Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Teori dan sastera kanak-kanak - Coggle Diagram
Teori dan sastera kanak-kanak
Sastera kanak-kanak
Definisi
Clynch-Brown & Tomlinson (1999), sastera kanak-kanak adalah buku berkualiti yang terdapat di pasaran yang ditujukan kepada kanak-kanak daripada usia sejak lahir sehinggalah usia dewasa. Tajuk-tajuk buku tersebut adalah yang berkisar pada dunia kanak-kanak, serta dinukilankan dalam bentuk prosa, puisi, fiksyen dan bukan fiksyen.
Falsafah sastera
Memastikan perkembangan kanak-kanak secara holistik dan memastikan mereka menjalani kehidupan sejahtera.
Hala tuju sastera
Memastikan bahan bacaan kanak-kanak mengandungi tajuk dan isi kandungan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak tersebut.
Ciri-ciri sastera kanak-kanak
kandungan hendaklah bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak
bentuk ilustrasi yang cantik dan bersesuaian dengan cerita.
membawa kanak-kanak untuk menjiwai cerita dan keindahan yang diterapkan dalam sesuatu karya
penggunaan perkataan yang sesuai bagi menyampaikan sesuatu idea ataupun untuk mengambarkan sesuatu
mampu menghidupkan imaginasi dan menghiburkan
Unsur kesepaduan harus wujud dalam sastera yang baik
Kebaikan membaca buku
Memberi keseronokan
Memberi imaginasi dan inspirasi
Memberi pengalaman baru
Memahami dan bersimpati
Memberi pengajaran
Memberi pendedahan terhadap keindahan bahasa dan ilustrasi
Menerapkan ‘emergent literacy’ di kalangan kanak-kanak
Kesan yang positif terhadap perkembangan bahasa kanak-kanak
Buku cerita dijadikan sebagai bahan asas dalam pengajaran bacaan awal
Teori pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak
Kepentingan teori
Membantu dalam penyediaan persekitaraan terbaik untuk perkembangan bahasa awal kanak-kanak
Dapat memahami pemerolehan kemahiran mendengar dan penguasaan bahasa pertuturan. Seterusnya memahami perkembangan kemahiran membaca dan menulis kanak-kanak
Teori Behaviorist
Menekankan pembelajaran melalui rangsangan dan apabila pembelajaran tersebut berlaku pengulangan maka penguasaan atau kebiasaan diperoleh melaluinya.
Penggunaan bahasa ialah sesuatu yang diperhatikan dan dihasilkan melalui interaksi di antara orang dewasa dan kanak-kanak. Orang dewasa sebagai model bahasa dan kanak-kanak melakukan imitasi atau peniruan.
Teori Nativist
Pemerolehan bahasa kanak-kanak diperoleh secara semula jadi dari apa yang didengari.
Kanak-kanak lahir dengan potensi bahasa mereka iaitu LAD (Language Acquisition Device)
Terdapat 4 prinsip iaitu proses pemerolehan bahasa kanak-kanak adalah hampir sama dan tidak berkaitan dengan kecerdasan minda.
Proses ini juga tidak dipengaruhi oleh faktor motivasi dan psikologi kanak-kanak.
Teori Kognitif
Berpusatkan kepada perkembangan kognitif yang dipengaruhi oleh kemahiran berfikir kanak-kanak. Bahasa mereka boleh dirangsang melalui penglibatan aktif dalam aktiviti dan pengalaman sensori mereka.
Pertuturan bahasa kanak-kanak bersifat egosentrik iaitu berpusat pada apa yang mereka fikir dan lakukan. Maka, perolehan bahasa ini berkaitan dengan tindakan, objek dan peristiwa yang dialami mereka melalaui sentuhan, mendengar, melihat merasa dan bau.
Teori Interaktif Sosial
Perkembangan bahasa berlaku dalam konteks interaksi sosial dan penggunaan fungsi bahasa.
ZPD diterapkan:
Kanak-kanak akan dideahkan dengan perkara baharu dan diberi bantuan tertentu sama ada secara motivasi, tunjuk ajar dan sokongan.
Jadi, apabila kanak-kanak telah menguasai, segala bentuk bantuan akan diminimumkan.
Teori Fungsi
Perkembangan bahasa kanak-kanak sebagai proses pembelajaran menggunakan bahasa untuk memberikan makna terhadap sesuatu.
Kanak-kanak mempelajari dan menggunakan bahasa apabila mereka perlu berinteraksi seperti meminta bantuan, bertanya atau beri penjelasan.
Terdapat 7 fungsi iaitu sebagai alat memenuhi keperluan peribadi meyelesaikan sesuatu, sebagai pengawalantingkah laku, interaksi dan bergaul dengan orang lain, peribadi untuk menyatakan sesuatu, imaginasi untuk berlakon dan main peranan, heuristik untuk belajar sesuatu dan akhir sekali informasi untuk menyampaikan maklumat.