Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
3.1.3 KEPEMIMPINAN DAN PENSTAFAN (KEPEMIMPINAN), 3.1.3 KEPEMIMPINAN …
3.1.3
KEPEMIMPINAN
DAN PENSTAFAN
(KEPEMIMPINAN)
Definisi Kepemimpinan
Satu proses interaksi di antara individu dengan kumpulan atau di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan.
Satu proses cubaan mempengaruhi sesuatu kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat organisasi.
Kepentingan Kepemimpinan
Menjadi teladan untuk pekerja.
Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan subordinat.
Mempunyai autoriti untuk mengarah.
Membina matlamat yang boleh dikongsi bersama.
Mempengaruhi pekerja.
Memastikan subordinat faham tentang saling perkaitan tugas antara satu sama lain.
Gaya Kepemimpinan
Kepimpinan Demokratik
(Democratic Leadership)
Gaya kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai pemimpin yang mengalakkan kesemua kakitangannya melibatkan diri dalam organisasi. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.
Sementara itu, dalam gaya kepimpinan demokratik, seseorang ketua atau majikan memberi peluang kepada pekerja bawahannya untuk memberi pendapat dan pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil dan melibatkan diri secara langsung di dalam sistem pentadbiran organisasinya.
Sentiasa mengemaskini mengenai isu-isu semasa, pencapaian, sasaran dan perhubungan dengan saingan-saingan mereka oleh organisasi lain serta bekerja keras untuk mencapai matlamat organisasi.
Gaya kepimpinan ini lebih fokus kepada hubungan antara majikan dan pekerja dalam mencapai sesuatu matlamat ataupun objektif organisasi.
Pemimpin yang mempunyai inisiatif melibatkan pekerjanya dalam proses membuat keputusan.
Kepimpinan Laissez-Faire
(Laissez-Faire Leadership)
Gaya kepimpinan ini menunjukkan seseorang pemimpin itu mahupun majikan tersebut mempunyai pengurusan organisasi yang lemah serta tidak mempunyai keyakinan diri sebagai ketua dalam organisasi tersebut.
Tidak mengambil kira masalah, konflik, ganjaran dan hukuman.
Tidak menetapkan matlamat serta objektif yang perlu disasarkan oleh organisasinya.
Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan ini tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanah kepadanya.
Tidak mementingkan prestasi mahupun keuntungan dan objektif organisasinya.
Tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya.
Memberi kebebasan penuh kepada pekerjanya dalam membuat keputusan, memberi pandangan dan mengambil sesuatu tindakan untuk menentukan matlamat organisasi.
Kuasa yang ada padanya tidak digunakan.
Kepimpinan Autokratik
(Autocratic Leadership)
Lebih cenderung untuk membuat keputusan sendiri berbanding berbincang dengan pekerja bawahannya.
Pemimpin yang mengamalkan gaya ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi sepenuhnya.
Memimpin dengan menggunakan sumber kuasa secara formal.
Mementingkan pelaksanaan tugas.
Mengetuai pekerja dengan keperluan untuk memberikan ganjaran atau hukuman.
Pemimpin autokratik percaya bahawa pekerja adalah seorang yang tidak rajin, kurang bermotivasi dan tidak boleh dipercayai.
Majikan ini tidak mesra dengan pekerjanya dan hanya memfokuskan kepada tugas sahaja.
Ciri-ciri Pemimpin
Menyumbang lebih.
Disenangi ramai.
Merancang dengan tepat.
Yakin dalam keputusan.
Sikap simpati dan memahami.
Adil dan saksama.
Peka dengan perincian.
Kawalan diri.
Memikul tanggngjawab sepenuhnya
Keberanian yang cukup .
Mudah bekerjasama.
3.1.3
KEPEMIMPINAN
DAN PENSTAFAN
(PENSTAFAN)
Definisi Penstafan
Proses pengambilan dan pemilihan sumber manusia secara berterusan bagi mengisi jawatan-jawatan kosong yang wujud di dalam organisasi.
Calon-calon yang berkelayakan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan akibat daripada kekosongan
Kepentingan Penstafan
Untuk mendapatkan pekerja yang berkompetensi, inovatif, kreatif serta berkemampuan dalam melaksanakan tugas dengan berkesan.
Analisis Kerja
Definisi
Proses untuk mendalami aktiviti yang terdapat dalam sesuatu pekerjaan secara sistematik.
Tujuan
Untuk mendapatkan jawapan kepada
persoalan yang penting.
Di manakah tahap kerja yang perlu dicapai?
Bagaimana pekerja melakukan kerja?
Bilakah kerja perlu disiapkan?
Mengapakah kerja tersebut dilakukan?
Apakah tugasan fizikal dan mental yang dilakukan oleh pekerja?
Apakah kelayakan yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu kerja?
Mengenalpasti dan menjelaskan dengan tepat tentang apa yang berlaku dalam sesuatu pekerjaan dan tugasan, serta melihat kepada pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan.
Keadaan yang memerlukannya.
Apabila kerja baru diperkenalkan.
Apabila kerja menghadapi perubahan disebab oleh perubahan teknologi, kaedah dan prosedur atau sistem serta penstrukturan semula organisasi.
Semasa organisasi mula ditubuhkan
Cara untuk mendapat maklumat
tentang sesuatu kerja
Diari
Pekerja yang kerjanya sedang dianalisis dikehendaki merekodkan semua aktiviti dalam tempoh waktu setiap aktiviti dalam diari.
Soal selidik
Menjawab borang soal selidik berkaitan dengan tanggungjawab,beban kerja, aktiviti kerja serta pengetahuan, kemahiran dan keupayaan untuk melakukan kerja tersebut.
Pengamatan
Staf dari jabatan pengurusan sumber manusia akan mengamati pekerja yang melakukan kerja yang dianalisis secara langsung dan merekodkan ciri-ciri utama yang terkandung dalam kerja tersebut.
Perbincangan
Teknikal
Melibatkan perolehan maklumat ciri-ciri utama kerja oleh penganalisis daripada penyelia pekerja yang terdekat.
Temu duga
Penemu duga akan menemu duga beberapa orang pekerja yang melakukan kerja yang sedang dianalisis sebagai wakil kepada semua pekerja bagi kerja tersebut.
Kombinasi kaedah
Menggabungkan kaedah terbabit.
Hasil analisis kerja
Huraian Kerja
Senarai tugas dan kerja.
Spesifikasi kerja dan kelayakan minimum.
Ringkasan kerja.
Maklumat tentang identiti kerja.
Spesifikasi Kerja
Kelayakan umum seperti pengalaman kerja dan latihan.
Keperluan pendidikan termasuklah kolej, universiti atau pendidikan vokasional dan teknikal.
Pengetahuan, kemahiran dan kebolehan.
Faedah dan Ganjaran
Pulangan kewangan dan bukan kewangan yang diberikan oleh majikan kepada pekerja.
Ganjaran bentuk kewangan
Komisen jualan
Bonus tahunan
Upah
Elaun
Gaji
Ganjaran bukan bentuk kewangan
Peluang melanjut pelajaran
KWSP
Cuti bergaji
Pencen
Insurans
Rumah / Kenderaan
Anugerah khidmat cemerlang
Faedah pekerjaan
Wajib
SOCSO
Perlindungan bersalin (Cuti bersalin)
KWSP
Bayaran semasa cuti (cuti hari minggu, cuti umum, cuti tahunan)
Pilihan
Faedah pinjaman
Faedah insurans kesihatan
Caruman majikan membagi KWSP dan SOCSO yang lebih tinggi daripada yang ditetapkan oleh kerajaan