Daripada Abdullah bin Amru bahawa Nabi S.A.W menyampaikan nasihat kepadanya: Orang yang penyayang, Yang Maha Pengasih akan menyayanginya, oleh itu sayangilah kamu kepada penduduk di bumi nescaya penduduk di langit akan menyayangimu.” Dalam hadis ini, Nabi s.a.w. menyuruh sahabatnya supaya mengasihi sesama manusia dengan perkataan “sayangilah”. Manakala contoh penggunaan dalam bentuk tegahan pula ialah (al-Nasai, 1930/6) yang bermaksud: Daripada Ibnu Umar r.a, daripada Nabi s.a.w. dengan sabdanya, “Janganlahlah meminang seorang daripada kamu ke atas pinangan yang lain. ”Dalam hadis ini, Nabi s.a.w menggunakan istilah tegahan iaitu “jangan meminang” bagi menunjuk ajar supaya beradab dalam hal meminang seseorang wanita.