Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ISI-ISI PENTING DARIPADA JURNAL PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DARI ASPEK…
ISI-ISI PENTING DARIPADA JURNAL PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DARI ASPEK SOSIAL
1.1 Persekitaran Kelas
Persekitaran yang memberi peluang untuk mereka meneroka, bermain, berasa gembira dan selamat
Suasana bilik darjah yang memberi ruang kepada kanak-kanak untuk bergerak bebas dan selamat
Mencipta sempadan mereka sendiri dan meneroka kebolehan dengan mengendalikan objek yang berbeza
Guru perlu mewujudkan persekitaran yang sesuai dengan umur dan tahap kanak-kanak yang diajar
Persekitaran yang dicipta untuk memadankan perkembangan kanak-kanak dengan menyediakan penjagaan ibu, ruang untuk tidur, memberi peluang untuk anak-anak bermain dan berinteraksi dengan pelbagai bahan
1.2 Reka Bentuk Kelas
Guru bertanggungjawab menghasilkan sebuah ruang yang mampu menggalakkan kreativiti, imaginasi dan perasaan kasih sayang dalam kelas.
Menambah elemen-elemen keindahan
hiasan menarik
bunga-bungaan
Sebuah kelas perlulah memfokuskan kepada pembangunan persekitaran yang selamat.
Memupuk rasa dekat persekitaran rumah
memaparkan gambar ibu bapa di kelas
hasil kerja yang dihasilkan oleh ibu bapa
Pembinaan sebuah bilik darjah perlulah mendapatkan saranan daripada pakar terlebih dahulu seperti pengawai kesihatan, ibu bapa, pendidik awal kanak-kanak
Menerapkan abad ke-21, menggunakan pelbagai teknologi seperti komputer, televisyen dan lain-lain
Kemudahan alatan dan fasiliti yang sesuai dengan kanak-kanak dan sesi pembelajaran
1.4 Sumbangan Kumpulan Rakan Sebaya Terhadap Tingkah Laku Sosial Bilik Darjah
Kanak-kanak terdedah kepada tingkah laku baik atau buruk rakan-rakan dan berkemungkinan akan terikut
Penolakan sosial akan memudaratkan harga diri kanak-kanak
Mengganggu, membuli dan kanak-kanak yang agresif akan ditolak oleh mereka yang menentang tingkah laku tersebut
Apabila ditolak, mereka akan belajar untuk bergaul dengan rakan-rakan yang agresif dan tidak baik
Kanak-kanak yang berinteraksi dengan berkesan serta menunjukkan tingkah laku yang diingini akan diterima oleh kumpulan rakan sebaya yang lain
Guru kanak-kanak mestilah menggalakkan dan menyokong tingkah laku yang baik kerana merupakan asas tingkah laku yang akan dipamerkan pada masa hadapan
Ibu bapa mestilah memantau anak-anak dan mengambil langkah intervensi sebelum kanak-kanak lain yang mempunyai tingkah laku baik menolak anak mereka
1.5 Peranan Guru dalam Tingkah Laku Sosial Kanak-kanak
Guru kelas melibatkan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran dan mengemukakan soalan untuk menggalakkan kebolehan penaakulan mereka dan meluaskan pengetahuan mereka dalam subjek
Seorang guru yang baik ialah penyelidik dan pelajar sepanjang hayat
Mengubah tingkah laku kanak-kanak adalah satu proses yang memakan tempoh masa
Guru mestilah membahagikan bilik darjah kepada beberapa kawasan pembelajaran mengikut minat dan kelengkapan kanak-kanak
Memahami minat dan keperluan kanak-kanak membantu guru untuk mengenal pasti jenis bidang pembelajaran yang akan dijalankan dalam bilik darjah
Guru mestilah menyediakan ruang yang mencukupi untuk bermain—menyediakan kemahiran khusus, pengetahuan atau sikap yang diperlukan untuk pembangunan kanak-kanak
Persekitaran pembelajaran yang kondusif meningkatkan keinginan berinteraksi, mencipta dan menemui idea baharu
Peranan guru: menggalakkan/menyediakan kepimpinan dan pengurusan kemahiran yang baik
1.3 Susunan Kelas
Susunan bilik darjah yang baik memberi inspirasi dan menggalakkan kanak-kanak untuk mudah berinteraksi antara satu sama lain dan berkembang pelbagai kemahiran termasuk bahasa, dan tingkah laku sosial.
Susunan fizikal bilik darjah yang tidak baik boleh menjejaskan pergerakan bebas kanak-kanak dan boleh mengakibatkan masalah tingkah laku sosial.
Masalah tingkah laku sosial boleh berlaku di tempat yang tidak diurus dengan baik, tidak mempunyai peraturan panduan, dan mempunyai objektif bercampur untuk dicapai.
Guru yang baik mampu untuk mengatur persekitaran fizikal yang berkesan supaya kanak-kanak boleh belajar di kawasan pembelajaran yang dapat menarik minat mereka
Bahan-bahan yang diberikan kepada kanak-kanak perlu selaras dengan umur dan tahap mereka
1.6 Sumbangan Ibu Bapa dalam Persekitaran Bilik Darjah yang Baik
Ibu bapa harus menunjukkan minat dan memantau aktiviti, prestasi bilik darjah dan pergerakan sosial anak-anak
Ibu bapa juga boleh membimbing mereka
kanak-kanak dengan memilih rakan sepermainan mereka dan bila mereka boleh bermain
ibu bapa boleh mengawal tingkah laku sosial mereka melalui peruntukan peraturan dan garis panduan tentang aktiviti yang memfokuskan kepada tingkah laku yang baik
Ahli Kumpulan
Puteri Nurul Munawwarah
Nur Amirah
Nurul Fathini
Nur 'Aqilah
Nik Nor Hasya Hazirah