Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
RUMUSAN PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN - Coggle Diagram
RUMUSAN PENYELIDIKAN KAJIAN TINDAKAN
Definisi Kajian Tindakan
Kajian tindakan merupakan proses dimana pengamal mengkaji masalah secara saintifik untuk menilai dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan.
Kajian ini melibatkan analisis secara kritikal terhadap situasi (bilik darjah, sekolah, sistem).
Kajian tindakan bermula dengan timbulnya satu masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru. Masalah ini kan cuba diselesaikan dengan melakukan perancangan untuk mengatasinya, bertindak mengikut strategi yang dirancang, mengumpul data dan memerhati strategi penyelesaian dan diakhiri dengan kesan refleksi daripada hasil tindakan tersebut.
Fokus Bidang
Aspek yang mempunyai kaitan langsung dengan minat dan keperluan pengkaji.
Data yang diperlukan bagi menjelaskan persoalan tersebut yang boleh dikumpul.
Aspek atau bidang yang pengkaji kuasai untuk mengubah atau melakukan sesuatu.
Model
Model Kemmis & McTaggart (1988), melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Guru menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Proses tersebut adalah dengan membuat tinjauan awal, merancang tindakan, melaksanakan tindakan dan membuat pemerhatian, seterusnya mereflek.
Model Johnson (2002), terdapat lima langkah dalam proses pelaksanaan kajian tindakan. Antaranya ialah mengenal pasti masalah, membuat perancangan, mengumpul dan menganalisis data, membuat pelan tindakan, berkongsi dapatan dan pelan tindakan seterusnya membuat tinjauan literatur.
Model McBride & Schostak (1994), kajian tindakan adalah suatu kitaran yang bermula dengan mengenal pasti masalah atau fokus dan pengumpulan data awal untuk membuat hipotesis tentang masalah tersebut. Kemudian, tindakan dibentuk dan dilaksanakan. Data akan dikumpulkan bagi melihat kesan pada perubahan atau tindakan tersebut. Hasil daripada analisis dan penilaian yang dilakukan, akan menentukan kitaran kajian tindakan akan bersambung ke kitaran selanjutnya.
Kepentingan Refleksi PdP
Menilai amalan pengajaran kendiri dan memperbaiki kaedah pengajaran
Menilai kesesuaian strategi pengajaran dan bahan bantu mengajar yang digunakan
Meningkatkan kecekapan guru
Mengenal pasti murid-murid, interaksi dalam bilik darjah serta proses pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan.
Keperluan Intervensi
Intervensi merupakan sebahagian daripada proses dalam kajian tindakan yang digunakan bagi menambah baik amalan pengkaji. Intervensi tidak semestinya inovasi.
Intervensi merupakan tindakan yang diambil dalam situasi yang sukar untuk memperbaikinya atau mencegahnya daripada menjadi lebih teruk.
Intervensi bukan tindakan yang baru, namun tindakan yang diambil bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
Triangulasi
Digunakan untuk meningkatkan kesahan hasil dapatan dan keputusan penyelidikan yang dijalankan secara kualitatif.
Membandingkan pelbagai punca data (responden, masa dan tempat)
Membandingkan pelbagai keputusan responden
Membandingkan pelbagai cara menganalisis data
Impak Kajian Tindakan kepada Guru
Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru
Mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran dalam sesuatu subjek
Sebagai strategi bagi memperbaiki kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran guru yang berkesan.
Meningkatkan amalan profesional serta memperkembangkan idea baru tentang amalan mereka.
Menggalakkan guru menyelidik amalan sendiri, memperbaiki tindakan dan menilai hasil atau keberkesanan tindakan tersebut.