Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGENALAN TEORI SASTERA KANAK-KANAK - Coggle Diagram
PENGENALAN TEORI SASTERA KANAK-KANAK
SASTERA KANAK-KANAK
Definisi
Clynch-Brown & Tomlinson (1999), sastera kanak-kanak adalah buku berkualiti yang terdapat di pasaran yang ditujukan kepada kanak-kanak daripada usia sejak lahir sehinggalah usia dewasa
Falsafah dan hala tuju sastera kanak-kanak
Falsafah bagi sastera kanak-kanak menitik-beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh serta memastikan kanak-kanak menjalani zaman kanak-kanaknya dan merintis masa depan dengan sejahtera
Ciri-ciri sastera kanak-kanak
1)kandungan hendaklah bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak
2)membawa kanak-kanak untuk menjiwai cerita dan keindahan yang diterapkan dalam sesuatu karya
3)penggunaan perkataan yang sesuai bagi menyampaikan sesuatu idea ataupun untuk mengambarkan sesuatu
4)penggunaan perkataan yang sesuai bagi menyampaikan sesuatu idea ataupun untuk mengambarkan sesuatu
5) mampu menghidupkan imaginasi dan menghiburkan
6) Unsur kesepaduan harus wujud dalam sastera yang baik
Kebaikan membaca buku
1)Memberi keseronokan
2)Memberi imaginasi dan inspirasi
3)Memberi pengalaman baru
4) Memahami dan bersimpati
5)Memberi pengajaran
6)Memberi pendedahan terhadap keindahan bahasa dan ilustrasi
7)Menerapkan ‘emergent literacy’ di kalangan kanak-kanak
8)Kesan yang positif terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak
9) Buku cerita dijadikan sebagai bahan asas dalam pengajaran bacaan awal
TEORI PEMEROLEHAN DAN PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK
Mengapa pengetahuan mengenai teori penting?
Membantu dalam penyediaan persekitaraan terbaik untuk perkembangan bahasa awal kanak-kanak
Dapat memahami pemerolehan kemahiran mendengar dan penguasaan bahasa pertuturan. Seterusnya memahami perkembangan kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak
Teori Behavorist (Skinner) 1957
Teori ini menyatakan bahawa pembelajaran berlaku apabila adanya rangsangan dan tindak balas yang berulangan
Bahasa dilihat sebagai satu proses perilaku iaitu hasil operasi rangsangan dan tindak balas yang bergantung semata-masa kepada ciri-ciri naluriah yang ada pada manusia
Skinner (1957) menjelaskan bahasa sebagai pertuturan yang diperhatikan dan dihasilkan melalui interaksi di antara pendengar dan penutur
Kanak-kanak melakukan imitasi/peniruan kepada bahasa pertuturan orang dewasa yang merupakan model bahasa kepada mereka
Teori Nativist (Noam Chomsky) 1965
Pemerolehan bahasa kanak-kanak berlaku secara semulajadi
Menurut Chomsky, setiap kanak-kanak lahir bersama struktur mekanisma bahasa/potensi bahasa dalam otak kanak-kanak
Melalui LAD yang wujud secara semulajadi tersebut, kanak-kanak akan memproses bahasa pertuturan yang didengarinya bagi menghasilkan peraturan tatabahasa dalam ayat
Teori Kognitif (Piaget) 1969
Teori Piaget terhadap pemerolehan bahawa awal kanak-kanak berpusatkan kepada perkembangan kognitif iaitu dipengaruhi oleh perkembangan berfikir kanak-kanak
Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak membina perkembangan kognitif melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang dilakukan mereka
Ini bermakna, kanak-kanak memahami dunia disekeliling termasuk bahasa awal melalui pengalaman sensori mereka sendiri
Teori Interaksi Sosial (Vgotsky) 1978
Menurut Vgotsky, perkembangan bahasa berlaku dalam konteks interaksi sosial dan penggunaan fungsi bahasa
Vgotsky telah memperkenalkan ZOPD dan scaffolding
Kanak-kanak akan didedahkan dengan perkara baru dan diberi bantuan tertentu sama ada secara motivasi, tunjuk ajar dan sokongan.
Teori Fungsi ( Hallidays) 1975
Halliday menjelaskan perkembangan bahasa kanak-kanak sebagai satu proses pembelajaran di mana kanak-kanak belajar menggunakan bahasa untuk memberi makna terhadap sesuatu
Berdasarkan teori ini, kanak-kanak mempelajari dan memahami bahasa berdasarkan keperluan dan tujuan penggunaan bahasa tersebut
Kanak-kanak akan mempelajari dan menggunakan bahasa apabila ia perlu melakukan/berinteraksi mengenai sesuatu seperti meminta bantuan, bertanya atau memberi penjelasan