Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN AUTENTIK, ANALISIS CIRI-CIRI PENTAKSIRAN PORTFOLIO…
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN AUTENTIK
Penilaian Rakan Sebaya
Murid menilai hasil kerja rakan sebaya
secara individu atau berkumpulan
Murid perlu mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam tentang perkara yang dinilai oleh mereka terhadap hasil kerja rakan
Lazimnya adalah tepat dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi serta dapat meningkatkan pembelajaran murid (Sadler & Good, 2006).
Sebelum memulakan, guru perlulah
:star: menjelaskan jangkaan yang diperlukan dengan jelas
:star: menyediakan satu sampel tugasan (penulisan atau lisan)
:star: memastikan murid menentukan cara untuk menyampaikan maklum balas dengan jelas
:star: menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyokong aktiviti
Pentaksiran Prestasi
Merupakan aktiviti atau tugasan yang dapat menilai apa-apa yang murid boleh buat berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka pelajari dalam keadaan dunia sebenar.
Kelebihan pentaksiran prestasi termasuklah
:star: mengukur secara langsung
:star: mentaksir pembelajaran secara konstruktif
:star: diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
:star: murid berpeluang mempamerkan keupayaan dalam pelbagai kaedah
Jenis-jenis: projek, persembahan, pemerhatian, produk, amali, tugasan bertulis, buku skrap, portfolio
Pentaksiran Portfolio
ia dapat dijalankan dengan lebih objektif, tepat dan konsisten sekiranya rubrik yang digunakan jelas, tepat dan menyeluruh
Jenis-jenis
:star: portfolio produk
:star: portfolio proses
:star: portfolio penilaian
pentaksiran yang dilakukan terhadap satu koleksi hasil kerja murid atau evidens kemajuan pembelajaran murid yang dilakukan bersama-sama guru dan murid berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.
Penilaian Kendiri
membolehkan murid membuat penilaian ke atas pencapaian mereka dan mengenal pasti status pembelajaran mereka sendiri
Penilaian yang dilakukan oleh murid sendiri mengenai kemajuan pembelajaran mereka berdasarkan matlamat pembelajaran atau standard yang perlu dicapai
Instrumen yang digunakan dalam penilaian kendiri lazimnya merupakan:
:check: senarai semak
:check: rubrik
Beberapa langkah yang perlu diikuti
:star: menetapkan tujuan penilaian
:star: menentukan kriteria yang hendak dinilai
:star: memilih cara untuk mendapatkan maklumat dan data
:star: menganalisis maklumat dan data yang diperoleh
:star: membuat rumusan
Pentaksiran Atas Talian
Proses pentaksiran secara elektronik dengan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam semua aktiviti pentaksiran termasuk maklum balas (McLoughlin & Luca, 2006)
Ia juga dikenali sebagai
online assessment
merupakan proses pentaksiran yang dilaksanakan secara elektronik dengan penggunaan komputer dan Internet
Keboleh kognitif biasanya dinilai menggunakan perisian
e-ujian manakala kemajuan prestasi murid yang berterusan pula dinilai menggunakan e-portfolio atau perisian simulasi.
ANALISIS CIRI-CIRI PENTAKSIRAN PORTFOLIO
KONSEP PENTAKSIRAN PORTFOLIO
Pentaksiran yang dilakukan terhadap satu koleksi hasil kerja atau evidens pencapaian murid
Portfolio menunjukkan usaha dan pencapaian murid berkaitan dengan matlamat pengajaran tertentu
Pentaksiran ini merupakan satu bentuk pentaksiran autentik dan sebagai alternatif kepada kaedah tradisional seperti peperiksaan
Gunakan rubrik untuk pentaksiran yang lebih jelas, tepat dan menyeluruh
Penulisan reflektif oleh murid agar murid dapat menganalisis dan menilai pencapaian mereka
CIRI-CIRI PENTAKSIRAN PORTFOLIO
Portfolio ialah satu pentaksiran yang dilakukan guru bersama-sama murid
:pencil2: guru beri panduan kepada murid perkara yang perlu dan tidak perlu dalam portfolio
Portfolio bukan sahaja koleksi hasil kerja murid semata-mata tetapi koleksi yang terpilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan
koleksi sampel hasil kerja dapat menunjukkan perkembangan pembelajaran murid
Kriteria pemilihan hasil kerja dan penilaian harus jelas kepada guru dan murid sepanjang proses pentaksiran
:pencil2: Memastikan guru dan murid mempunyai pemahaman yang sama mengenai kriteria penilaian dan mengelakkan ketidakadilan dalam menggred
Evidens atau hasil kerja berkaitan dengan matlamat pengajaran tertentu
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN PORTFOLIO
PORTFOLIO PRODUK
:red_flag: sebuah portfolio hasil kerja terbaik oleh murid dalam tempoh masa tertentu
:red_flag: Contoh : portfolio jenis tulisan khat
Portfolio tulisan khat
:red_flag: Murid diberi peluang untuk memilih hasil kerja yang menonjolkan pencapaian dan kemahiran mereka
:red_flag: Refleksi dalam portfolio ini tertumpu kepada kekuatan hasil kerja yang dipilih sebagai bukti objektif pembelajaran ini tercapai
PORTFOLIO PROSES
:star: Tertumpu kepada proses pembelajaran (bukannya produk akhir proses pembelajaran)
:star: Contoh: tulisan khat pelbagai peringkat (huruf-perkataan-ayat)
:star: penghasilan draf berdasarkan respon guru dan rakan sebaya
:star: Refleksi: strategi yang digunakan, keberkesanan proses murid menguasai kemahiran
PORTFOLIO PENILAIAN
:tada: Mempamerkan penilaian yang dibuat sepanjang pengajaran dan pembelajaran seperti ujian, pemerhatian dan rekod
:tada: Contoh bagi guru, guru menghasilkan laporan amali solat pelajar
:tada: Contoh bagi pelajar, pelajar menghasilkan laporan amali makmal
:tada: Refleksi dalam portfolio ini ialah murid dapat melihat sendiri hasil pembelajaran yang bermakna bagi mereka
KELEBIHAN
:check: Membolehkan kurikulum dan pengajaran yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dilaksanakan
:check: lebih memahami pengajaran sendiri
:check: berkongsi hasil kerja pelajar dengan ibu bapa
PRINSIP PORTFOLIO
Kejelasan Matlamat
Kriteria yang jelas untuk penilaian
Sampel hasil kerja berkaitan
Penyertaan murid dalam pemilihan bahan
Guru dan murid terlibat bersama
Refleksi murid
KANDUNGAN PORTFOLIO
Semua hasil kerja murid
Evidens pencapaian murid
Koleksi bahan-bahan
Perkembangan pembelajaran
KELEMAHAN
:green_cross: memerlukan masa yang banyak untuk menyemak portfolio setiap kanak-kanak dan membuat penilaian
:green_cross: ketidakjelasan tuuan penggunaan portfolio samada hanya sebagai tempat pengumpulan hasil kerja atau sebagai asas perkembangan penilaian kanak-kanak
:green_cross: kurang bermakna kepada ibu bapa yang lebih mempercayai ujian dapat menggambarkan kejayaan anak mereka dengan lebih tepat