Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
JENIS-JENIS ALAT PENTAKSIRAN :pen:, ANALISIS CIRI-CIRI PENTAKSIRAN…
JENIS-JENIS ALAT PENTAKSIRAN
:pen:
PENILAIAN KENDIRI
Konsep Kendiri
CIRI-CIRI POSITIF
Memuji orang lain
Puas hati dengan pencapaian
Menghargai
Murah hati
Mudah berkawan
Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
Peramah
CIRI-CIRI NEGATIF
Takut kepada kegagalan
Sering merasa bimbang
Cenderung untuk merasa salah
Cepat berkecil hati walaupun meblibatkan masalah kecil
Pencapaian akademik yang rendah
Tidak gemar kerja mencabar
Kurang keyakinan pada dii sendiri
Kurang berminat mendapatkan maklum balas
Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti
Pengertian
Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif.
Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
PENTAKSIRAN PRESTASI
Pengertian
Satu pendekatan untuk mengukur prestasi murid melalui penyempurnaan sesuatu tugasan yang ditetapkan.
Ciri-ciri utama pentaksiran
Mengandungi tugasan dalam situasi sebenar dan merangsang pembelajaran yang lebih bermakna.
Menggunakan maklumat, konsep dan kemahiran dalam situasi sebenar dalam kehidupan, murid terlibat secara aktif dan guru berperanan sebagai fasilitator.
Dilaksanakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Memerlukan murid mebuat inovasi atau mencipta suatu produk.
Mengukur pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh murid melalui tugasan yang dilaksanakan.
Kelebihan
Mengukur secara langsung
Mentaksir pembelajaran secara konstruktif
Diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
Murid berpeluang mempamerkan keupayaan dalam pelbagai kaedah
Jenis-jenis pentaksiran
Projek
Persembahan
Pemerhatian
Produk
Praktikal dan amali
Tugasan bertulis
Buku skrap
Portfolio
PENTAKSIRAN RAKAN SEBAYA
Pengertian
Merupakan salah satu cara yang membolehkan murid menghayati ciri-ciri pembelajaran yang berkualiti dengan menilai kerja rakan mereka.
Jika murid dikehendaki memberikan maklum balas maka mereka haruslah mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam tentang perkara yang dinilai oleh mereka terhadap hasil kerja rakan mereka.
Murid dapat menghayati ciri-ciri pembelajaran yang berkualiti melalui penilaian rakan sebaya.
Murid menilai dan memberikan maklum balas hasil kerja rakan mereka secara individ atau berkumpulan.
Penilaian berdasarkan kriteria rubrik atau senarai semak yang disediakan.
PENTAKSIRAN PORTFOLIO
Pengertian
Pentaksiran yang dilakukan oleh guru dan murid
Penilaian-penilaian pencapaian murid terhadap objektif pembelajaran yang telah ditetapkan contoh laporan amali sains
Portfolio adalah satu koleksi hasil kerja murid atau evidens kemajuan pembelajaran murid
Ciri-ciri Pentaksiran Portfolio
Portfolio ialah satu pentaksiran yang dilakukan oleh guru bersama-sama dengan murid
Portfolio bukan sahaja merupakan koleksi hasil kerja murid semata-mata tetapi koleksi hasil kerja yang terpilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan
Portfolio merupakan koleksi sampel hasil kerja murid yang menunjukkan perkembangan pembelajaran
Kriteria untuk pemilihan sampel hasil kerja murid dan penilaian haruslah jelas kepada guru dan murid dari permulaan proses pentaksiran
Evidens atau hasil kerja murid dalam portfolio dapat menunjukkan pembelajaran dan kemajuan dalam semua aspek atau kompetensi yang dinilai
Jenis Pentaksiran Portfolio
Portfolio produk
Portfolio proses
Kelebihan
Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan kebolehan mereka
Murid lebih memahami portfolio yang dilaksanakan
Murid boleh berkolaborasi dan berefleksi tentang kekuatan hasil kerja
Kelemahan
Masa yang panjang untuk melaksanakan portfolio tersebut
Murid memerlukan bimbingan dn hukum balas daripada guru
Pengetahuan murid terhad dan berkemungkinan murid untuk melakukan kesalahan
PENTAKSIRAN ATAS TALIAN/ ONLINE ASSESSMENT
Pengertian
Proses pentaksiran secara elektronik dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Ciri-Ciri
Dilaksanakan secara elektronik dengan menggunakan komputer dan internet
Aktiviti pentaksiran murid seperti perancangan, penggubalan alat pentaksiran dan pentadbiran pentaksiran, penandaan dan pemprosesan maklumat pentaksiran hinggalah proses pelaporan, perekodan dan pemindahan data pentaksiran di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPm seperti Lembaga Pentaksiran
Kelemahan
Memerlukan kemahiran menggunakan perisian
Maklum balas yang sama terhadap semua murid.
Berlaku sikap tidak jujur ( murid)
Masa yang lama untuk meempelajari kemahiran
Memerlukan alat seperti komputer dan rangkaian Internet
Kekuatan
Jimat masa dan kos percetakan
Mengurangkan jurang perbezaan murid pelbagai gaya pembelajaran
Fleksibel tempat dan masa
Sesuai untuk penilaian formatif ( Maklum balas cepat dapat memotivasikan murid)
Contoh
: Kahoot, Quiziz, Worldwall
ANALISIS CIRI-CIRI PENTAKSIRAN PRESTASI
Pentaksiran ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
Guru boleh melihat tahap pencapaian murid secara berperingkat melalui evidens yang telah direkodkan
Contoh: proses membaca perkataan jawi daripada mengenal huruf jawi sehinggalah murid membaca dua suku kata jawi
Menggunakan maklumat, konsep dan kemahiran dalam situasi sebenar kehidupan.
Murid melibatkan secara aktif dan guru berperanan sebagai fasilitator untuk memberikan bimbingan serta maklum balas.
Contoh:
Tugasan persembahan demonstrasi.
Guru meminta murid untuk melakukan demonstrasi cara berwuduk dengan betul dan tepat.
Guru meminta murid mempraktikkan amali secara
hands-on
tentang perkara yang murid telah pelajari.
Mengandungi tugasan dalam situasi sebenar dan merangsang pembelajaran yang lebih bermakna.
Contoh:
Tugasan sebenar berasaskan buku skrap.
Tugasan ini memerlukan murid mengumpulkan maklumat dan penulisan secara
journal entry
.
Buku skrap direka dengan menarik mengikut kreativiti murid.
Boleh disertakan dengan gambar atau foto yang berkaitan dengan tema ditetapkan.
Murid berpeluang menunjukkan kebolehan dan kemahiran dalam menghasilkan tugasan.
Mempamerkan keupayaan mereka secara lisan, penulisan dalam tugasan contohnya murid boleh menyampaikan maklumat tentang
Alam Sekitar
dalam bentuk buku skrap.
Pentaksiran prestasi mengukur apa-apa yang murid boleh buat dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui tugasan yang dilaksanakan
Murid dapat mencari maklumat dan membina pengetahuan melalui bahan-bahan yang dicari
Tugasan yang diberi memerlukan murid membuat inovasi atau mencipta sesuatu produk dan juga meliputi semua proses yang terlibat dalam penghasilan inovasi/menghasilkan produk tersebut
Contoh: aktiviti Project Based learning di mana proses memasak “Makanan kegemaran saya.” Di dalam aktiviti ini menggabungkan kemahiran komunikasi, kemahiran matematik (mengira bahan-bahan), membaca dan memahami arahan dan juga kemahiran membeli barang (memahami konsep wang).
https://youtu.be/ZhfYiVNdqqA
Kelebihan
Menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing.
Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu.
Memberi peluang kepada pelajar menjana idea mengenai topik tugasan yang dijalankan.
Bentuk tugasan prestasi
Berasaskan produk
Berasaskan projek