Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BAB 6 PERLEMBAGAAN MALAYSIA, Bahagian 9 - Kehakiman, Bahagian 1 - Negeri…
BAB 6
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PENGENALAN
Perlembagaan atau undang-undang merupakan salah satu daripada lima syarat sesebuah negara dipanggil 'negara' selain daripada perlu adanya penduduk, kerajaan, wilayah dan kedaulatan.
jenis : perlembagaan bertulis atau perlembagaan tidak bertulis.
Perlembagaan negara Malaysia berteraskan perjuangan rakyat serta kerjasama pelbagai etnik dalam menghadapi ujian getir penjajahan British.
DEFINISI DAN KONSEP
Perlembagaan Malaysia : undang-undang tertinggi.
mengandungi perkara yang menjadi asas perundangan negara.
satu dokumen undang-undang bertulis : dihasilkan berpandukan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah digubal berdasarkan tinjauan Suruhanjaya Reid melalui perbincangan dengan pelbagai kaum pada tahun 1956. Berkuatkuasa pada 31 Ogos 1957.
Sejarah Pembentukan Pelembagaan Persekutuan
Pembentukan Perlembagaan Persekutuan memiliki sejarah yang panjang : Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka dan Prasasti Terengganu yang berhubung dengan jenayah dan urusan perniagaan.
Perlembagaan bertulis yang paling awal dihasilkan di Tanah Melayu pada tahun 1895, iaitu Undang-Undang Tubuh Negeri Johor diikuti dengan Perlembagaan Terengganu 1911.
Perlembagaan bagi Negeri Johor : contoh perlembagaan kerajaan Melayu yang lengkap.
perlembagaan tersebut memperuntukkan bahawa seorang raja hendaklag berbangsa Melayu, berdarah raja, seorang berketurunan raja-raja Johor, lelaki dan menganut agama Islam.
Menteri-menteri juga mesti berbangsa Melayu, rakyat Sultan dan menganut agama Islam.
Agama negeri Johor ialah agama Islam.
Peruntukan ini kekal termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri yang beraja sehingga kini
Hakikatnya, prinsip undang-undang negeri-negeri Melayu ini tidak boleh dusamakan dengan prinsip-prinsip perlembagaan moden disebabkan nilai dan struktur masyarakat pada masa dahulu berbeza dengan masa kini.
Maka, perlembagaan Tanah Melayu telah bermula sejak kewujudan Hukum Kanun Melaka lagi.
Malayan Union
Pembentukan
Penjajahan British ke atas TM mengubah perlembagaan negeri-negeri di TM dari sebuah wilayah bebes berdaulat kepada negara yang dijajah.
Bagi mengekalkan kekuasaannya di TM, British memperkenalkan perlembagaan Malayan Union
Malayan Union diketuai oleh Gabenor bagi memastikan penyelarasan dasar dan pentadbiran antara TM, SG, Brunei, Sabah dan Sarawak.
Sultan-sultan menjadi raja kehormat sahaja
Majlis berkenaan hal ehwal agama Islam dianggotai oleh sultan-sultan tetapi Gabenor menjadi pegerusinya.
Perlembagaan Mlayan Union cuba memberikan hak kerakyatan kepada golongan bukan Melayu menerusi prinsip jus soli.
Gabenor memerintah bersama-sama dengan Majlis Penasihat sehingga dua badan tetap, iaitu Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan dapat ditubuhkan.
Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 oleh Kerajaan British melalui Perintah Malayan Union dalam Majlis 1946 dan Arahan Diraja pada 27 Mac 1946.
Hakikatnya, Malayan Union tidak dapat bertahan lama dan menjelang Februari 1948, ia telah dibubarkan kerana mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu.
Faktor-faktor yang membangkitkan penentangan masyarakat Melayu
Hak sama rata untuk semua warganegara
Hak kerakyatan - jus soli
Paksaan kepada raja-raja Melayu
Kuasa raja-raja Melayu
Persekutuan Tanah Melayu 1948
Perlembagaan Malayan Union telah diganti dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
telah diisytiharkan pada 1 Feb 1948 di bawah Perintah Majlis Persekutuan Tanah Melayu 1948
Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada bulan Mac 1956 bagi menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Suruhanjaya ini dinamakan Suruhanjaya Reid bersempena nama pengerusinya Reid Lord dari Britain
Keahlian Suruhanjaya ini telah dipersetujui oleh Parti Perikatan dengan anggota Sruhanjaya telah dipilih oleh Penjajah British
-Suruhanjaya ini diamanahkan untuk menggubal perlembagaan bagi Tanah Melayu yang memegang asas pemerintahan demokrasi berparlimen.
Suruhanjaya iniharus mengikuti dua objektif berikut :
Mestilah ada peluang sepenuhnya untuk pertumbuhan sebuah negara yang bersatu padu, bebas dan demokratik.
Mestilah ada kemudahan lengkap untuk membangunkan sumber negara dan mengekalkan serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
Kandungan Perlembagaan
Hubungan Persekutuan dan Negeri
Isu Federalisme
Fungsi Perlembagaan Persekutuan Tiang Seri Etika dan Peradaban
mengekalkan penyalahgunaan kuasa
mengekalkan keamanan dalam negara
menjamin kestabilan negara
memberikan jaminan terhadap hak asasi dan kebebasan dan rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di negara ini
menjamin keutuhan dan kedaulatan negara
Etos Nasional Dalam Perlembagaan Persekutuan
bermaksud satu sifat ciri sesuatu bangsa, bidaya, era yang benar-benar mencerminkan aspirasi, falsafah masyarakat dan negara kita.
Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Persekutuan menjadi unsur penting yang menjelaskan tentang keunikan, mencerminkan aspirasi serta falsafah masyarakat negara kita yang berbilang etnik dan berlainan agama dan nilai-nilai asal lainnya
Unsur-unsur ini memainkan peranan menstabilkan sistem politik negara. Malah, laporan yang dibuat oleh Suruhanjaya Reid menekankan betapa pentingnya perlembagaan turut memberi penekanan terhadap faktor-faktor sejarah, tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum tahun 1957.
Bahagian 9 - Kehakiman
Bahagian 10 - Perkhidmatan Awam
Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
Bahagian 2 - Kebebasan asasi
Bahagian 3 - Kewarganegaraan
Bahagian 4 - Persekutuan
Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
Bahagian 8 - Pilihanraya
Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
Bahagian 12A - Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian 13 - Peruntukan sementara
Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja
Bahagian 5 - Negeri-negeri
Bahagian 12 - Am dan pelbagai