Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI SASTERA KANAK-KANAK - Coggle Diagram
TEORI SASTERA KANAK-KANAK
Teori Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa Kanak-kanak
Teori Behaviorist (Skinner) 1957
Teori ini menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila adanya rangsangan dan tindak balas berulangan.
Pembelajaran bahasa merupakan satu penguasaan atau kebiasaan yang diperoleh dengan mengulang-ulang melakukan aktiviti yang hendak dikuasai.
Kanak-kanak melakukan peniruan kepada bahasa pertuturan orang dewasa yang merupakan model bahasa kepada mereka.
Teori Nativist (Naom Chomsky) 1965
Pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku secara semulajadi.
Menurut Chomsky, setiap kanak-kanak lahir bersama struktur mekanisma bahasa/ potensi bahasa dalam otak kanak-kanak.
Dikenali sebagai LAD (Language Acquisition Device)
Melalui LAD yang wujud secara semulajadi tersebut, kanak-kanak akan memproses bahasa pertuturan yang didengarinya bagi menghasilkan peraturan tatabahasa dalam ayat.
4 Prinsip :
Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak hampir sama.
Proses pemerolehan bahasa ini tidak berkaitan dengan IQ (kecerdasan minda)
Tidak dipengaruhi oleh motivasi atau psikologi kanak-kanak.
Tatabahasa yang dihasilkan hampir sama.
Teori Kognitif (Piaget) 1969
Pemerolehan bahasa awal ini dipengaruhi oleh perkembangan berfikir kanak-kanak.
Kanak-kanak membina perkembangan kognitif melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang dilakukan.
Kanak-kanak memahami dunia disekeliling termasuk bahasa awal melalui pengalaman sensori mereka sendiri.
Pertuturan bahasa awal kanak-kanak adalah bersifat egosentrik iaitu berpusat hanya kepada apa yang mereka fikir dan lakukan.
Teori Interaksi Sosial (Vygotsky) 1978
Vygotsky telah memperkenalkan ZPD (Zone of Proximal Development) dan Scaffolding (bantuan orang dewasa)
Teori Fungsi (Hallidays) 1975
Kanak-kanak mempelajari dan memahami bahasa berdasarkan keperluan dan tujuan penggunaan bahasa tersebut.
Kanak-kanak akan mempelajari dan menggunakan bahasa apabila perlu melakukan / berinteraksi mengenai sesuatu seperti meminta bantuan, bertanya atau memberi penjelasan.
Sastera Kanak-kanak
Falsafah dan Hala Tuju Sastera Kanak-kanak
Falsafah : Menitik-beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh serta memastikan kanak-kanak menjalani zaman kanak-kanaknya.
Hala tuju : Memastikan bahan bacaan kanak-kanak mengandungi tajuk dan isi kandungan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
Definisi Sastera
Buku berkualiti yang ditujukan kepada kanak-kanak daripada usia sejak lahir sehinggalah dewasa.
Tajuk-tajuk buku berkisarkan pada dunia kanak-kanak.
Ciri-ciri Sastera Kanak-kanak
1)kandungan hendaklah bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak
2) membawa kanak-kanak untuk menjiwai cerita dan keindahan yang diterapkan dalam sesuatu karya.
3) penggunaan perkataan yang sesuai bagi menyampaikan sesuatu idea ataupun untuk mengambarkan sesuatu.
4) bentuk ilustrasi yang cantik dan bersesuaian dengan cerita.
5) mampu menghidupkan imaginasi dan menghiburkan.
6) Unsur kesepaduan harus wujud dalam sastera yang baik.
Kebaikan Membaca Buku
Memberi pendedahan terhadap keindahan bahasa dan ilustrasi .