1.KEDATANGAN ISLAM
-Islam tiba di India pada abad ke-7 di Malabar melalui pedagang Arab.
-Berlaku integrasi mantap antara agama Hindu & Islam di India.
-Orang Islam juga memainkan peranan penting dalam kebangkitan ekonomi & pengaruh budaya di India.
-Mahmud Ghazni mara ke India (Pecahan kerajaan Turki).
-Ghazni berperang dengan empayar Hindu sehingga menguasai keseluruhan utara India. Menjadikan utara India berada di bawah kekuasaan Islam.
BUDAYA ISLAM DI INDIA SELATAN
-Empayar Chola pada abad 13M.
-Empayar Turki di India Selatan diteruskan oleh Alauddin (Dinasti Khalji).
-Pemerintah Hindu di India Selatan membayar ufti kepada penakluk Turki.
-Kesannya iaitu percampuran budaya antara Islam dan Hindu dalam bahasa, sastera, perubatan, astronomi, seni halus, tarian, seni bina & lukisan.
-Lahirnya ulama Islam di India seperti Syah Waliullah al-Dahlawi, Sayyid Ahmad Syahid.
PERKEMBANGAN ISLAM DI INDIA
-Orang Islam berpegang teguh dengan falsafah & cara hidup walaupun dimasuki budaya tempatan.
-Terdapat perkahwinan campuran antara orang Turki dengan wanita Hindu memungkinkan perluasan tamadun Islam di India.
-Penerimaan ciri-ciri Islam oleh masyarakat Hindu menjadi dorongan untuk mereka menentang amalan masyarakat Hindu seperti perbezaan sosial (kasta), penyembahan patung & lain-lain amalan songsang.
-Penolakan sistem kasta menyebabkan orang India mampu memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Tekanan sistem kasta menyebabkan mereka masuk Islam secara meluas.
-Kitab suci al-Quran & Undang-undang Islam diajar di India.
-Pengaruh Sufisme kuat di India kerana diamalkan di tanah Arab & Parsi.
PENGARUH DI MALAYSIA
-Pedagang India Muslim berdagang di Melaka & berinteraksi dengan Sultan Melaka. Terdapat darah India Muslim dalam keluarga Di Raja Melaka iaitu Sultan Muzaffar Shah.
-Kewujudan Jemaah Tabligh
-Diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas & Muhammad Yahya.
-Untuk memperbaiki diri dan mengajak orang lain untuk beramal dengan amalan Islam selaras dengan amalan Nabi SAW.
-Kewujudan Pengajian Hadis di Darul Uloom Deoband di Uttar Pradesh, India.
-Ulama yang tersohor yang menuntut di Deoband ini adalah al-Marhum Shaykh Maulana Ilyas (Pengasas Jemaah Tabligh), Almarhum Shaykh Maulana Anwar Shah Kashmiri (ulama pakar hadis kitab Bukhari), Al-Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Bekas Mursyidul Am Pas), Mufti Perlis (Dr. MAZA), Maulana Asri Yusuf.
-Menjadi rujukan bagi madrasah moden di India, Pakistan, Afghanistan, United Kingdom, Afrika Selatan dll.