Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Bab 4.1 Mencari Idea Perniagaan - Coggle Diagram
Bab 4.1
Mencari Idea Perniagaan
Sumber-sumber
Saluran Pengedaran
Mengekalkan hubungan dengan pengedar keluarannya kerana mereka berhubung secara langsung dengan pengguna dan lebih memahami cita rasa mereka.
Penyelidikan dan
Pembangunan
Usaha mencari dan menghasilkan idea baru atau mengatasi sesuatu masalah perniagaan secara saintifik.
Syarikat Sedia Ada
Menilai kekuatan syarikat sedia ada yang dimilikinya sebelum menubuhkan sesuatu perniagaan baru.
Sesuatu idea baru boleh dikaji dari pandangan pekerja syarikat sendiri bagi menubuhkan perniagaan yang seterusnya.
Profesional atau
Jururunding
Menerima nasihat dan pendapat serta cadangan kaedah yang boleh digunakan dalam situasi tertentu daripada golongan pakar dalam sesuatu bidang.
Produk Sedia Ada
Digunakan sebagai sumber idea untuk menghasilkan sesuatu produk baru.
Dasar Kerajaan
Peluang baharu, keperluan baharu, kehendak baharu.
Pelanggan
Mengeluarkan jenis atau model yang dapat memenuhi cita rasa pelanggan dalam pasaran tersebut.
R&D
Penemuan keperluan baharu daripada percubaan yang berjaya.
Proses menjana dan mengenal pasti
Menguji konsep
Konsep yang dibina itu perlu diuji sama ada melalui perbincangan dengan pihak-pihak berkuasa atau perunding.
Menguji konsep produk baharu dengan kumpulan sasaran pengguna untuk mengetahui konsep produk yang paling menarik kepada pengguna bakal.
Membuat rancangan
perniagaan
Untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan produk, syarikat, mendapatkan pembiayaan dan sebagainya.
Dijadikan sebagai asas dan garis panduan untuk menjalankan perniagaan produk yang dihasilkan.
Rancangan perniagaan perlu ditulis sebagai memperincikan idea yang hendak merealisasikan.
Membina konsep
Untuk menguji penerimaan pengguna, temuduga dengan responden terpilih dijalankan di mana mereka didedahkan dengan kenyataan yang menggambarkan ciri-ciri dan sifat-sifat fizikal idea produk.
Konsep idea yang terbaik dan mendapat perhatian ramai akan dipilih.
Penerangan idea secara terperinci daripada perspektif pelanggan untuk memberikan kefahaman tentang kualiti dan ciri-ciri produk kepada pelanggan bakal.
Membina perniagaan
fizikal
Untuk membuat penilaian dan maklum balas terhadap produk yang ingin dihasilkan.
Pemilik taruh atau pihak berkepentingan terhadap produk boleh melihat, memegang dan berinteraksi dengan prototaip.
Prototaip adalah sebarang bentuk atau visi sesuatu sistem yang boleh memberikan gambaran terhadap perlakuan dan ciri-ciri sebenar produk yang hendak dihasilkan.
Menapis idea
Dilakukan untuk mendapatkan idea yang terbaik dan membantu mengurangkan pembaziran sumber.
Cara menapis idea-idea:
Menyediakan senarai semak yang mengandungi semua aspek penilaian. Setiap idea akan dinyatakan dalam bentuk nilai merit dan faedahnya.
Menapis dan mengenal pasti idea-idea perniagaan yang menjanjikan kejayaan. Idea-idea yang kurang praktikal akan dibuang atau dilupuskan.
Mengkomersialkan
Perancangan pemasaran yang efektif perlu dibuat secara teliti dan telus untuk bersaing dengan pesaing-pesaing lain dalam pasaran.
Campuran pemasaran yang ideal perlu dilaksanakan untuk memastikan produk mendapat tumpuan khusus daripada pelanggan.
Usahawan perlu memastikan produk yang telah memasuki pasaran dapat bertahan untuk jangka masa yang lama.
Menjana Idea
Memperoleh idea-idea daripada pelbagai sumber sama ada sumber dalaman (R&D) atau sumber luaran seperti pelanggan, pesaing, pengedar dan pembekal.
Melaksanakan kaedah penyelidikan pemasaran untuk mendapatkan idea baharu bagi menjalankan sesebuah perniagaan.
Proses menjana, mengumpul dan menyenaraikan idea-idea yang berpontesi tinggi untuk menjanjikan kejayaan.
Memilih keserasian idea perniagaan dengan diri
Kemahiran
Kemahiran ini selalunya lahir dari pengalaman dan pengetahuan. Kelebihan ini adalah sesuatu yang sukar dimiliki.
Kemampuan modal
Perkara-perkara asas yang perlu difikirkan sebelum meneruskan idea untuk membuka sesebuah perniagaan.
Perniagaan yang hendak dibuka perlulah sesuai dengan kemampuan kewangan yang ada.
Pengetahuan
Melengkapkan dirinya dengan pengetahuan terutama dalam apa yang perlu dilakukan untuk perniagaan yang diceburi supaya dapat mengetahui segala perjalanan perniagaannya dan tidak mudah ditipu.
Minat
Minat dapat memberi keyakinan dan rasa tanggungjawab yang lebih ke atas perniagaan yang akan dimajukan.
Minat akan menumpukan perhatian seseorang itu sepenuhnya di dalam kerjanya.
Pengalaman yang dimiliki
menjalankan perniagaan yang sesuai dengan pengalaman yang dimiliki terutamanya berkaitan dengan pengalaman kerjaya.
Mengenal pasti daya kemungkinan idea perniagaan di peringkat awal
Risiko
Membuat pertimbangan yang rasional sama ada idea perniagaan tersebut boleh diteruskan atau tidak.
Modal
Modal yang diperlukan untuk memulakan sesuatu pernigaan merupakan modal berisiko tinggi.
Terdapat tiga jenis modal diperlukan untuk menjalankan perniagaan.
Modal tetap: modal untuk membeli aset-aset tetap.
Modal kerja: merupakan tabung sementara perniagaan
Modal tumbuhan: modal yang diperlukan apabila pernigaan ingin dikembangkan atau mengubah hala tuju.
Pesaing
Sekiranya memilih idea perniagaan yang masih belum dipolopori oleh orang lain, ini akan membantu untuk mengawal harga di pasaran dengan lebih mudah, seterusnya perniagaan akan cepat meningkat maju.
Undang-undang
Idea-idea yang dicadangkan perlulah sah dari segi undang-undang.