Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
3.1 PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN - Coggle Diagram
3.1
PENGENALAN
KEPADA PENGURUSAN
Definisi
Organisasi
Satu unit sosial yang mengandungi individu yang bekerjasama dan saling bergantungan antara satu sama lain untuk mencapai matlamat organisasi.
Pengurusan
Satu proses aktiviti tadbir-urus untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber secara cekap dan berkesan supaya mencapai matlamat organisasi.
Kepentingan
Memastikan matlamat organisasi tercapai.
Memastikan kelancaran perjalanan keseluruhan sesebuah organisasi.
Memastikan segala sumber dalam organisasi digunakan secara berkesan.
Memastikan semua sumber dalam organisasi dapat diselaras dan diagihkan dengan adil dan teratur.
Mengelakkan pembaziran sumber berlaku dalam organisasi.
Peranan
Pengurusan Pertengahan
Menyelia serta menyelaras aktiviti pengurus bawahan, iaitu pekerja organisasi.
Membuat laporan kepada pengurus atasan.
Merangka dan membuat perancangan jangka sederhana atau perancangan tektikal (1 hingga 3 tahun) berpandukan objektif pengurusan atasan.
Contoh pengurus pertengahan :Ketua jabatan, Pengurus produk atau Pengurus pemasaran.
Melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan.
Pengurusan Bawahan
Bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi bukan pengurusan dengan memberi penekanan terhadap tugas penyeliaan kerja operasi, pelaksanaan tugas harian pekerja agar matlamat organisasi tercapai.
Memberi tumpuan kepada perancangan jangka pendek atau perancangan operasi (secara mingguan atau bulanan).
Melaksanakan perancangan khusus yang telah ditetapkan oleh pengurus pertengahan.
Contoh pengurus bawahan : Penyelia Tapak, Ketua Kerani, Penyelia Jualan.
Menyelia individu-individu yang terlibat secara lansung dengan pengeluaran produk dan perkhidmatan.
Pengurusan Atasan
Menetap dan menggariskan visi, misi, dasar, polisi dan matlamat organisasi serta membimbing organisasi.
Contoh pengurusan atasan: Ketua pegawai eksekutif (CEO), Presiden, Pengarah Urusan atau Pengarah.
Memberi tumpuan kepada perancangan jangka panjang atau juga dikenali sebagai perancangan strategik (5 hingga 10 tahun).
Pengurusan sesuatu organisasi secara menyeluruh.