Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KURIKULUM PERMATA NEGARA, Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak…
KURIKULUM PERMATA NEGARA
Falsafah Kurikulum PERMATA Negara
digubal untuk mencapai misi nasional dalam membangunkan modal insan yang berjiwa murni dan berminda kelas pertama
kanak-kanak boleh diasuh dan dididik sejak lahir bagi mengembangkan sahsiah, potensi dan kecerdasan mereka agar menguasai kemahiran berkomunikasi, awal literasi, awal matematik pemikiran logik dan serba sedikit pengetahuan asas mengenai dunia
mempunyai kemahiran mengurus diri dan mengamalkan amalan nilai-nilai murni supaya menjadi individu yang bersahsiah mulia, berdikari, intelek tinggi, patriotik dan mampu untuk menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi pada zaman sekarang
memerlukan komitmen dan kolaborasi daripada pendidik, ibu bapa dan komuniti
Matlamat Kurikulum PERMATA Negara
usaha untuk mengembangkan kemahiran dan peribadi kanak-kanak suapaya bersedia untuk memasuki alam persekolahan yang formal
menyediakan program asuhan dan didikan awal yang bersepadu kepada kanakkanak yang berumur 0-4 tahun
menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapt pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti
ingin melahirkan modal insan yang bersahsiah mulia, kerohanian yang mantap, kecerdasan intelek yang tinggi, menhargai kepelbagaian budaya, bersemangat patriotik dan mengamalkan gaya hidup sihat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
suatu usaha yang berterusan ke arahmemperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
ingin mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
hendak melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan tinggi, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
merupakan panduan atau teras terhadap penubuhan Kurikulum PERMATA Negara
Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kebangsaan 2008
merupakan asas penting sebagai landasan jangka panjang dalam pembangunan modal insan yang digariskan dalam Rancangan Makaysia ke-9
Penumpuan terhadap peringkat umur ini merupakan salah satu strategi awal bagi mengasaskan pendidikan sepanjang hayat
mahu menghasilkan insan yang mempunyai jiwa murni, berakhlak mulia, berdisiplin serta berkemahiran menangani perubahan teknologi dan sosio-ekonomi global
dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak--kanak dari 0-4 tahun
menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi kanak-kanakberlandaskan acuan Malaysia.
Model Konseptual
PERMATA Negara dibina mengikut kepada beberapa konsep ;
Pendidikan secara holistik atau whole brain learning
Pendekatan kurikulum yang menekankan kepada pengupayaan kanak-kanak (empowerment)
Pembelajaran yang menyeronokkan (learning is fun)
kurikulum dan pedagogi melibatkan penyertaan aktif ibubapa dan komuniti,
program asas pengasuhan berkualiti untuk bayi dan kanak-kanak meliputi aspek-aspek dalam pembinaan hubungan emosi (attachment), penjagaan, pemakanan, kebersihan, kesihatan, keselamatan dan keselesaan persekitaran (well-being)
proses pendidikan disebatikan dengan proses pengasuhan supaya perkembangan pembelajaran kanak-kanak berlaku secara serentak, optimum dan berkesan
penaksiran dan penilaian kanak-kanak adalah berdasarkan pemerhatian klinikal dengan menggunakan kaedah pedagogi bermain (play pedagogy) yang perlu direkodkan dengan jelas
Objektif Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan
menyediakan asas kepada pembangunan potensi insan yang seimbang dan optimum berlandaskan acuan tersendiri
menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun mendapat asuhan dan didikan yang berkualiti bagi merangsang perkembangan awal mereka
membangunkan kurikulum yang komprehensif bagi perkembangan awal kanak-kanak secara menyeluruh meliputi pendidikan, pengasuhan, nutrisi dan kesihatan
mewujudkan kemudahan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti
menggalakkan penglibatan dan hubungan yang teguh antara ibu bapa, kerajaan, pihak swasta dan juga badan bukan kerajaan serta kumpulan masyarakat setempat
meningkatkan kesedaran awam terhadap keperluan memberikan pendidikan awal kanak-kanak dari lahir hingga ke 4 tahun sebagai asas utama pembangunan holistik
memastikan kewujudan dan pelaksanaan sistem pemantauan dan penilaian keberkesanan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak