Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
SUMBER RUJUKAN SIRAH RASULULLAH SAW - Coggle Diagram
SUMBER RUJUKAN SIRAH RASULULLAH SAW
Syair arab yang sezaman dengan zaman kerasulan
.
Tidak diragui bahawa orang musyrik telah menyerang Rasul s.a.w.
dan dakwah Baginda melalui lidah para penyair mereka.
Ini memaksa orang Islam menjawabnya melalui lidah para penyair mereka
pula seperti Hasan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan lain-lain lagi.
Buku-buku sastera dan sirah yang ditulis selepas zaman itu
mengandungi banyak syair-syair sebegini.
Melalui syair-syair ini, kita dapat membuat kesimpulan tentang fakta-fakta
berkaitan suasana persekitaran s.a.w. hidup dan dakwah Islam mula lahir.
Kitab-kitab sirah
Tobaqot Ibnu Saad
at-Tobaqot dianggap antara sumber awal sirah yang paling dipercayai dan faktanya paling terpelihara dengan dinyatakan latar belakang sahabat dan tabien.
Tarikh at-Tobari
Apa yang diriwayatkan oleh at-Tobari boleh dijadikan hujah dan dipercayai. Walau bagaimanapun, banyak riwayat dhaif atau batil yang beliau sebut, beliau berpada dengan menyandarkan riwayat tersebut kepada perawinya. Ini kerana puda zaman beliau, orang ramai mengenali perawi tersebut
Contohnya, apa yang diriwayatkan daripada Abu Mikhnaf. Abu Mikhnaf adalah seorang pengikut Syiah yang taksub. Namun begitu at-Tobari banyak memasukkan riwayat beliau ke dalam tulisannya dengan cara menyandarkan riwayat tersebut kepada Abu Mikhnaf. At-Tobari seolah-olah melepaskan tanggungjawab riwayat tersebut dan meletakkannya ke bahu Abu Mikhnaf
Sirah Ibnu Hisyam
.
Kitab ini muncul sebagai sumber Sirah Nabi s.a.w.
yang paling amanah, paling sahih. dan paling teliti.
Ia diterima oleh orang ramai menyebabkan mereka
terus menamakan kitab itu dengan nama Sirah Ibnu Hisyam.
Kitabnya ini telah disyarahkan oleh dua orang 'alim diri
Andalus: as-Suhaili (508-581H) dan al-Khusyani (535-604H)
al-Quran
;
Al-Quran membicarakan tentang keperitan dan sikap degil yang dihadapi oleh Baginda s.a.w. di jalan dakwah.
.
Selain itu, al-Quran juga memaparkan hijrah Rasul s.a.w., serta membentangkan pertempuran pertempuran penting yang Baginda lalui selepas Hijrah. Antaranya Perang Badar, Uhud, Ahzab, Perdamaian Hudaibiyah, Pembukaan Makkah dan Perang Hunain.
Al-Quran juga memperkatakan tentang sesetengah mukjizat Baginda seperti mukjizat Isra' dan Mi'raj. Ringkasnya al-Quran telah membicarakan banyak peristiwa dalam Sirah Rasul s.a.w
Oleh kerana al-Quran merupakan kitab paling dipercayai di atas muka bumi dan terbukti kebenaran secara mutawatir, seorang manusia yang berakal tidak sepatutnya terfikir untuk meragui nas-nas dan kekukuhan fakta sejarahnya.
Oleh itu, peristiwa-peristiwa sirah yang didedahkan oleh al-Quran ini secara mutlak dianggap sebagai sumber sirah paling sahih.
Sunnah yang sahih
.
Sunnah Nabi s.a.w. yang sahih terkandung dalam kitab karangan para imam hadis yang diakui kejujuran mereka lagi dipercayai di dunia Islam.
Kitab-kitab itu ialah: Kitab Sunan Sittah (enam buah kitab hadis):
Iaitu kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan an-Nasaie, Sunan at-Tirmizi dan Sunan Ibnu Majah.
Begitu juga kitab al-Muwatto' karangan Imam Malik dan Musnad Imam Ahmad. Kitab-kitab ini, terutamanya Sahih Bukhari dan Sahih Muslim berada di tangga teratas dari aspek kesahihan, dipercayai dan pembuktiannya.
Sebahagian besar kisah kehidupan Nabi s.a.w., peristiwa, peperangan dan amalan Baginda terkandung dalam kitab-kitab ini.
Antara perkara yang meningkatkan kepercayaan dan penerimaan terhadap kitab-kitab ini ialah, hadis-hadisnya telah diriwayatkan dengan sanad yung bersambung hingga kepada para sahabat r.a..
HANIF ZAKWAN PAI 1