Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN - Coggle Diagram
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN
Faktor - faktor mempengaruhi pembelajaran
Faktor Luaran
Peranan Ibubapa
Memberikan dorongan terhadap pendidikan anak-anak.
Menyokong usaha anak-anak dari segi bakat dan kebolehan untuk berjaya dalam pendidikan.
Memberikan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran anak-anak.
Peranan Guru
Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik.
Menjalinkan hubungan baik dengan pelajar dan ibu bapa.
Mengajar pelajar dengan menggunakan satu pendekatan yang menarik.
Pengajar menggunakan Kaedah PAK21.
Peranan Sekolah
Mewujudkan sebuah program yang berunsurkan pendidikan.
Rakan Sebaya
Pengaruh rakan-rakan yang menginginkan kejayaan dalam pendidikan mendorong remaja untuk mengikuti jejak langkah mereka.
Faktor Persekitaran
Kemudahan
Mempunyai kemudahan seperti meja dan kerusi yang selesa untuk belajar.
Mempunyai capaian internet yang kuat untuk memudahkan proses pencarian maklumat dijalankan.
Tempat
Kawasan yang senang untuk memperoleh bahan bacaan contohnya seperti perpustakaan.
2.Tenang dan sesuai untuk belajar.
Faktor Dalaman
Kesihatan - Masalah kesihatan seperti lembam sememangnya menyukarkan para pelajar memahami apa yang diajar oleh guru.
Minat - Minat terhadap subjek yang diajar oleh guru mendorong mereka untuk fokus dan menggemari subjek tersebut.
Sikap - Memupuk sikap malas di dalam diri tentang pendidikan menyebabkan pelajar tersebut gagal dan ketinggalan dengan pelajar lain.
Kematangan - Walaupun pada peringlat umur yang sama, tetapi kanak-kanak mempunyai corak kematangan yang berbeza yang membuatkan ada sesetengah pelajar memahami pembelajaran dengan cepat dan lambat.
Implikasi ingatan dan lupaan terhadap pembelajaran
Memperbanyak pengulangan untuk mengukuhkan isi pelajaran yang sedang dipelajari. Pengulangan terdiri dalam pelbagai bentuk dan cara misalnya lihat, sebut, dan buat. Murid harus diadakan pengulangan dalam bentuk latihan berterusan dan berkala agar surihan ingatan dapat dikurangkan.
Memberi maklum balas secepat mungkin agar murid rasa berjaya. Perasaan rasa berjaya akan membuatkan murid suka dan seronok melalakukan aktiviti pembelajaran dan mengukuhkan ingatan.
Mengaplikasikan strategi dan kaedah pdp yang berpusatkan murid dan berasaskan aktiviti. Murid akan dapat mengingat dan memahami jika mengalami aktiviti pembelajaran secara aktif.
Menggunakan muzik latar yang boleh menenangkan minda supaya maklumat yang dipelajari dapat diserap secara langsung ke dalam minda. Muzik latar ini juga boleh membantu dalam mengingat fakta yang dipelajari.
Menyediakan set induksi yang dapat menangkap tumpuan murid. Tindakan ini menghasilkan penumpuan perhatian dan pembentukan persepsi yang membantu dalam proses menggarap maklumat dan ingatan.
Membuat rumusan pada awal dan akhir sesi pembelajaran. Meminta murid untuk memberikan contoh untuk menguji ingatan persepsi.