Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
BENGKEL PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN - Coggle Diagram
BENGKEL PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN
DEFINISI
Penyelidikan ialah satu kaedah yang tersusun, sistematik atau teratur dan bersifat objektif, bukan subjektif dan bebas dari pertimbangan nilai. Dengan perkataan lain, penyelidikan yang bersandarkan kepada pertimbangan fakta dan logik pemikiran manusia. Logik pemikiran manusia tentulah berdasarkan apa yang dianggap oleh panca indera manusia.
FOKUS BIDANG
Pemilihan fokus kajian
Pengumpulan data awal
Pemerhatian
Tindakan
MODEL
Model Lewin (1946)
Model Kemmis & McTaggart (1988)
Model Somekh (1989)
Model CRASP Zuber-Skerritt (1991)
Model McKernan (1991)
Model Altrichter et.al (1993)
Model McBride & Schostak (1994)
Model Johnson (2002)
KEPENTINGAN REFLEKSI PDP
Refleksi merupakan proses mengimbau kembali pengalaman yang lepas serta memikirkannya dan mempertimbangkannya lalu membuat penilaian terhadap pengalaman tersebut. Refleksi merupakan satu bahagian yang amat penting di dalam kajian tindakan.
Guru boleh menilai semula amalan pengajaran mereka dan memperbaiki serta mempertingkat amalan pengajaran mereka. Guru dapat mengenal pasti kekurangan yang dilakukan semasa proses PdP dijalankan dan hasilnya, guru dapat memperbaiki kelemahan tersebut bagi menghasilkan proses PdP yang lebih berkesan dan efektif.
Refleksi membantu guru untuk menilai strategi pengajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Refleksi membantu guru memilih strategi pengajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai bagi menghasilkan PdP yang berkesan bagi memastikan pelajar dapat memahami pengajaran guru tersebut dengan baik.
Guru juga dapat menganalisis nilai-nilai pendidikan yang menjadi asas dalam amalan pengajaran.
Refleksi juga membantu guru untuk mengkaji dan menjelaskan peranan serta nilai pribadi berkaitan pendidikan secara berterusan. Setiap pengajaran pasti akan diselitkan nilai-nilai murni yang bersesuaian. Sebagai contoh, semasa menjalankan eksperimen dalam mata pelajaran Sains, guru juga dapat memupuk nilai murni seperti bekerjasama, bertolak ansur dan tolong-menolong dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
Melalui refleksi juga guru dapat mengenal pasti murid-murid, interaksi dalam bilik darjah serta proses pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan. Guru dapat mengenal pasti sejauh mana pemahaman murid mengenai sesuatu pelajaran yang disampaikan. Guru juga dapat melihat interaksi dalam bilik darjah yang dihasilkan agar dapat menghasilkan perkembangan sosial yang positif.
KEPERLUAN INTERVENSI
Intervensi merupakan tindakan yang diambil dalam situasi yang sukar, untuk memperbaikinya atau mencegahnya daripada menjadi lebih teruk. Intervensi merupakan sebahagian daripada proses dalam kajian tindakan yang digunakan bagi menambah baik amalan pengamal itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya guru mendapati bahawa pelaksanaan sesuatu aktiviti (seperti pelajar membaca petikan daripada buku teks) dalam bilik darjah tidak menyeronokkan, guru tersebut perlulah menambah baik pendekatan pedagogi seperti pelaksanaan projek bagi menambah minat pelajar. Justeru, pelaksanaan projek tersebut merupakan intervensi dalam kajian tindakan. Guru tersebut tidak semestinya perlu membina intervensi menggunakan nama akronim yang belum pernah digunakan seperti ‘Teknik XyZ’ bagi menggambarkan aktiviti tersebut berinovasi tinggi kerana matlamat utama kajian tindakan adalah untuk meningkatkan amalan guru itu sendiri dan bukannya menguji keberkesanan intervensi.
Intervensi kajian tindakan dalam pendidikan perlu didasari dengan teori-teori pendidikan sedia ada (lihat teori pembelajaran oleh Richard Millwood) dalam memberikan justifikasi yang jelas tentang bagaimana intervensi tersebut dibangunkan. Sebagai contoh, sekiranya guru menjalankan projek ‘z’, projek ini perlulah didasari dengan teori pendidikan sebagai contoh pembelajaran berasaskan projek atau pembelajaran kontekstual (bergantung kepada dimensi intervensi yang dijalankan). Intervensi yang didasari dengan teori pendidikan adalah sangat penting kerana ini menggambarkan guru mahir dalam sesuatu bidang yang dikaji kerana kajian tindakan menekankan kepada pembelajaran guru itu sendiri dan bukannya pembelajaran pelajar semata-mata.
TRIANGULASI
Triangulasi merujuk kepada penggunaan pelbagai sumber data atau penggunaan pelbagai kaedah untuk mendapatkan data tertentu. Menggunakan pelbagai sumber menjadikan kita lebih dekat dengan “kebenaran”.
Pemerhatian rekod/dokumentasi
Ujian diagnostik Rakaman video/audio
IMPAK KAJIAN TINDAKAN KEPADA GURU
Kajian tindakan mempunyai beberapa kepentingan kepada guru-guru di sekolah, kerana di sini guru memainkan peranan sebagai seorang penyelidik yang mengkaji sistem PdP di kelas. Pelaksanaan kajian tindakan di dalam kelas ini bertujuan untuk:
meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.
meningkatkan prestasi pencapaian murid.
mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek.
membantu murid mencapai tahap cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran.
Selain bertujuan untuk menangani masalah pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pencapaian rendah di kalangan murid, Kajian Tindakan juga boleh dijadikan strategi untuk memperbaiki lagi pencapaian murid yang berada pada tahap baik ke tahap cemerlang. Oleh itu, untuk mendapatkan maklumat atau data yang boleh dipercayai dari segi ketepatan dan kesahihannya, ianya mesti diperolehi melalui satu prosedur dan proses yang sistematik.