Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Penyelidikan Kajian Tindakan - Coggle Diagram
Penyelidikan Kajian Tindakan
Definisi
Kajian tindakan merupakan sebuah pendekatan untuk memperbaiki serta meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan yang menyedarkan para guru tentang amalan kendiri, menjadi kritis terhadap amalan tersebut serta bersedia untuk mengubahsuai amalan-amalan mereka itu
Melibatkan pemikiran inkuiri guru serta penglibatan kolaboratif bersama guru-guru lain sewaktu mengadakan kajian
Fokus Bidang
Pendidikan
Pedagogi
Amalan Pengajaran
Model
Triangulasi
Triangulasi bermaksud kaedah integrasi yang berbeza bagi mendapatkan lebih dari satu bentuk data supaya dapatan kajian kualitatif yang bersifat subjektif akan lebih meyakinkan dan dapat meningkatkan kesahan data yang dikumpul.
Merupakan penggunaan sumber data dan kaedah yang pelbagai untuk mendapatkan sesuatu data
Penggunaan pelbagai sumber menjadikan kajian tindakan yang dilakukan lebih tepat
Kepentingan refleksi PdP
Refleksi merupakan sebuah proses untuk mengingat semula pengalaman yang telah dilalui, membuat pemikiran berdasarkan pengalaman itu, mempertimbangkan dan seterusnya membuat penilaian terhadap pengalaman tersebut.
Proses refleksi dalam kajian tindakan dilihat sebagai sebuah inkuiri yang sistematik oleh seseorang guru terhadap amalan pengajarannya sendiri.
Perkara ini adalah untuk memperbaiki dan mempertingkatkan keberkesanan sesuatu proses PdP
Refleksi juga penting bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada guru tentang perkara yang diajar.
Guru dapat menganalisis nilai-nilai pendidikan yang menjadi asas amalan pengajaran
Impak kajian tindakan kepada guru
Menambah baik amalan pengajaran kendiri
Meningkatkan keberhasilan proses pengajaran dan Pembelajaran yang dilakukan
Mengenalpasti dan menilai kelemahan dalam amalan pengajaran
Mengaplikasikan kaedah dan strategi pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kognitif dan pembelajaran murid
Keperluan Intervensi
Memberi perkhidmatan awal bagi rawatan, pemulihan, bimbingan, khidmat nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri, interaksi sosial, perkembangan kemahiran motor dan sebagainya kepada kanak-kanak dan juga keluarga sebaik sahaja sesuatu kecacatan dapat dikesan
Intervensi merupakan sebahagian daripada proses dalam kajian tindakan yang digunakan bagi menambah baik amalan pengamal itu sendiri
Sebagai contoh, sekiranya guru mendapati bahawa pelaksanaan sesuatu aktiviti (seperti pelajar membaca petikan daripada buku teks) dalam bilik darjah tidak menyeronokkan, guru tersebut perlulah menambah baik pendekatan pedagogi seperti pelaksanaan projek bagi menambah minat pelajar
Aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian untuk menentukan jenis tindakan intervensi yang hendak dijalankan:-
1) Memastikan matlamat tindakan intervensi selaras dengan objektif kajian
2) Menentukan tempoh pelaksanaan bagi setiap aktiviti
3) Mengenalpasti bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti
4) Menetapkan cara pemantauan dan kaedah penilaian keberkesanan tindakan intervensi yang dijalankan. cth: ujian, soal-selidik, pemerhatian, temu bual dan sebagainya.
5) Meletakkan penanda aras pencapaian minimum tindakan intervensi untuk mengesahkan keberkesanannya