Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengenalan Teori Sastera Kanak-Kanak - Coggle Diagram
Pengenalan Teori Sastera Kanak-Kanak
Sastera Kanak-Kanak
Definisi Sastera
Clynch-Brown & Tomlinson (1999), sastera kanak-kanak ialah buku berkualiti yang boleh dapatkan di pasaran yang menjadi target kpada kanak-kanak daripada usia sejak lahir sehinggalah usia dewasa. Tajuk-tajuk buku tersebut adalah yang berkisar pada dunia kanak-kanak, serta dinukilankan dalam bentuk prosa, puisi, fiksyen dan bukan fiksyen.
Falsafah Dan Hala Tuju Sastera Kanak-Kanak
FALSAFAH : Menitik-beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh serta memastikan kanak-kanak menjalani zaman kanak-kanaknya dan merintis masa depan dengan sejahtera
HALA TUJU : untuk memastikan bahan bacaan kanak-kanak mengandungi tajuk dan isi kandungan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak tersebut
Ciri-Ciri Sastera Kanak-Kanak
Ilustrasi yang cantik dan bersesuaian dengan cerita
Menghidupkan imaginas dan menghiburkan
Menggunakan perkataan yang sesuai untuk menyampaikan idea bagi mengambarkan sesuatu
Mewujudkan unsur kesepaduan dalam sastera yang baik
Kandung perlu sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak
Membawa kanak-kanak memahami cerita dan keindahan yang diterapkan dalam sesuatu karya
Teori Pemerolehan dan Perkembangan Bahasa Kanak-kanak
Teori Behaviorist (SKINNER 1957)
Bahasa dilihat sebagai satu proses perilaku iaitu hasil operasi rangsangan dan tindak balas yang bergantung kepada naluri manusia
Bahasa merupakan penguasaan atau kebiasaan yang diperoleh dengan mengulang-ulang melakukan aktiviti yang hendak dikuasai
Pembelajaran berlaku dengan rangsangan dan tindak balas yang berlulangan
Teori Nativist (NOAM CHOMSKY) 1965
Kanak-kanak berbahasa secara semula jadi
Setiap kanak-kanak lahir dengan struktur mekanisma bahasa/potensi bahasa kanak-kanak dikenali LAD (Language Acquisition Device)
Melalui LAD kanak-kanak memproses bahasa pertuturan yang didengarinya untuk menghasilkan peraturan tatabahasa dalam ayat
Teori Kognitif (PIAGET) 1969
Bahasa awal kanak-kanak berpandukan kepada perkembangan kognitif dengan memeroleh bahasa awal yang dipengaruhi oleh perkembangan berfikir kanak-kanak
Kanak-kanak membina perkembangan kognitif melalui penglibatan aktif dalam aktiviti yang mereka lakukan
Kanak-kanak faham dunia sekeliling termasuk vahasa awal melalui pengalaman sensori mereka
Teori Interaktif Sosial (VYGOTSKY) 1978
Perkembangan bahasa berlaku dalam konteks interaksi sosial dan penggunaan fungsi bahasa
Memperkenalkan ZOPD (Zone of Proximal Develpoment) dan scaffolding
Kanak-kanak didedahkan dengan perkara baru dan diberi bantuan sama ada secara motivasi, tunjuk ajar dan sokongan.
Teori Fungsi (HALLIDAYS) 1975
Perkembangan bahasa kanak-kanak ialah proses pembelajaran yang menggunakan bahasa untuk memberi makna terhadap sesuatu
Kanak-kanak mempelajari dan memahami bahasa mengikut keperluan dan tujuan penggunaan bahasa