Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perkembangan Tamadun China - Coggle Diagram
Perkembangan Tamadun China
Zaman Pembinaan
Dinasti Hsia (2697 S.M)
Tidak dapat dikesan dalam sejarah.
Tiada bukti-bukti arkeologi mengenai kewuju dan dinasti ini.
Dinasti Shang (1766-1122 S.M)
Dinasti pertama diutara Sg. Yangtze dengan penemuan alatan dan tulang-tulang manusia.
Dinasti Chin/Qin (256-205SM)
China berjaya disatukan oleh Maharaja Shih Huang Ti.
Beliau menghapus sistem feudal dan menggantikannya dengan sistem pemerintahan berpusat.
Zaman Keagungan
Dinasti Han (202-221 M)
Dinasti agung terutama dalam bidang pentadbiran, empayar yang luas & penduduk yang ramai (60 juta orang).
Wujud jalan sutera menghubungkan China-Asia Barat.
Dinasti Sui (589-618 M)
Diasaskan oleh Maharaja Sui Wen Ti.
Berjaya menyatukan China.
Dinasti Tang (618-907M)
Membina keagungan dalam pentadbiran (lebih teratur). Merupakan zaman keemasand alam kesusasteraan China. Amalkan falsafah Konfucius.
Zaman Peralihan
Dinasti Sung (960-1271 M)
Diasaskan oleh General Chao Hung Yin.
Bertahan selama 300 tahun sehingga ditakluki oleh orang-orang Mongol pada abad ke-13.
Dinasti Yuan/ Mongol (1271-1368 M)
Didirikan oleh orang-orang Mongol di bawah pimpinan Kublai Khan.
Peking sebagai pusat pemerintahan.
Dinasti Ming (1368-1644M) Pemberontakan petani dan bekas sami telah mengembalikan kekuasaan ke tangan orang China. Dinasti ini merupakan zaman kemuncak penyebaran Islam.
Dinasti Ching/Qing (1644-1911M)
Didirikan oleh orang-orang Manchu (dikenali juga sebagai Dinasti Manchu).
ZAMAN MODEN
Usaha dilakukan untuk memulihkan imej China:
Gerakan Menguatkan Diri
Gerakan Pembaratan 1861-1895 (untuk memodenkan ketenteraan & industri tetapi gagal kerana kelemahan pentadbiran Dinasti Ching)
Reformasi 100 Hari 1898 – untuk memodenkan sistem pentadbiran oleh intelektual muda. Usaha ini turut gagal kerana rampasan kuasa Maharani Doweger, orang Cina juga tidak sokong.
Golongan intelek muda hasil pendidikan Barat seperti Dr. Sun Yat Sen
Lancarkan Revolusi 1911
Tumbangkan Dinasti Ching
Membentuk Republik China
ZAMAN KONTEMPORARI
Era Mao Zedong
Bermula 1949
Kejayaan Parti Komunis China (PKC) menguasai China dengan menubuhkan Republik Rakyat China yang diasaskan oleh Mao Zedong/Mao Tze Tung (1949-1976).
Memulihkan tamadun China berdasarkan ideologi komunis melalui Revolusi Kebudayaan – gagal kerana unsur tradisi menebal dalam masyarakat Cina.
Era Deng Xiaoping
China mula sedar untuk menguatkan negara
Menerima dasar pasaran terbuka bagi menarik pelabur asing
Keterbukaan ini hanya dalam ekonomi tidak politik (tetap dasar komunis)
Dasar kebebasan beragama
Hubungan Malaysia-China disambung lagi setelah sekian lama dihentikan