Pengenalan Tamadun Islam
Definisi
Dari sudut istilah, Tamadun Islam ertinya kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam dalam aspek kerohanian dan kebendaan dengan berpandukan kepada Al -Quran dan al Sunnah Rasulullah s.a.w.
Tamadun Islam menekankan kepada kemajuan dan kerohanian secara serentak. Tamadun Islam juga lahir daripada agama Islam sendiri.
Ciri-ciri
Rabbani
Tamadun yang didasari dengan ilmu-ilmu
ketuhanan yang paling tinggi serta menjadikan AL-Quran itu sebagai sumber asas rujukan dan panduan hidup
Keseimbangan dan kesederhanaan
Seimbang dalam segala aspek kehidupan, rohani, dan jasmani, masyarakat dan individu, dunia dan akhirat
Universal
Tidak terikat dengan bangsa, tempat atau tempoh tertentu, bahkan ia milik seluruh manusia
Ideal dan Realistik
Ideal bermaksud, meletakkan manusia di tempat yang paling tinggi dengan mengawasi gerak-geri manusia.
Realistik pula bermaksud, mengambil kira hakikat yang berlaku di dunia nyata
Tetap dan Fleksibel
Matlamat tamadun islam ini tidak berubah dan tetap serta fleksibel pada cara dan pelaksanaannya
Menyeluruh kepada setiap aspek kehidupan
Merangkumi bidang akidah, syariah, akhlak, hubungan dengan Allah, dengan sesama manusia dan alam
Prinsip-prinsip
Memelihara agama
Memelihara nyawa
Memelihara akal
Memelihara maruah dan keturunan
Memelihara harta
Asas-asas
Akidah
Syariah
- berpaksikan kepada 6 Rukun Iman yang wajib diyakini oleh seluruh umat Islam
- Umat Islam yang berpegang teguh dengan akidah Islam yang sebenar akan dapat melahirkan tamadun yang gemilang kerana ia bebas daripada bentuk penyelewengan dan kecelaruan
- Syariah ia bermaksud berkaitan dengan hukum hakam atau peraturan yang telah ditentukan oleh Allah kepada manusia atau Rasul-Nya
- Syariah ini bertujuan untuk memelihara 5 perkara asas dalam kehidupan manusia , iaitu akal, harta, keturunan dan agama
Akhlak
- Akhlak ini lebih bersifat syumul dan komprehensif
- Akhlak yang luhur serta berkeperibadian mulia akan menghasilkan modal insan yang cemerlang seterusnyadapat melahirkan tamadun yang mantap dan unggul
Matlamat
Hubungan manusia dengan Allah
Hubungan manusia dengan manusia
Hubungan manusia dengan alam sekitar