Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
CIRI & PRINSIP PENTAKSIRAN - Coggle Diagram
CIRI & PRINSIP PENTAKSIRAN
Kesahan
kesesuaian , ketepatan, interprestasi dan kegunaan keputusan pentaksiran sesuatu pentaksiran untuk sekumpulan individu
kesahan kandungan
proses menentukan tahap sesuatu ujian dapat menyedaikan sampel yang relevan dan mewakili domain kandungan yang diajarkan dan takat interprestasi skor ujian yang dibuat
cth: jika guru mengajar mengenai rukun iman dan rukun islam, ujian yang disediakan perlu mengandungi kedau-dua topik dan jumlah soalan setiap topik akan bergantung kepada kewajaran masa mengajar setiap topik tersebut dalam kurikulum
kesahan konstruk
merujuk kepada suatu ujian yabg boleh menguji kesemua atribut yang ingin diukur
cth: markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan, kebolehan menaakul, kefahaman, membaca dan sebagainya
kesahan ramalan
merujuk kepada tahap skor suatu ujian membolehkan guru untuk membuat ramalan tentang prestasi masa hadapan
cth: peperiksaan percubaan akan menjadi contoh untuk meramal prestasi murid pada peperiksaan sebenar
Kebolehpercayaan
merujuk kepada ketekalan sesuatu pengukuran
faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan
bilangan tugasan pentaksiran/item
semakin banyak bilangan tugasan, semakin tinggi kebolehpercayaannya kerana jika sesuatu ujian itu panjang, ujian tersebut mengandungi sampel yang cukup untuk mengukur tingkah laku yang ingin diukur
serakan skor
semakin besar serakan skor, semakin tinggi kebolehpercayaan
objektiviti ujian
tahap kompetensi pemeriksa-pemeriksa dalam menghasilkan keputusan penskoran yang sama
Keobjektifan
keobjektifan penskoran
keobjektifan item ujian
item yang dikemukakan akan mempunyai satu jawapan yang tetap
seorang atau banyak pemeriksa yang berlainan akan mencapai keputusan yang sama untuk skrip ujian pada bila-bila masa tanpa ada ralat peluang
Kemudahtadbiran
merujuk kepada pentadbiran ujian secara baik dan berjalan lancar dari segi penyediaan ujian sebelum, semasa dan selepas ujian
tempoh masa ujian perlu sesuai . jika tempoh ujian dipendekkan , kebolehpercayaan akan rendah
Kemudahtafsiran
keputusan ujian yang mudah ditafsir untuk penambahbaikkan dan diambil tindakan secara berguna