban, berzanji, nasyid dan lain-lain.