Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENTAKSIRAN AUTENTIK & PENTAKSIRAN TRADISIONAL - Coggle Diagram
PENTAKSIRAN AUTENTIK & PENTAKSIRAN TRADISIONAL
Ciri-Ciri Pentaksiran Autentik
Memberikan peluang kepada murid untuk berkolaboratif
Memberikan murid peluang menyelesaikan masalah dari pelbagai perspektif
Mencabar pemikiran murid bagi menghasilkan pelbagai 'outcome'
Merentas pelbagai bidang pengajaran
Relevan dengan kehidupan sebenar murid
PENTAKSIRAN AUTENTIK
Definisi
Merupakan penilaian yang dilakukan terhadap murid yang melaksanakan aktiviti atau tugasan yang merujuk situasi kehidupan sebenar dan dapat mempamerkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran yang bermakna
JENIS-JENIS PENTAKSIRAN AUTENTIK
Pentaksiran Prestasi
Ciri-ciri
Dilaksanakan sebagai sebahagian daripada proses PdP di dalam bilik darjah
Haruslah mengandungi tugasan dalam keadaan sebenar dan merangsang pembelajaran bermakna
Guru berperanan sebagai fasilitator untuk memberi bimbingan
Tugasan yang diberi memerlukan murid membuat inovasi atau cipta sesuatu produk
Diukur jika murid boleh buat dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh melalui tugasan yang dilaksanakan
Definisi
Merupakan aktiviti atau tugasan yang dapat menilai apa-apa yang murid boleh buat berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang telah mereka pelajari dalam keadaan dunia sebenar
Kelebihan
Mengukur secara langsung
Mentaksir pembelajaran secara konstruktif
Diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran
Murid berpeluang mempamerkan keupayaan dalam pelbagai kaedah
Contoh aktiviti / tugasan
Projek
Persembahan
Pemerhatian
Produk
Praktikal atau amali
1 more item...
Penilaian kendiri
Definisi
Penilaian yang dilakukan oleh murid sendiri mengenai kemajuan pembelajaran mereka berdasarkan matlamat pembelajaran atau standard yang perlu dicapai
Langkah-langkah
Tetapkan tujuan penilaian
Tentukan kriteria yang hendak dinilai dengan sedia senarai semak
Pilih cara untuk dapatkan maklumat dan data
Maklum balas daripada murid
Pemerhatian daripada rakan sebaya
Refleksi melalui senarai semak dan rubrik
Analisis maklumat dan data yang diperoleh
Buat rumusan
Instrumen yang diguna
Senarai semak dan rubrik
Cth : penyediaan portfolio, jurnal, penulisan refleksi dll
Kelebihan
Murid dapat tingkatkan pembelajaran apabila buat refleksi tentang perkara yang dipelajari
Murid dapat fikirkan strategi pembelajaran dan kemajuan mereka dalam pembelajaran
Tingkatkan motivasi dan pupuk pembelajaran kendiri
Pentaksiran Portfolio
Definisi
Pentaksiran yang dilakukan oleh guru dan murid bagi mengumupul segala koleksi hasil kerja murid yang dikumpulkan.
Produk
Koleksi esei
Koleksi puisi murid
Penilaian
Penilaian pencapaian murid terhadap objektif pembelajaran yang telah ditetapkan contoh laporan amali sains.
Proses
Proses PDPC seperti proses menyiapkan kajian tindakan.
Penilaian Rakan Sebaya
Definisi
Murid menilai dan memberikan maklum balas hasil kerja rakan mereka secara individu atau berkumpulan.
Penilaian haruslah berdasarkan kepada kriteria rubrik atau senarai semak yang disediakan.
Contoh
Murid dikehendaki menilai hasil penulisan esei rakannya. Murid menentukan kriteria yang akan dinilai dalam kumpulan dan menggunakan kriteria tersebut untuk membuat penilaian esei yang ditulis oleh rakannya.
Pentaksiran Atas Talian
Definisi
Proses pengukuran sesuatu aspek berdasarkan maklumat dan tujuan yang ditetapkan menerusi komputer dan rangkaian internet.
Contoh
Kahoot!
Quizizz
ProProfs
Google Form
Perbezaan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Tradisional
Pentaksiran Autentik
Melaksanakan tugasan
Relevan dengan kehidupan sebenar
Aplikasi dan hasil yang asli
Berfokuskan murid
Menggalakkan kolaboratif
Evidens secara langsung
Berterusan dalam jangka masa panjang
Pentaksiran Tradisional
Memilih jawapan
Simulasi dan terkawal
Mengingat dan mengenal pasti
Berfokuskan guru
Dijalankan secara individu
Evidens secara tidak langsung
Ditamatkan dalam masa yang ditetapkan
Prinsip Pentaksiran Autentik
Seiring dengan pengajaran di dalam bilik darjah
Menggalakkan pemikiran aras tinggi
Menggalakkan murid memberikan jawapan
Murid belajar untuk menilai hasil kerja sendiri
Hasil kerja murid dikumpulkan dari masa ke semasa
Pendekatan secara langsung terhadap hasil produk dan penilaian projek akhir