Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tamadun Islam, NOR SAMIHAH BINTI AB HALIM PISMP PAKK JUN 2020 - Coggle…
Tamadun Islam
Prinsip-prinsip
Memelihara akal - Islam juga mengajar tentang cara menjaga diri sendiri agar akal terpelihara dengan memakan dan minum yang baik dan berkhasiat.
Memelihara maruah dan keturunan - Islam mendidik umatnya untuk sentiasa memelihara maruah diri dan juga air muka keluarga terutama sekali ibu bapa.
Memelihara nyawa - Islam mewajibkan umatnya menjaga keselamatan dan mengharamkan perkara atau perbuatan yang boleh membahayakan serta membinasakan diri. (Surah Al-Baqarah : 195)
Harta atau kekayaan yang diperoleh dari usaha sendiri dengan cara yang halal berhak dipelihara dan dipertahankan. Mereka yang memelihara hartanya akan diberi pahala oleh Allah S.W.T.
Memelihara agama - menjamin suasana selesa bagi memupuk keharmonian hidup beragama dalam sesebuah masyarakat majmuk.
-
-
Definisi
Al-Shirazi - Tamadun Islam berkisar tentang kekuasaan, kehebatan, kemakmuran, dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan.
Secara umum - Kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam daripada aspek kerohanian dan kebendaan dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
-
Ciri-ciri
Umum - bersesuaian dengan semua orang setiap masa dan tempat kerana ciri umumnya yang bersifat sejagat dan terbuka.
Ideal dan realistik - Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah S.W.T.
Menyeluruh - Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang (syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah S.W.T dan hubungan sesama manusia.
-